PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Tuesday, August 30, 2011

Doakan keselamatan AJ balik kampung beraya bersama sanak saudara..!

Assalamualaikum semua.. kepada semua pembaca budiman, blog AJ kemungkinan tidak dapat diupdate dalam tempoh seminggu kerana berhajat pulang ke kg halaman di Pantai Timur untuk beraya bersama sanak saudara. InsyaAllah jika diizinkan Allah, hari raya yang kedua akan bertolak balik ke kg bersama keluarga semoga pembaca semua mendoakan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang perjalanan pergi dan balik.

Semoga pejuang-pejuang maya yang lain terus memberi komiten untuk 'berperang' dengan dakyah pejuang maya pembangkang dalam pelbagai isu semasa demi memartabatkan kelangsungan pimpinan negara yang sedia ada.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari AJ dan keluarga.

Belum apa-apa DApig dan Parti Kencing Rakyat dah berebut kerusi..!

Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Zulkifli Mohd Noor diingatkan supaya tidak ‘besar kepala’ dengan meminta PKR, memulangkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri kepada DAP pada pilihan raya umum ini.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata, DAP sudah mempunyai 19 kerusi di negeri ini dan Zulkifli tidak sepatutnya menuntut lagi kerusi untuk diberikan kepada calon Melayu DAP yang dikatakan, mampu menarik pengundi Melayu.

Johari berkata, Zulkifli perlu meminta kerusi sedia ada daripada DAP untuk meletakkan calon Melayu.

Menurutnya, Zulkifli yang boleh dianggap senior dalam politik, seharusnya memahami prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan bukan membolot semua kerusi untuk DAP.

“DAP perlu sedar kerana sebelum ini, mereka langsung tidak mendapat perhatian pengundi Melayu, namun selepas parti itu bergabung bersama PKR dan Pas, barulah pengundi Melayu percaya kepadanya.

“Mereka sudah ada 19 kerusi, tapi sekarang, dia minta lagi dari PKR untuk DAP meletakkan calon Melayu. Kalau dia nak bertanding, dia perlu minta kerusi dari DAP sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.


Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu kerana diarahkan tidak memberi kenyataan media.

“Biar kita sambut Aidilfitri dahulu dan saya akan ulas perkara ini selepas raya,” katanya.

Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon Melayu dari DAP untuk bertanding.

Dalam kenyataan disiarkan portal berita Malaysiakini kelmarin, Zulkifli dilaporkan berkata, partinya ‘tiada pilihan’, sekurang-kurangnya mendapatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dun daripada PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Sekiranya DAP gagal membariskan calon Melayu, ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis”, katanya.

Sumber : SH Online

Selamat Hari Raya Aidilfitri..!

Salam semuanya kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan kepada pembaca blog AJ khususnya tidak kira pro kerajaan mahupun pembangkang. Sekiranya ada kesilapan dan ketelanjuran dalam penulisan harap dimaafkan kerana kita manusia biasa tidak boleh lari daripada kekhilafan.


Semoga segala amalan sebulan di bulan Ramadhan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dan sentiasa dilimpahkan syafaat serta rezeki. AJ

Monday, August 29, 2011

Sejarah hidup Mat Sabu yang mewarisi 'ilmu sihir' Firaun laknatullah..!

Akhirnya Mat Sabu mengaku bahawa kenyataannya telah diputar belitkan oleh media arus perdana. Dengan bukti bervideo mat sabu tidak perlu menyangkal penipuan busuk dan tidak perlu menggunapakai apa yang Hj Hadi ucapkan selama ini bahawa video adalah besi dan tidak boleh menjadi bukti. Memang bodoh dan bahlol watak Timbalan Presiden PAS yang semakin hari sudah menjadi bangkai busuk dalam parti itu.

Kalau dipentas ceramah, cukup hebat dengan lawak jenaka bodoh banggang mencaci dan menghina parti lawan. Bahkan, jika Mat Sabu Firaun mengetegahkan isu pertelagahan yang berlaku di Timur Tengah mungkin menyebabkan hadirin menjadi 'asyik' seolah-olah terpukau dengan jampi serampah Mat Sabu Kelabu. Hadirin secara spontan akan bertepuk sorak memberi respon baik kepada ucapan Mat Sabu. Itulah kelebihan sepupu sepapat Firaun alaf baru yang masih hidup di bumi Malaysia hari ini.

Jika Mat Sabu mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang sekalipun, pengikut fanatiknya akan tetap menyokong tindakan Mat Sabu. Seolah-olah isteri orang atau janda itu sah bagi Mat Sabu untuk disetubuhi. Itulah kelebihan Mat Sabu sehingga beliau dianggap wira dalam parti PAS meskipun penuh dengan maksiat dan najis-najis mughalazah.

Jika tidak, masakan Mat Sabu boleh menang dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini. Hingga berjaya menyingkirkan penyandang yang dianggap penyokong PAS sebagai parasit dan tidak berguna kepada parti PAS. Nak tak nak, Ustaz Nasharuddin terpaksa mengaku kelah kepada Mat Sabu yang ketika itu mungkin menggunakan ilmu sihir yang diwarisi daripada nenek moyangnya maha firaun laknatullah.

Begitu juga dalam isu Bersih 2 baru-baru ini yang mana ada ketikanya sampai berbalah dengan Ambiga merebut title penganjuran Bersih 2. Kata Mat Sabu, program itu dia yang punya dan Ambiga menciplak nama Bersih 2. Justeru, berperang pula antara jin belaan Mat Sabu dengan Ambiga yang akhirnya dimenangi oleh Ambiga. Rupa-rupanya, jin ambiga lagi hebat berbanding jin Mat Sabu.

Terbaru dalam isu mengangkat komunis yang menyerang Bukit Kepong sebagai wira negara memang sudah ditahap keterlaluan. Sebab itu saya tidak segan silu untuk menulis perihal mat sabu dengan perkataan yang jijik sekalipun. Dalam sejarah hidup saya tida pernah berlaku perkara sedemikian dan hanya mat sabu yang lantang berbuat demikian. Saya percaya, ada dikalangan waris dan ahli keluarga anggota polis yang mati dalam peristiwa Bukit Kepong merupakan ahli PAS. Justeru, untuk menjaga parti, mereka terpaksa berdiam diri dan menjadi balaci Mat Sabu. Hebat sekali ilmu sihir yang diwarisi Mat Sabu daripada maha firaun. Sampaikan, KDN sendiri tidak berani bertindak hingga sekarang terhadap ucapan banggang Mat Sabu dalam siri ceramahnya.

Gerakan syiah 'aktif' di Terengganu

Gerakan penyebaran fahaman Syiah turut dikesan di Terengganu dengan semua pengerusi masjid negeri itu dilaporkan menerima bahan bacaan berkaitan ajaran itu.


Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata semua pengerusi masjid dan pihak berkenaan menerima kiriman berkenaan menerusi khidmat Pos Berdaftar beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Khazan berkata semua yang menerima bahan bacaan berkenaan perlu menyerahkannya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) supaya fahaman itu tidak tersebar di negeri ini.

Beliau berkata pihak JHEAT telahpun meneliti kandungan beberapa buku yang telah diserahkan kepada mereka untuk mengetahui setakat mana pengaruh yang cuba disebarkan.


"Kita teliti dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya termasuk mengambil tindakan yang perlu," katanya katanya kepada pemberita pada majlis anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) "RTM Sepanjang Jalan 2011" di Besut-Pasir Puteh yang merupakan sempadan Terengganu/Kelantan, di sini, Ahad.

Khazan berkata kerajaan mengekang penyebaran mazhab lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini untuk mengelak perpecahan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri itu.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan.

Program RTM Sepanjang Jalan bertujuan memperkenalkan stesen Radio Malaysia Terengganufm dan Radio Malaysia Kelantanfm selain mengadakan kempen keselamatan jalan raya sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Program RTM Sepanjang Jalan diperkenalkan Jabatan Penyiaran Malaysia sejak tahun 2009.

Sumber : BERNAMA

Sunday, August 28, 2011

Babi lebih baik dari kau mat sabu, cakap guna kepala butuh..!

Kenapala Tuhan bagi Melayu jenis macam kau ni mat sabu. Pasal apa kau tak mampus awal daripada hidup merapu membabi buta. Kau ni jenis manusia yang hina lebih daripada babi la mat sabu. Cakap guna kepala butuh hang ni langsung tak fikir sensitiviti pejuang pejuang Melayu terdahulu.

Babi lebih baik daripada kau mat sabu. Aku harap kau faham apa yang aku maksudkan. Maknanya, walaupun babi tu haram ianya tetap menjadi makanan (non Muslim) tetapi kau ni langsung jenis bukan manusia, tetapi manusia bertopengkan syaitan dan bercakap menggunakan kepala butuh kau yang busuk tu.



Semua pemimpin PAS dah berada ditahap cibai dan tak boleh pakai sesen pun. Nasib baiklah kau di Malaysia mat sabu, kalau kat Thailand dah lunyai berkecai kepala kau tu mat sabu oiiii..

Saturday, August 27, 2011

Anak lelaki 'dirantai' ibunya selama 23 tahun..!

CHONGQING - Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia. Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.


Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya. Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai. Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur. Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak.

Sumber :   Agensi

Isu Lynas : Akhirnya PAS mengaku terpedaya dengan penipuan PKR

Pembangkang khususnya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sepatutnya memohon maaf kepada penduduk di Kuantan kerana telah menyebarkan maklumat yang salah hingga penduduk di kawasan tersebut keliru dengan implikasi kilang Lynas yang kononnya membahayakan kesihatan dan sebagainya.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata tindakan mereka yang mengembar-gemburkan berita yang tidak tepat seperti kesan yang akan timbul kelak menyebabkan kerajaan negeri dipandang serong.

Menurut beliau ekoran mpenyebaran maklumat yang tidak benar itu, kerajaan negeri hingga ke hari ini berterusan menerima pelbagai kritikan kononnya tidak prihatin dengan rakyat serta penduduk setempat dan sebagainya.

“Pengakuan berani Ahli Parlimen Pas kawasan Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat bahawa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan selamat dan tidak membahayakan perlu dilihat oleh Fuziah dan pemimpin pembangkang lain dengan mendalam.

“Takkan rakan sendiri dan dari parti yang sama masih tak percaya lagi……Kalau apa yang dikeluarkan oleh panel penilai dan pelbagai pihak lain yang membuat kajian mendapat kritikan daripada mereka, itu bukan perkara mustahil kerana mereka nak berpolitik semata-mata” katanya.

Dari pengakuannya dalam interview dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ‘ untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.

Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.



Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : “Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

“Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”

“Saya pun malu. Saya orang Pas juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

Sharkar yang juga Ketua UMNO Temerloh seterusnya berkata pembohongan demi pembohongan oleh pembangkang telah mula terongkar satu persatu dan mereka akan terherat dengan gaya politik mereka sendiri.

“Yalah…..Semua pembohongan mereka nampaknya makan diri. Dulu kata kerajaan Pahang hampir muflis dan sebagainya, namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan kerajaan negeri khususnya telah berjaya menafikan benda ini tidak betul.

“Jadi kepada pembangkang, cukup-cukuplah membonhongi rakyat kerana percayalah satu masa nanti pembohongan mereka itu akan menjerat leher mereka sendiri,“ katanya.

Friday, August 26, 2011

Mandatori Pakatan Rakyat : Tidak ada jalan lain menjatuhkan kerajaan kecuali menjadi "KAKI TEMBERANG"

Apabila isu sijil ISO17025 American Society Of Crime Laboratories Directors (ASCLD) - ASCLD/LAB - INTERNATIONAL Accreditation dibangkitkan semasa perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, kebanyakan media maya pembangkangg terus 'menspin' isu sehingga menjadi tonggang terbalik. Maksudnya, apa yang mereka bicarakan mengenai perkara dia atas sebagai cerita dongeng yang langsung tidak berfakta. Kononnya bercita-cita tinggi nak jadi Tok Dalang akhirnya memand dah jadi iaitu pencacai Pakatan Rakyat.


Apa yang berlaku ini boleh diumpamakan seorang tukang gunting rambut menceritakan perihal dunia perubatan yang begitu 'complicated' dan hanya boleh dikupas oleh mereka yang arif dalam bidang tersebut dan bertauliah. Bahkan isu yang sama turut berlaku ke atas Fuziah Salleh - AP (PKR) dalam isu pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Pelbagai cerita direka untuk mengaburi mata rakyat khususnya masyarakat sekitar kawasan kilang berkenaan. Apa yang diceritakan Fuziah, seolah-olah bidang nuklear merupakan satu bidang di bawah kepakarannya. Huhuhu, kekadang tergelak sendirian bila memikirkan ada pemimpin sedemkian rupa. Akhirnya Pakatan Rakyat kelam kabut dan menggelabah, apabila muncul dua tokoh dalam teknologi nuklear dan bertauliah yang mana salah seorang daripadanya merupakan Wakil Rakyat dari parti PAS sendiri yang menceritakan kebenaran dan signifikan pembinaan kilang itu bagi tujuan menjana ekonomi negara.

Pendek kata, menipu memang dan sinonim dengan pemimin-pemimpin Pakatan Rakyat sebab itu, para pengikut mereka menjadi 'bebal' dan hati batu untuk menerima kebenaran yang hakiki. Teringat satu ungakapan yan biasa kita dengan ketika perbicaraan di mahkamah samada ketika tuduhan dibaca mahupun ketika di buat penghakiman. Antaranya berbunyi " Hukuman mati mandatori , maknanya tidak ada jalan lain kecuali MATI" dan dalam konteks pembangkang hari ini perumpanaan inilah yang digunapakai iaitu " Tidak ada jalan lain untuk menjatuhkan kerajaan, kecuali MENJADI KAKI PENIPU, PEMBELIT DAN KAKI TEMBERANG kepada rakyat"....

Baca selanjutnya di Blog MIM  >DISNI< kerana isu ini bukan di bawah kepakaran saya.

Motif Khalid Gagap menubuhkan Majlis Syura sebenarnya untuk murtadkan seramai mana Melayu!

Tersenyum tatkala membaca kenyataan terbaru dari Khalid Ibrahim, berhubung dengan isu penubuhan majlis syura yang kononnya dititahkan oleh baginda Sultan Selangor.

Kenyataan balas dari Setiausaha Sulit Sultan Selangor jelas menunjukkan sikap Khalid yang cuba memanipulasi institusi raja-raja Melayu sebagai benteng mempertahankan dirinya dari dilabel sebagai pengkhianat kepada agama dan bangsanya.

Belum pun reda kemarahan umat Islam dan orang Melayu akibat dari campurtangan politik terhadap isu permurtadan yang jelas melanggar perlembagaan negara, Khalid telah mengheret pula baginda Sultan Selangor ke kemelut ciptaannya.

Selanjutnya baca  >DISINI<

Sumber : Selangor Daily

SPR pertimbang guna dakwat kekal..puas hati kau Mat Labu???

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan telus dan adil selepas dibatalkan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.

Selanjutnya baca >DISINI<

Wednesday, August 24, 2011

PAS begitu tertekan jika diadakan pilihanraya dalam masa terdekat..!

Pas mula panik apabila PRU-13 diadakan pada tahun ini berikutan sokongan rakyat terhadap pembangkang kini semakin merosot. Malahan pembangkang mengharapkan pelaksanaan jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya diselesaikan dahulu bagi membolehkan mereka "menjual" isu konon merekalah pejuang kebenaran kepada rakyat.

Jawatankuasa itu untuk modal Pas dan sekutunya menjual modal kepada rakyat termasuk rakyat Kelantan konon bersih itu berjaya dan sebagai menutup malu kegagalan perhimpunan haram bersih 9 Julai lalu yang dihadiri 5,000 orang sahaja dan tidak menggambarkan suara rakyat negara ini.

Hakikatnya rakyat sedar jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih masakan Pas perintah Kelantan selama 21 tahun serta manakah mungkin DAP, Pas dan PKR kuasai Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Pas dengan angkuhnya menegaskan pihaknya tidak akan terpengaruh dengan “janji” Putrajaya berhubung jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya, sebaliknya mahu jaminan konkrit bahawa tiada pilihan raya umum ke-13 selagi melaksanakan cadangan panel itu.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub sebelum ini bahawa perkara yang lebih penting bukan penubuhan jawatankuasa itu tetapi jaminan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memualkan.

Bahkan PAS mahu satu jawapan konkrit dan jaminan daripada Najib bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan dengan melaksanakan cadangan pembaharuan yang diputuskan jawatankuasa khas ini.

Tuesday, August 23, 2011

Nik Aziz kata setuju, Din Pudu pula tak setuju.memang tidak konsisten

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas usaha menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP).

Ucapan terima kasih itu sebagai tanda bahawa pemimpin tertinggi Pas amat menghargai hasil usaha Najib dalam membawa pembaharuan ke dalam sistem pilihan raya sekaligus mebuktikan ketelusan kepimpinan Barisan Nasional.

Malahan sikap Nik Aziz itu secara tidak langsung mengiktiraf kebaikan kerajaan BN terhadap rakyat dan juga kepada pembangkang.


Dalam sidang medianya, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berharap penubuhan JTP oleh kerajaan merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjalan secara bersih dan adil.

"Saya bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu supaya ia mampu menjamin pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR berjalan secara bersih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan juadah hari raya kepada anggota pasukan keselamatan sempena Aidilfitri di sini .

Kenyataan Nik Aziz itu Sekaligus membuktikan tindakan mengadakan perhimpunan haram seperti Bersih pada 9 Julai lepas tidak mampu memberikan impak yang positif kepada rakyat mahupun negara.

Ini kerana JTP itu ditubuhkan melalui perbincangan dan bukannya hasil daripada desakan demonstrasi haram di jalanan yang merugikan rakyat negara ini. Malahan kerajaan mengambil keputusan itu demi memperelokkan lagi sistem yang sudah baik.

Tindakan demonstrasi dan dakwaan palsu pembangkang sebelum ini tidak menjejaskan persepsi kerajaan kerana melalui JTP ini juga ia akan mendedahkan betapa tuduhan palsu pembangkang sebelum ini hanyalah satu penipuan semata-mata.

Video inside : Syukur lahir di Malaysia bila tengok video ni..!


Rasa sayu bila tengok video penderitaan yang dialami oleh rakyat di benua Afrika yang terpaksa 'berperang' dengan kemiskinan. Justeru, hargailah apa yang kita kecapi selama ini di bumi bertuah Malaysia dan jangan sesekali terikut dengan segelintir 'penyangak' yang sentiasa berusaha untuk memporak-perandakan nikmat keamanan yang kita rasai selama ini...





Bubar SRR tubuh Suruhanjaya 'pembelit dan kaki komplen' diketuai Din Pudu..!

Pas berhasrat memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat bagi mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja bagi mengkaji sistem pilihan raya negara ini ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.


Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Najib disifatkannya angkuh kerana bertegas pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa dan kerajaan tidak terikat keputusan dibuat jawatankuasa terpilih parlimen.

Menurutnya, kenyataan itu terus ‘membunuh minat’ Pakatan Rakyat (PR) untuk menyertai jawatankuasa tersebut kerana sikap Perdana Menteri didakwanya jelas tidak ikhlas.

Sambungan >DISINI<

Monday, August 22, 2011

Sekali lagi MB Kedah gagal menunaikan janji kepada rakyat..!

Pada 21 Ogos 2011, jam 12.15 - 1.05 ptg di perkarangan Dewan Serbaguna, Naka, seramai 28 orang penduduk kampung sekitar Naka telah mengadakan demonstrasi bagi melahirkan kekecewaan terhadap YAB Dato Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang gagal menunaikan janji kerajaan negeri untuk membeli buah-buahan khususnya rambutan dari penduduk kampung.

Demo tersebut di ketuai oleh Hj Badrol Hisham Bin Hashim, ketua PPUMNO Negeri Kedah. Sebelum ini Azizan telah berjanji kepada rakyat kedah bahwa kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kedah Agro Holdings Berhad dan PKNK akan membeli semua hasil buah rambutan dan durian untuk di proses


Bukan itu saja malah peruntukan sebanyak RM10 juta sudah di luluskan untuk membina kilang pemprosesan produk asas tani namun penduduk sekitar masih tidak dapat menjual hasil dusun mereka akibat kegagalan azizan menunaikan janji

Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.

“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.

“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.

Abdul Fatah, yang juga bekas anggota PAS, berkata mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.

Mizan Ahmad, 45, pula berkata rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan.

“Mereka janji nak selesaikan masalah rakyat di daerah ini, tetapi kerajaan negeri langsung tidak membantu, malah hanya menyusahkan rakyat sahaja,” katanya.

Tinjauan Bernama di dusun buah-buahan sekitar Kampung Bendang Tok Tri, Naka mendapati banyak rambutan yang rosak bertaburan di atas tanah ekoran tidak dipungut pemiliknya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata beliau kesal dengan janji yang ditaburkan pemimpin PAS semata-mata untuk menggembirakan dan meyakinkan hati rakyat tanpa mengambil kira kesannya.

Beliau berkata rakyat Kedah perlu menilai sendiri kegagalan kerajaan negeri yang dipimpin PAS menyelesaikan masalah kecil seperti itu.

Terdahulu, Badrol Hisham bersama 40 pemilik dusun buah-buahan daerah berkenaan mengadakan demontrasi aman membantah tindakan kerajaan negeri yang mungkir janji itu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri Datuk Amiruddin Hamzah gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksi beliau.

DIMENSI

Kenapa PAS terpaksa bergantung kepada DAP?

Pas semakin tertekan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang sehingga membuat pelbagai isu dan tuduhan palsu terhadap Barisan Nasional (BN). Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata, Pas sudah ketandusan isu apabila pelbagai perkara cuba dibangkitkan seperti soal kerakyatan yang sudah terbukti tuduhan palsu lepas itu kata pengundi hantu.

"Apabila kerajaan nak buat sistem biometrik mereka juga menentang sedangkan inilah cara untuk pastikan pilihan raya lancar tetapi turut ditentang kerana merasakan ia akan merugikan mereka sendiri,".

Beliau ditemui selepas Majlis Ihya Ramadan dan Penyampaian Wang Ihsan di kediaman beliau di sini petang Sabtu yang turut dihadiri kira-kira 2,500 masyarakat setempat.

Sementara itu, Dali berkata, beliau menyokong hasrat Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk meletakkan muka baru dan calon muda pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau Mustapa mempunyai pengalaman yang cukup justeru yakin ia adalah keputusan terbaik dilakukan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Kelantan.

"Bagi saya itu satu perkara yang cukup baik supaya tokoh-tokoh muda ini dapat memberi sumbangan mereka terhadap rakyat.

"Tetapi kita pula mengharap agar pemimpin muda ini adalah cukup bersedia dan tidak hanyut dalam arus, selok-belok politik yang cukup mencabar,

Sunday, August 21, 2011

Dalam sejarah 11 anggota polis mencabul wanita bangsa Cina..benar atau tidak??

Benar atau tidak dakwaan ini, itu semua kerja polis yang menyiasat bukannya Malaysiakini yang sudah diketahui umum media balaci pembangkang yang tidak berputus asa menabur fitnah. Kali ini, melibatkan dakwaan seorang wanita Cina yang didakwa telah dicabul oleh 11 anggota polis. Yang anehnya, kejadian ini berlaku pada tahun 2004 dan baru sekarang dilaporkan kepada media.

Ini yang menjadi kemusykilan adakah benar kejadian ini berlaku?. Sudah hampir 7 tahun kejadian itu berlaku kenapa baru sekarang didedahkan? Alasan, wanita itu tidak mahu menggangu siasatan polis langsung tidak masuk akal kerana seperti biasa kes seumpama ini agak menarik perhatian. Kebiasaanya, pihak polis akan bertindak segera terhadap kes yang menarik perhatian terutama melibatkan salahlaku anggota PDRM.

Jika seorang dua yang terlibat, mungkin boleh diterima pakai tetapi ini melibatkan 11 anggota yang melakukan perbuatan berkenaan dan sudah tentu ianya menarik perhatian dan perlu disiasat dengan segera. Justeru, dakwaan ini perlu disiasat segera untuk mengembalikan reputasi polis yang dilihat saban hari menjadi sasaran pihak pembangkang.

Pembangkang hari ini begitu agresif mengkritik dan mengupas isu yang berkaitan tugas polis kerana secara tidak langsung akan menjejaskan integriti pasukan itu di mata masyarakat sekaligus memberi kelebihan kepada mereka (pembangkang) untuk mearih simpati rakyat pada pilihanraya akan datang.

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Friday, August 19, 2011

Satu demi satu 'tuduhan' PAS kepada kerajaan akhirnya makan diri..!

Sebelum ini sewaktu perhimpunan haram Bersih 2.0, Pas didakwa mengupah seorang lelaki bernama Suhardi Mohd telah berlakon mati di dalam perhimpunan haram pada 9 Julai lalu. Akhirnya si penipu itu masih hidup dan tidak mati mungkin menggunakan nyawa yang kedua yakni nyawa anugerah syaitan (kaki penipu).


Pendedahan itu terbongkar, apabila media mendedahkan wajah mangsa yang mati sebenarnya akibat sakit jantung yang bernama Baharuddin Ahmad. Akibatnya penipuan pembangkang terbongkar dan memalukan.

Kemudian Pas mendedahkan isu bagaimana penduduk tetap dari Indonesia, Mismah, mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dalam tempoh empat jam. Bagaimanapun dakwaan itu hanya sekejap sahaja apabila Mismah membongkar penipuan Pas kepada rakyat Malaysia dengan memaklumkan kepada media bahawa beliau menunggu selama 17 tahun untuk permohonannya diluluskan.

Malahan, beliau memaklumkan bahawa dirinya masuk ke negara ini secara sah. Sekali lagi PAS terkantoi dalam usaha untuk menjatuhkan kredibilit kerajaan yang dipilih sah oleh rakyat melalui pilihanraya. Sikap gila kuasa PAS bersama Pakatan Haprak semakin menjadi - jadi sejak berkenalan dengan parti rasis DAP yang menjadi batu api dan jarum berbisa.

Terbaru sekali lagi penipuan Pas dan pembangkang terbongkar apabila Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam. Empat bekas anggota tentera itu merupakan penyokong 'hardcore' parti PAS sudah tentu akan menceritakan keburukan kerajaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

Malah, Panglima ATM mendesak PAS mengemukakan bukti sahih untuk memastikan dakwaan mereka benar. Namun, sehingga kini PAS masih berdiam diri tanpe mengemukakan bukti sahih berhubung perkara berkenaan. Setakat mendedahkan pengakuan bekas anggota tentera di dalam portal berhaluan kiri seperti Malaysiakin, Malaysian Insider dan Harakah tidak cukup kerana boleh disalah guna oleh penulis untuk memanipulasi fakta sebenar.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda Pas yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut. Inilah kenyataan keras Panglima ATM kepada Pemuda PAS yang hampas lagi busuk hatinya kepada kerajaan..

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul. Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Mungkin PAS dan Pakatan haprak bagi 'klu' untuk berperang dengan tentera dalam pilihanraya umum akan datang...Aku tak masuk campur.

Malang tidak berbau..ibarat pelakon lagak ngeri!

LORI sampah ini ditinggalkan terjuntai dari tingkat dua sebuah bangunan selepas pemandunya terlibat dalam kemalangan yang merempuh lori itu melalui sebuah dinding.

Pemandu yang berusia 56 tahun telah berjaya diselamatkan dengan menggunakan tangga bomba selepas dia diturunkan daripada dinding pusat membaikpulih lori itu - di mana lori itu hanya terkeluar separuh daripada bangunan itu.


3 Militan warga India ditahan ISA

Polis menahan tiga lelaki warga India di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam menyalurkan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang terlibat aktiviti keganasan di India.

Ketiga-tiga yang ditahan itu ialah pengusaha restoran, Amarjit Singh Jasvir Singh, 28, seorang guru muzik, Daljit Singh Ajaib Khalsa, 37, dan kontraktor binaan, Kawal Singh Soundh, 39. Mereka ditahan pada pukul 8 pagi 4 Ogos lalu.

Tiga warga asing itu ditahan berasingan di kawasan Sentul dan Ampang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tiga warga asing disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) yang berpangkalan di India.

“Siasatan mendapati tiga lelaki itu terlibat memberi bantuan logistik kepada operasi kumpulan BKI.

“Tiga warga asing itu bagaimanapun telah diusir ke negara asal mereka pada Selasa lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, satu sumber keselamatan memberitahu Kosmo!, dua daripada tiga lelaki yang ditahan itu dikehendaki polis Punjab kerana bersubahat dengan kumpulan BKI.

Sumber : Kosmo Online

Thursday, August 18, 2011

Tuduh, fitnah semakin menjadi-jadi dalam pimpinan parti PAS..!

Bukti kepala hotak hang pencacai pembangkang yang masih tak jemu memfitnah kepada agensi kerajaan dan SPR mengenai status pengundi berdasarkan nombor kad pengenalan. Baru saja selesai isu Mismah yang dituduh mendapatkan status warganegara dalam masa 4 jam kini, PAS sekali cuba memperdaya rakyat kononnya wujud penyelewengan berlaku dalam daftar pemilih. Tidak sampai dua minggu, Mismah muncul di depan kaca tv dengan kenyataan yang telah membuatkan PAS dan pakatan lahanat terdiam dan terpaku. Inilah berkatnya bulan Ramadhan kepada mereka yang suka melakukan kerja fitnah kepada orang yang tidak bersalah.

SHAH ALAM - Pemuda Pas menemui tiga lagi ‘bukti’ yang didakwa penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu, dua di Perlis dan seorang di Kedah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya curiga apabila mendapati dua individu bernama sama, Azhar Bin Ahmad de-ngan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir, didaftarkan sebagai pengundi di tempat yang berbeza di kawasan Parlimen Padang Besar, Perlis.

“Selain Azhar Ahmad, ada dua lagi individu iaitu Besah Mat dan Mansor Ahmad kita temui dengan ciri-ciri yang sama,” katanya.

Suhaizan berkata, apa yang mencurigakan pihaknya ialah identiti setiap individu itu hanya dibezakan dengan dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan mereka.

“Nama, tarikh lahir, kod negeri, digit kesembilan dan digit ke-10 adalah serupa. Ini membuktikan ia bukan kebetulan, sebaliknya lebih mirip kepada suatu manipulasi pilihan raya,” katanya.

Lebih daripada itu, Suhaizan mendakwa, ketiga-tiga individu terbabit masing-masing mungkin mempunyai dua kad pengenalan dan boleh mengundi dua kali dalam satu pilihan raya.

“Mereka juga masing-masing mempunyai dua keahlian UMNO cawangan dan boleh mengundi dua kali pada mesyuarat UMNO,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPR dan JPN memberikan penjelasan segera berhubung perkara itu yang disifatkan satu manipulasi yang sangat serius.

Sumber : Sinar Harian

Wednesday, August 17, 2011

Harun Taib tidak bersetuju dan kecewa pandangan Nik Aziz dalam isu bacan Quran

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa Al-Quran mesti disampaikan kepada semua manusia tanpa tunduk kepada apa sahaja bentuk halangan.

Nampaknya pandangan Harun bertentangan dengan pandangan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong cadangan agar dihapuskan bacaan AlQuran sebelum azan subuh jika mengganggu tidur orang lain dalam isu itu di Pulau Pinang.

Menurut apa yang dilaporkan oleh Harakahdaily, Harun yang terkenal sikap Islam ortodoksnya, menjelaskan bahawa tanggungjawab itu telah diterjemahkan dalam satu peristiwa yang berlaku ke atas Saidina Abu Bakar r.a sendiri ketika diberikan himayah (perlindungan keselamatan) oleh Ibnu Doghinah iaitu salah seorang pemimpin musyrikin pada ketika zaman permulaan Islam.

“Perlindungan keselamatan yang telah diberikan oleh Ibnu Daghinah ini telah digunakan oleh Saidina Abu Bakar r.a. untuk membaca dan mengajar al-Quran di rumah, ianya telah mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai sehinggakan menggelisahkan pemimpin musyrikin.

“Pemimpin musyrikin telah mengadukan hal tersebut kepada Ibnu Daghinah, lalu Ibnu Daghinah memanjangkakan hal tersebut kepada Saidina Abu Bakar r.a, lantas Saidina Abu Bakar memutuskan untuk tidak menggunakan himayah atau perlindungan tersebut kerana ingin meneruskan misi dakwahnya membaca dan mengajar al-Quran kepada orang ramai di rumah tersebut,” ujar beliau lagi.

Menyentuh berkenaan amalan mengejutkan orang ramai sebelum Subuh (bacaan Quran melalui audio sistem), beliau seterusnya menjelaskan, pada zaman dulu diriwayatkan orang ramai agak sukar bangun pada awal pagi untuk bersolat Subuh, lalu sahabat mengambil tindakan berjalan mengelilingi kawasan tersebut untuk mengejutkan mereka sebelum Subuh.

“Dulu ada azan pertama, tapi kalau tak ada azan pertama, maka tak salah kalau menggunakan cara yang sesuai yang tidak bercanggah dengan Islam untuk mengejutkan orang ramai terutamanya pada zaman sekarang yang mana manusia agak jauh dari amalan Islam,”

DAP Cuba Perdayakan Pas Konon Faham Islam walhal hampas tak akan terima Islam. Mereka panda bermuka-muka, hidup dengan tipu daya iblis laknatulaah untuk menyesatkan umat Islam sekaliannya.

Pelajar pro mahsiswa pun turut disogok oleh DAP mengkritik tindakan JAIS?

Mengapa Pro Mahasiswa perlu mempertikaikan serbuan yang dilakukan oleh JAIS untuk menyelamatkan 12 orang Islam daripada murtad? Mengapa Pro Mahasiswa UPM tidak kecam soalan-soalan kuiz yang diedarkan dalam Dream Centre terbabit? Mengapa tidak kecam campurtangan Exco bukan Islam dalam menghalang serbuan terbabit? Takut hendak kecam kerana Pro Mahasiswa sudah berada di bawah telunjuk wakil-wakil rakyat pembangkang di luar. Biarpun ada orang Islam mahu dimurtadkan, Pro Mahasiswa masih lagi boleh bertoleransi. Suara pelajar apa jika berpandangan sebegini.


Adakah pelajar Pro Mahasiswa ini telah disogok oleh DAP? yang sememangnya mahu menarik perhatian para pelajar supaya menceburkan diri dalam pentas politik pembangkang. Nasihat aku senang je, belajar dulu sampai habis kemudian bersedia dengan segala kemahiran dan bakat untuk menjamin masa yang depan yang cerah. Jangan pula nanti, terbahak-bahak menjadi penganggur yang akhirnya bekerja di jabatan kerajaan sebagai pilihan terkahir.

Tuesday, August 16, 2011

Isu pengundi hantu : PAS sebenarnya sudah ketandusan isu untuk membohongi rakyat..!

Pembangkang, khususnya PAS bukan sahaja melakukan pembohongan, tuduhan palsu dan mencemarkan nama UMNO , Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan (SPR) tetapi lebih jauh sengaja memperkecil dan merendahkan martabat rakyat Malaysia sendiri apabila meletakkan mereka yang sudah diiktiraf kerakyatan sebagai ‘pendatang asing’.


Apa perasaan kita sebagai rakyat Malaysia jika ada mengatakan kita tidak layak mengundi kerana bukan berasal dari negara ini sebaliknya masih rakyat Indonesia, India, China, Iran, Saudi atau sebagainya?

Tidak berkecil hatikah kita? Tidak marahkah kita?

Jadi tidakkah layak warganegara Malaysia sendiri mengundi?

Tanpa PAS sedari atau sengaja ‘bangang’, beberapa pemimpin PAS sendiri amat tahu yang ramai anggota dan pengundi PAS pada kedudukan yang sama. Mereka bagaikan ‘buta dan tuli’ terhadap apa yang sudah mereka sendiri lakukan.

Mengata dulang, paku serpih, mengata orang, sebenarnya PAS yang lebih…puihh berlagak alim kononnya tetapi hati mereka diracuni pemikiran kuasa politik yang masih buntu dicapai hingga kini.

PAS sengaja menimbulkan perkara tersebut kerana terdesak demi mendapatkan undi orang Melayu, Islam dan bukan Melayu kerana bimbang perjuangan baru mereka – negara kebajikan tidak mendapat sambutan.

PAS yang silap menukar perjuangan dan lebih buruk apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan negara Islam tidak ada dalam al-Quran, mereka semakin gelabah dan berusaha menutup kelemahan.

Perjuangannya yang bertukar daripada mahu mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana tahu DAP dan sekutu bukan Melayu dan bukan Islam sedang mengasak mereka, menyebabkan ada sahaja perkara yang cuba mengelirukan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, seramai 5,006 bangsa asing kebanyakannya keturunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi iaitu 1,239 di Dun Kijal dan 529 di Air Putih termasuk 43 daripadanya dikesan tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebaliknya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan pada hakikatnya yang menipu rakyat adalah PAS. Sengaja memperbesarkan isu yang tidak masuk akal dan retorik untuk memperdaya pemikiran rakyat.

Buktinya pada 1995, PAS membawa masuk seramai 979 pengundi dari kawasan lain (termasuk dari Dewan Undangan Negeri (Dun Kemasik) ke Dun Kijal. Berdasarkan semakan terdapat kira-kira 1,200 pemilih di Rusila, Marang adalah pengundi luar iaitu dari Johor, Selangor dan Pahang. Perkara ini pernah dibongkarkan oleh Datuk Ahmad Said selepas pilihanraya tahun 2004.

Berikutan itu Menteri Besar Terengganu turut menyangkal pendedahan PAS Terengganu yang mengesan ribuan warga asing memiliki kad pengenalan mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di negeri itu. Malah, tuduhan PAS itu disanggah oleh Pengarah Pilihan raya negeri, Mohd Noor Daud apabila meminta PAS kemukakan bukti dakwaan.

Hakikatnya, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) bersedia memotong nama mana-mana rakyat asing yang dikatakan tersenarai sebagai pengundi di negeri ini. Kerana itu PAS tidak wajar menuduh sembarangan, sebaliknya mengemukakan bukti kukuh, bagi membolehkan SPR bertindak dan menyemak bagi melihat kebenarannya.

Bahkan, ramai yang tersilap dan menganggap semua bangsa asing sebagai ‘orang luar’ sedangkan ramai antara mereka sudah lama menetap dan menjadi warganegara Malaysia.

Monday, August 15, 2011

Bacaan Quran tidak boleh tetapi menyanyi menyalak kaum Cina boleh di Pulau Pinang..!

Amalan membaca ayat al-Quran sebelum subuh tidak selaras dengan syarak atau mengganggu orang sedang tidur itu perkara kedua. Yang utama, bukankah bagus ayat-ayat itu diperdengarkan sekurang-kurangnya mengejutkan orang dari tidur dan mengingatkan mereka tentang bakal masuknya waktu subuh? Kita yang sedang tidur pun merasa teruja mendengar alunan ayat yang dibaca.


Mengapakah diperkirakan memaksa orang dengar atau mengganggu orang tidur? al-Quran itu memang untuk didengar dan diamal melainkan mereka yang menolak agama. Subuh itu memang waktu untuk solat melainkan bagi mereka yang tidak endah. Jika azan, berapa lama sangat masa alunan itu dilaungkan?

Mungkin yang boleh dibuat ialah mengehadkan waktu membaca bacaan al-Quran itu atau memperdengarkan bacaan yang merdu dan laungan bilal yang mendayu. Bukan bacaan yang semberono macam bacaan rap imam Mesir atau laungan azan bilal yang suara serak-serak basah membingitkan telinga. Itu boleh diubah.

Kita orang Islam boleh memekakkan telinga dengan suara anjing melalak dan melolong tengah malam buta mengapakan mereka orang bukan Islam merungut sebab bacaan al-Quran sebelum subuh?

Persoalannya mengapa Jawatankuasa Fatwa P.Pinang bukan negeri lain? Jelaslah ada orang yang 'mencucuk' Jawatankuasa Fatwa tersebut yang kebetulan memang berpemikiran reformis mujaddid pro-Asri.

Siapa lagi yang tukang cucuk kalau bukan Jeff Oi dan orang-orang fanatik ke-Cina-an mereka di pejabat Ketua Menteri? Kita tidak salahkan Lim Guan Eng kerana kita tahu toleransi beliau yang cukup tinggi dalam amalan beragama.

Melayu pi balik tanah besar jangan ganggu kami Cina di sini..!

Tetapi orang-orang di sekeliling beliau inilah yang menjadi tukang api. Siapa tak kenal Jeff Oi yang pernah secara terbuka berkrisis dengan wakil PKR dari JIM dalam Majlis Perbandaran Seberang Jaya tidak lama dulu? Jeff Oi dengan mengaitkan JIM dengan pertubuhan ekstrimis kerana kononnya mahu mendaulatkan negara Islam di negara ini.

Kenyataan Nik Aziz mengatakan ia selaras dengan syarak kita fahami kerana ia kenyataan politik beliau untuk mengelakkan polemik. Kerana, kita tidak dengar pula larangan sedemikian di Kelantan sebelum ini.

DAP selalu menyalahkan sesetengah pemimpin PAS terutama Ketua Pemudanya kerana tidak moderat dan tidak plural. Memang kita akui kadang-kadang Pemuda PAS ini atas semangat orang muda seperti totok dan kolot macam negara ini belia beliawanis 100% berketayap putih lebai macam mereka.

Tetapi, DAP juga harus menjaga orang-orangnya seperti Jeff Oi ini. Walaupun Teresa Kok nampaknya sudah 'slow' tetapi golongan sekular dan Cina pekat dalam parti itu mestilah dididik supaya menerima hakikat negara ini adalah bermajoritikan orang Islam dan Melayu dari segi sejarah bangsa.

Saturday, August 13, 2011

Tiga serangkai dianggap parasit dalam pimpinan PAS???

Satu ketika bekas Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa ditentang habis-habisan oleh kempimpinan Pas sehingga tewas mempertahankan jawatannya pada pemilihan muktamar ke 57 akibat pengaruh kuasa politik yang kuat menolak beliau hanya kerana perjuangkan sesuatu suci demi Islam.


Terbaru berlaku lagi selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas sendiri ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini.

Nasib malang kepimpinan PAS akan berterusan apabila Nasaruddin Hassan Tantawi juga dilihat menjadi duri dalam daging kepada perpaduan PAS dan DAP yang selama ini begitu utuh walaupun banyak berlaku kepincangan disebaliknya.

Dimana sebenarnya bermula semua ini?. Jika di fikir dan dikaji ianya bermula setelah Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz yang tidak berpuashati terhadap Nasharuddin kerana menyokong idea kerajaan perpaduan, iaitu mewujudkan kerjasama antara Pas dan Umno, yang dicadangkan sendiri oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2009.

Hasrat kerajaan Perpaduan ialah membincangkan kaedah untuk membela nasib orang Melayu Islam daripada tersasar nilai moralnya dan ekonominya. Bagaimanapun akibat anti Umno, Nik Aziz membantah cadangan biarpun ia demi kesejahteraan umat Islam di negara ini. Perasaan dendam kesumat Nik Aziz kepada UMNO begitu kuat hingga tidak boleh dikekang oleh sesiapapun dalam kepimpinan PAS yang ada hari ini.

Tambahan pula ketika itu, PAS baru berjinak berkawan dengan DAP dan perlu melakukan sesuatu supaya hubungan kedua-dua parti itu tidak boleh diganggu gugat oleh musuh politik mereka. Setelah DAP tahu idea kerajaan perpaduan ini, NiK Aziz dilihat mula menggelabah untuk mempertahankan hubungan mereka demi kuasa politik semara-mata. Nak tak nak, PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP yang tidak mahu PAS menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Sementara itu, bagi kes Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan pro Anwar Al Jub iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.

Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www.eperjuangan.com, dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan pro Anwar Al Juburi apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”. Memang bertenaga pendirian Nasaruddin Tantawi yang membayangkan dirinya tidak gentar keputusan pucuk pimpinan PAS kelak.

Ini semua takdir dan ketentuan Allah SWT yang tidak boleh disangkal oleh sesiapapun waima Nik Aziz sekalipun. Penentangan dan sikap istiqamah Nasaruddin Tantawi agak terserlah berikutan isunya JAIS membuat pemeriksaan ke atas sebuah Gereja Methodist, Damansara Utama, dua minggu lalu dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, iaitu ulama Pas sendiri, menyokong tindakan JAIS itu.

Malah, sikap dan pendirian Khalid Ibrahim yang terlalu cepat memohon maaf kepada pihak gereja DUMC mengudang banyak persoalan yang ada ketikanya dibayangi perasaan was was mengenai akidah Khalid Ibrahim. Memang tepat sekali jika selama ini wujud dakwaan bahawa Khalid Ibrahim menerima tempias yang sama seperti Niza Jamaluddin semasa menjadi Menteri Besar Perak.

DAP lebih bersifat dominan berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat dan tidak boleh diketepikan samada PAS mahupun PKR. Setiap keputusan perlu dirujuk terlebih dahulu kepada mereka (DAP) untuk diputusakan samada boleh ataupun tidak.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz dan Hj Hadi enggan memberi sebarang komen perkara itu dengan alasan kononnya mereka tidak mahu isu itu dipolitikkan.Puihhh...! Hakikatnya mereka takut untuk bersuara di hadapan sekutunya dan mempertahankan Dr Hassan.

Dr Hassan terkenal kelantangannya dalam menegakkan Islam di Selangor termasuk soal menghadkan jualan arak di negeri itu. Namun setiap tindakannya tidak dipersetujui PKR dan DAP, justeru kepimpinan Pas melihat Dr Hassan sebagai liabiliti kepada parti yang boleh menjejaskan kerjasama dalam pakatan pembangkang sekaligus menguasai negara pada pilihan raya umum akan datang.

Persoalan penting yang perlu diamati sedalam-dalamnya oleh umat Islam di negara ini adakah layak PAS ingin menjadikan negara ini berkonsepkan kebajikan sedangkan dalam soal mempertahankan akidah pun mereka tidak berdaya untuk bersuara dan beristiqamah???. Jawabnya PAS sekarang memang sudah jauh tersasar dari landasan sebenar mereka. Ibarat kata, sengaja meletak semak samun dilaluan yang sudah zahir lagi nyata tetapi degil memilih jalan susah yang sudah pasti akan sesat lagi menyesatkan...

Friday, August 12, 2011

Apa yang menyebabkan Khalid Ibrahim benci Islam dan sayang Kristian..!

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan bahawa pegawai penguatkuasanya bersama anggota polis hanya menjalankan pemeriksaan dan bukannya serbuan di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lepas.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat bahawa satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis “Thanksgiving Dinner” di sebuah gereja.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu satu operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam.

“Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Marzuki berkata: “Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam.

Marzuki berkata, seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Beliau juga menegaskan tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh anggota penguatkuasa JAIS pada malam itu.

Katanya, JAIS merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang menyatakan pemeriksaan itu dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasa JAIS.

“Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan berkenaan. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja anggota penguatkuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh penganjur,” katanya.

Biarpun tindakan penganjur itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa mereka untuk membuat tangkapan, kata beliau.

Daging khinzir juadah berbuka puasa??..The Star memang saja cari pasal..!

Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.


Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

Sumber : UM

Wednesday, August 10, 2011

Gereja Methodist Damansara Utama dibina secara haram? Maknanya, Khalib Ibrahim bersekongkol buat aktiviti haram..!

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini hanya meluluskan pembinaan pusat komuniti bukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang bangunannya kini tersergam di Seksyen 13 di sini. Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ. Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Sumber berita : MStar Online

Tuesday, August 09, 2011

Rusuhan ganas terbaru di Britain : Inilah yang Pakatan Haprak nak sangat berlaku di Malaysia..!

Inilah suasana yang paling diinginkan oleh Pakatan Haprak ketika menganjurkan Bersih 2.0 pada 9 Jul 2011 yang lalu. Namun, semuanya sia-sia kerana rakyat di negara ini masih cintakan keamanan dan hidup tenteram tanpa berlaku kacau bilau. Rusuhan terbaru yang berlaku di Britain ini merupakan rusuhan paling buruk selepas rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1981.






JAIS vs Gereja : PAS beri laluan Islam dimurtadkan menyebabkan rakyat semakin benci parti itu!

Selepas meninggalkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan mengejar negara berkebajikan Pas kini "cuba membunuh" ulama-ulama di dalam partinya sendiri.Mangsa yang pertama ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali iaitu ulama Pas sendiri yang lantang dalam soal Islam di Selangor termasuk perjuangannya menghadkanan jual beli arak kepada orang Islam.

Namun Pas suka membantah Dr Hassan dan menyifatkan beliau sebagai liabiliti dan penghancur kepada keharmonian kerjasama PKR dan DAP. Kali ini Dr Hassan menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat sebuah gereja yang didakwa cuba membawa orang Melayu memeluk agama Kristian.

Belum pun siasatan itu dibuktikan, Pas sudah menemplak Dr Hassan yang disifatkan terburu-buru, malahan Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Ibrahim pun kesal dengan kenyataan Dr Hassan.

Apa sudah jadi dengan Pas, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tidak berani pertahankan anak buahnya sendiri dan mengambil jalan tengah bahawa mereka akan bertemu dengan pihak gereja.

Dimana maruah Islam yang dilaungkan Pas selama ini. Sudah hilangkah ia dalam nur Pas sedangkan jika Umno yang silap mereka tanpa berfikir panjang lantang membidas.

Tetapi apabila ahli sendiri Pas cuba menjaga hati sekutunya PKR dan DAP. Yang malang sekali adalah ulama Pas yang kian terhimpit oleh golongan pemimpin yang serakahnya ingin menguasai negara melalui pakatan pembangkang.

Lebih menyedihkan kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan pihak gereja bagi mendapatkan penjelasan mengenai serbuan Jais ke atas Gereja Methodist, Damansara Utama, minggu lalu.

Abdul Hadi berkata yang dipetik Harakahdaily Pas tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau menyalahkan mana-mana pihak sebelum mendapat penjelasan terperinci berhubung perkara ini. Inilah penjelasan karut yang dikeluarkan oleh Hj Hadi untuk mengalih perhatian rakyat tentang kelemahan parti itu yang jelas terpaksa mengikut telunjuk DAP

"PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh.

"PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak," kata.

Di mana letaknya air muka Dr Hassan Ali, adakah beliau akan "dibunuh oleh Pas" sendiri sehinggakan beliau sanggup mengeluarkan kenyataan "Saya rela dipecat".

Beginikah akhirnya Islam diperjudikan Pas?

Monday, August 08, 2011

Mursidul Am PAS telah sesat lagi menyesatkan, kata Tok Guru Hj Lah...!

Kata tok guru Hj Lah yang merupakan pengasas pondok pengajian Islam di Pasir Mas, Kelantan bahawa mursidul am PAS sudah sesat lagi menyesatkan. Malah, politik yang cuba dibawa oleh Nik Aziz, Hj Hadi dan Mat Sabu merupakan politik "Karpal Singh" atau dalam erti kata lain mengikut telunjuk DAP walaupun terpaksa munafik kepada Allah...Saksikan video ini.

Identiti betina sundal "Makcik hajjah sitt al - wuzara" terbongkar..!

Masih ingat lagikah kepada pemilik facebook yang menggelarkan dirinya "hajjah sit al-wuzara" yang terang-terangan menghina kesucian agama Islam??. Memang sial dan banggang keparat punya manusia yang sanggup berbuat demikian. Mungkin si betina lahanat ni merasakan dia hebat untuk menyembunyikan identitinya yang sebenar. Namun, lahanat ni tak fikir bahawa ada orang lain yang lebih bijak daripadanya sehingga terbongkarnya idenditi sebenar si lahanat bangsat.

Identiti sebenar betina haramjadah ni akhirnya telah dibongkarkan sekumpulan hackers yang menggelarkan diri mereka sebagai >Gaysec<.

Gambar ini dipetik daripada blog Panglima harimau...Selanjutnya baca DISNI atau DISINI

pemilik sebenar akaun  FB "hajjah sit al-wuzara"

Bersama Marina Mahathir

Facebook haramjadah must be killed

Kemana duit zakat berjuta-juta ringgit yang dibayar setiap tahun???

Pusat Pungutan Zakat mensasarkan kutipan zakat Fitrah pada tahun ini dianggarkan mencecah RM300 juta daripada umat Islam. Angka yang cukup besar untuk diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya.

Namun, persoalan yang timbul adakah hasil kutipan berjuta-juta ringgit itu diagihkan kepada mereka yang benar-benar layak?. Ini tidak termasuk lagi zakat-zakat yang lain seperti yang dibayar secara individu mahupun syarikat-syarikat korporat.

Apabila berbicara soal duit kutipan zakat dengan salah seorang teman saya yang dikategorikan wajib membayar zakat, secara spontan beliau menjawab mudah bahawa duit yang dibayar itu sampai atau tidak kepada sasaran iaitu mereka yang benar-benar layak.

Saya amat tersentuh apabila membaca luahan seorang wanita berusia 40 tahun terpaksa mendapat bekalan makanan untuk menyara anak-anaknya di sebuah gereja ekoran mengalami kesempitan hidup. Yang peliknya, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh wanita berkenaan bahawa beliau pernah mendapat bantuan daripada Baitulmal dan itupun hany sekali.

Jika benar dakwaan ini, siapa yang patut dipersalahkan sekiranya wanita berkenaan nekad untuk memohon bantuan bekalan makanan daripada gereja bagi menyara keluarganya.

Bahkan, jika tergerak wanita itu untuk memilih kristian sebagai pegangan agamanya, siapa yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak?? Yang pasti pihak yang berkaitan akan bersalah dalam hal ini termasuklah kerajaan yang memerintah yang kononnya mendokong prinsip Islam. Fikir sedalam-dalamnya terutama sekali pihak yang berkaitan seperti Baitulmal yang dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan.

Jangan hanya berfikir soal angka kutipan zakat semata-mata yang akhirnya maruah Islam terabai..


“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

Saturday, August 06, 2011

Dua 'Khalid' di Selangor dikatakan terlibat memurtadkan umat Islam..nauzubillah..!

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Contoh kitab bible versi Melayu yang dirampas JAIS
Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Sumber : HARIAN METRO

Friday, August 05, 2011

PAS : Duit derma PAS disonglap oleh pemimpin dan membayar upah penceramah, tiada untuk rakyat!

Hari ini dilancarkan buku bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" tulisan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pada waktu yang sama terdapat sebuah tabung lutsinar kutipan derma di hadapan surau setinggi dua kaki.


Terdapat persamaan antara buku Pas itu dengan tabung berkenaan dan ianya berkaitan dengan konsep berkebajikan yang diwar-warkan Pas. Abdul Hadi menegaskan dalam bukunya: negara berkebajikan bermaksud kerajaan dan rakyatnya berkebajikan yang melahirkan rakyat (orang ramai, persatuan, komuniti, syarikat,korporat, dan pemerintah) yang berlumba-lumba melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap yang menguntungkan kesemua pihak.

Negara kebajikan bermaksud kerajaan sahaja yang melakukan program kebajikan. Ini melahirkan rakyat yang bergantung kepada ihsan kerajaan dan orang lain yang ada kalanya membebankan kerajaan dan merugikan kesemua pihak.

Pada dasarnya konsep negara berkebajikan ala Pas memberi maksud semua rakyat akan membantu kerajaan sama seperti tabung yang terletak di luar surau majlis pelancaran buku itu hari ini.

Maknanya rakyat banyak memberi wang dan tenaga kepada kerajaan seperti setiap majlis Pas di Kelantan dengan rakyat diminta menderma dan tidak diketahui berapakah jumlah duit dikutip dan kemana duit itu disalurkan tanpa sebarang audit.

"Pas kata konsep sedemikian menguntungkan semua pihak. Betul Ke? bukankah untung Pas atau kerajaan berkebajikan sahaja. Rakyat Dapat Apa. berbeza dengan konsep negara kebajikan.

"Konsep itu menguntungkan rakyat, biarpun Pas dakwa merugikan semua pihak. Yang itu nampak logiknya rakyat menerima kebaikan daripada kerajaan sama macam amalan Umno. Pas ingat kami ni sebagai rakyat duduk diam sahaja ke?......

"Kami pun menyumbang kepada kerajaan dan negara dengan bekerja seperti berniaga, doktor, jurutera, buruh binaan, juruterbang, kesemua kami bawa duit untuk negara dan bayar cukai. Perlukah kami beri lagi? Kami akan beri jika kerajaan beri kami. bukan macam Pas. Apakah sumbangan kerakaan PAS kepada Negeri Kelantan semenjak bertahun memerintah???..Jawapannya hanya ada pada Nik Aziz, keluarga dan konco-konconya sahaja..

Khalid Ibrahim kini panas punggung isu permurtadan penganut Islam di Gereja Selangor..!

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan lengkap ekoran tindakan bersama polis menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

“Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Dalam pada itu Abdul Khalid menegaskan, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan serta kepercayaan mereka.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan tolenrasi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekaligus menyatupadukan rakyat.

Sumber berita : Utusan Malaysia

Wednesday, August 03, 2011

Khalid Gagap semakin melampau..urusan akademik pun dia nak songlap!

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai ‘membantah’ berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan. Dr Rosti berkata beliau tidak sanggup melaksanakan arahan berkenaan kerana ia tidak bersebab dan tanpa mematuhi proses yang betul.

“Sah saya letak jawatan berkuatkuasa 3 Ogos. Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa,” katanya di sini Isnin.

Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009.

Keputusan Dr Rosti melepaskan jawatannya sebagai `membantah’ keputusan pelucutan tiga orang pegawai yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Dr Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta.

Bagaimanapun, dikatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu tidak diterima oleh Dr Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

SUMBER : Utusan Malaysia Online

Tuesday, August 02, 2011

Pintu taubat masih terbuka buat Nik Aziz..!

Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin serius dan dikatakan telah disahkan menghidap sejenis barah.


Difahamkan perkara tersebut telah disahkan oleh sekumpulan pakar yang merawatnya ketika dimasukkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa sebelum Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan.

Khabarnya lagi, kanser tersebut sukar dikawal kerana Nik Aziz turut menghadapi masalah jantung dan diabetes. Pada masa kini, Mursyidul Am Pas itu terpaksa mengikuti beberapa proses kemoterapi untuk memastikan barah tidak terus merebak.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Nik Aziz dimasukkan ke hospital kerana sakit perut.

Beberapa pihak sebelum ini mempertikaikan keadaan kesihatan Nik Aziz tambahan pula dia tidak mampu untuk mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat penting dan membiarkan orang lain membuat keputusan.
Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox