Kira-kira 80 ahli Perkasa cawangan Grik menyertai perhimpunan aman
petang semalam bagi membantah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh
bahawa bukan Melayu boleh dilantik sebagai Perdana Menteri pada suatu
hari nanti.
Bertempat di Stesen Bas Grik, ahli pertubuhan itu melaungkan Hidup
Melayu dan Mampus Karpal Singh sebelum berarak ke Pejabat DAP Grik
sejauh kira-kira 60 meter.
Selain itu, Perkasa turut mengedarkan baju T tertera perkataan Hidup
Melayu kepada orang ramai sebelum perhimpunan aman itu bersurai jam 5.30
petang.
Baru-baru ini, Karpal dilaporkan berkata DAP akan terus
memperjuangkan kerusi Perdana Menteri diisi seorang bukan Melayu selagi
beliau masih hidup.
Karpal turut berkongsi terjemahan sendiri bahawa tiada undang-undang
dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu
menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Berdasarkan terjemahan itu, Karpal secara peribadi menganggap jawatan
itu boleh disandang oleh calon bukan Melayu walaupun pakatan
pembangkang telah bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim calon paling layak. Sambung baca DISINI
- Perak Today

No comments:
Post a Comment