PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Showing posts with label NGO' Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label NGO' Kerajaan. Show all posts

Saturday, June 02, 2012

Lagi demo NGO tak puas hati terhadap Karpal Singh

Kira-kira 80 ahli Perkasa cawangan Grik menyertai perhimpunan aman petang semalam bagi membantah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa bukan Melayu boleh dilantik sebagai Perdana Menteri pada suatu hari nanti.

Bertempat di Stesen Bas Grik, ahli pertubuhan itu melaungkan Hidup Melayu dan Mampus Karpal Singh sebelum berarak ke Pejabat DAP Grik sejauh kira-kira 60 meter.


Selain itu, Perkasa turut mengedarkan baju T tertera perkataan Hidup Melayu kepada orang ramai sebelum perhimpunan aman itu bersurai jam 5.30 petang.

Baru-baru ini, Karpal dilaporkan berkata DAP akan terus memperjuangkan kerusi Perdana Menteri diisi seorang bukan Melayu selagi beliau masih hidup.

Karpal turut berkongsi terjemahan sendiri bahawa tiada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Berdasarkan terjemahan itu, Karpal secara peribadi menganggap jawatan itu boleh disandang oleh calon bukan Melayu walaupun pakatan pembangkang telah bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim calon paling layak. Sambung baca DISINI

- Perak Today

Tuesday, February 28, 2012

Meskipun hujan lebat hadirin tak berganjak dengar ceramah Dr Hassan Ali di Manjung

Meskipun hujan lebat dengan guruh berdentum di langit, namun ceramah Dr Hassan Ali dan Hassan Basri tetap berjalan seperti biasa. Itu semua atas kehendak dan ketentuan Allah SWT. Yang baik datang daripadaNya manakala yang buruk itu biasanya datang dari kelemahan kita sebagai manusia.

Aku cuma nak cakap 'tabik' kepada penduduk sekitar Manjung walaupun dalam keadaan hujan lebat sejak Mahgrib, ceramah berkenaan akidah yang disampaikan Dr Hassan Ali tetap berjalan seperti biasa. Hadirin tidak berganjak dari tempat duduk di grand stand stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Aku nak ambil gambar pun susah sebab sesak dengan hadirin dicelah-celah tangga grand stand semata-mata nak dengar ceramah Dr Hassan Ali. Boleh dikatakan setiap penjuru grand stand dipenuhi hadirin malah ada yang sanggup berpayung di tengah padang dan tidak berganjak hingga selesai ceramah jam 12 malam.

Harap maaf sebab nak ambil gambar susah pasal hujan lebat maklum saja amik gambar pun guna telefon bimbit masih zaman batu. Kalau dapat daripada member nanti boleh update kemudian.




Kalau nak tahu yang datang ke majlis itu, bukan saja orang UMNO dan tidak berparti tetapi banyak juga ahli dan penyokong PAS yang setia kepada Dr Hassan Ali. Sekejap tadi saya terbaca dalam blog Manjung Mari yang menyatakan bahawa cuaca hujan disebabkan majlis itu tidak diberkati Allah.

Aku cuma nak tanya Manjung Mari ini Islam ke kapir??? Kalau pasal hujan turun dia kata majlis tidak berkat, dia ni Tuhan ke?? Cuba habak maiiii. Hati memang dah gelap pekat termakan penangan DAP inilah jadinya. Tidak tahu membezakan yang hak dan yang batil.

Jangan nak bercakap soal hakikat dan ketuhanan kalau ilmu sekupang pun tak mencukupi.


P/S : Tiap-tiap bulan sapu duit pencen bagi anak bini makan. Kesian betul aku tengok blogger tahap bodoh gaban kat Manjung ni..

Monday, February 27, 2012

Dengar khabar ramai pengikut PAS tak sabar untuk dengar ceramah Hassan Ali di Manjung

Salam perjuangan...Dimaklumkan bahawa Dr Hassan Ali dan rakan-rakannya akan meneruskan siri ceramah road show 'Selamatkan Akidah' pada 27 Feb 2012 jam 8.30 malam di padang Majlis Perbadaran Manjung, Perak. Kepada yang berkelapangan di sekitar daerah ini jom ramai-ramai hadir ke majlis penerangan mengenai isu akidah umat Islam yang akan disampaikan oleh Dr Hassan Ali dan rakan-rakan.

Monday, June 06, 2011

Syabas KIMMA!!!.Usaha anda harus dicontohi...!

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan melancarkan kempen dalam masa terdekat untuk mendaftarkan kira-kira 100,000 orang beketurunan India Muslim sebagai pengundi tahun ini.

Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader berkata kempen menerusi pameran bergerak di seluruh negara itu akan dilaksanakan oleh Skuad 1KIMMA bagi membolehkan pengundi baru dapat menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Selanjutnya  >DISINI<

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox