Mengapakah diperkirakan memaksa orang dengar atau mengganggu orang tidur? al-Quran itu memang untuk didengar dan diamal melainkan mereka yang menolak agama. Subuh itu memang waktu untuk solat melainkan bagi mereka yang tidak endah. Jika azan, berapa lama sangat masa alunan itu dilaungkan?
Mungkin yang boleh dibuat ialah mengehadkan waktu membaca bacaan al-Quran itu atau memperdengarkan bacaan yang merdu dan laungan bilal yang mendayu. Bukan bacaan yang semberono macam bacaan rap imam Mesir atau laungan azan bilal yang suara serak-serak basah membingitkan telinga. Itu boleh diubah.
Kita orang Islam boleh memekakkan telinga dengan suara anjing melalak dan melolong tengah malam buta mengapakan mereka orang bukan Islam merungut sebab bacaan al-Quran sebelum subuh?
Persoalannya mengapa Jawatankuasa Fatwa P.Pinang bukan negeri lain? Jelaslah ada orang yang 'mencucuk' Jawatankuasa Fatwa tersebut yang kebetulan memang berpemikiran reformis mujaddid pro-Asri.
Siapa lagi yang tukang cucuk kalau bukan Jeff Oi dan orang-orang fanatik ke-Cina-an mereka di pejabat Ketua Menteri? Kita tidak salahkan Lim Guan Eng kerana kita tahu toleransi beliau yang cukup tinggi dalam amalan beragama.
Melayu pi balik tanah besar jangan ganggu kami Cina di sini..! |
Tetapi orang-orang di sekeliling beliau inilah yang menjadi tukang api. Siapa tak kenal Jeff Oi yang pernah secara terbuka berkrisis dengan wakil PKR dari JIM dalam Majlis Perbandaran Seberang Jaya tidak lama dulu? Jeff Oi dengan mengaitkan JIM dengan pertubuhan ekstrimis kerana kononnya mahu mendaulatkan negara Islam di negara ini.
Kenyataan Nik Aziz mengatakan ia selaras dengan syarak kita fahami kerana ia kenyataan politik beliau untuk mengelakkan polemik. Kerana, kita tidak dengar pula larangan sedemikian di Kelantan sebelum ini.
DAP selalu menyalahkan sesetengah pemimpin PAS terutama Ketua Pemudanya kerana tidak moderat dan tidak plural. Memang kita akui kadang-kadang Pemuda PAS ini atas semangat orang muda seperti totok dan kolot macam negara ini belia beliawanis 100% berketayap putih lebai macam mereka.
Tetapi, DAP juga harus menjaga orang-orangnya seperti Jeff Oi ini. Walaupun Teresa Kok nampaknya sudah 'slow' tetapi golongan sekular dan Cina pekat dalam parti itu mestilah dididik supaya menerima hakikat negara ini adalah bermajoritikan orang Islam dan Melayu dari segi sejarah bangsa.
No comments:
Post a Comment