PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, November 08, 2011

PAS terpaksa 'haramkan' kuliah Azhar Idrus di Kelantan

Siapa yang tidak kenal dengan Azhar Idrus seorang pendakwah bebas (pro PAS) yang sentiasa menjadi buah mulut dikalangan ahli PAS jika menyampaikan kuliahnya. Disebabkan populariti Azhar Idrus yang sentiasa menjadi tumpuan hadirin ketika berceramah, sambutan yang diberi amat menggalakkan. Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan melalu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mengeluarkan arahan bertulis melarang Azhar Idrus daripada menyampaikan ceramah di mana-mana tempat di negeri itu.

Alasan yang diberikan oleh MAIK, bahawa ada sesetengah pemimpin kanan PAS Kelantan merasa bimbang populariti Nik Aziz akan jatuh disebabkan ramai yang suka cara Azhar Idrus dalam menyampaikan kuliah agama. Tambahan pula, dalam suasana parti itu untuk menghadapi pilihanraya Umum tidak lama lagi.


"Setiap kali Ustaz Azhar buat ceramah kereta pasti padat, orang ramai, jumlah itu berkurangan berbanding Nik Aziz. Inilah perkara sebenar yang dirisaukan oleh Pas Kelantan.

"Mereka takut populariti Nik Aziz jatuh. Malahan perkara itu telah dimaklumkan kepada pegawai ustaz Azhar mengenai perkara itu sebelum ini".

Tetapi yang hairannya Bekas mufti Perlis Prof Mohd Asri Zainal Abidin dapat berceramah di Kelantan biarpun tidak mendapat tauliah di Kelantan.

"Maik tidak pernah keluarkan tauliah kepada Mohd Asri, tetapi boleh berceramah tetapi tidak Ustaz Azhar, semuanya angkara politik dan populariti,".

Malahan pemimpin Pas Kelantan bimbang dengan pengaruh ustaz Azhar yang tidak bersetuju dengan fahaman Al-Wahabi yang banyak diamalkan oleh pemimpin kanan Pas Kelantan dan ia juga memberi gambaran negatif kepada Pas dalam pilihan raya umum kelak.

3 comments:

  1. ciss.... memang sah blog masuk neraka..... fitnah lebih teruk dosanya dari membunuh.... rasakan akibatnya nanti..... hahahahaha.... gila!!!! manusia celaka macam ini pun ada di malaysia... ingatkan ada di israel, uk dan usa je, rupanya melata di malaysia. Ya Allah lindungilah negara tercintaku ini dari makhluk kejatuhan kota melaka ini....

    ReplyDelete
  2. Doa laknat dah makan diri apa nak buat...... marah macamana pun dah terlambat ... terima ajalah pasal neraka itu utk mu sama jua ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. dahulu sebelum aku kenal wahabi aku hanya ikut sahaja amalan dan hukum sesuatu amalan....
      tapi kini setelah aku kenal wahabi aku mula bertanya adakah sesuatu amalan atau hukum itu ada dalam al Quran dan sunnah atau ianya sekadar pendapat ulama....

      Delete


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox