ANWAR LIWAT MAHASISWA 1

ANWAR LIWAT MAHASISWA 2

PAUTAN TERKINI

Tuesday, April 30, 2013

Lagi Ahli PAS Keluar Parti di Kelantan

Kecewa dengan kepimpinan Pas yang hanya pandai berjanji tetapi gagal menepatinya, kira-kira 50 ahli dan penyokong Pas di kawasan Limbat menyatakan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Mereka inginkan perubahan ke arah yang lebih baik setelah sekian lama dibuai janji kosong yang dibuat oleh Pas. Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Cawangan Limbat, Mohd. Ayuddin Mohamad, 45, berkata, pemimpin Pas sudah tidak mampu lagi untuk memimpin rakyat kerana mereka hanya pandai berjanji tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

“Kali ini saya bertekad untuk memberi sokongan kepada BN kerana kerajaan negeri Pas telah banyak menipu rakyat dari segi pembangunan mahupun agama. Rakyat sudah tertipu.

“Pada pilihan raya ini, saya yakin BN dapat merampas negeri ini dan membawa kepada satu perubahan yang besar terutama di DUN Pasir Tumboh,” katanya ketika ditemui di sini.

Seorang bekas ahli Pas kawasan itu, Roslan Ismail, 44, berkata, hanya BN dapat menjamin keselesaan hidup kepada rakyat dan ia terbukti sejak 50 tahun lalu.

“Tahun ini saya ingin bertukar dan menyokong BN kerana pemimpin Pas tidak pernah mengambil berat masalah penduduk di sini dan saya yakin pilihan raya kali ini berpihak pada BN,” katanya.

Rakannya, Yaacob Putih, 50, berkata, sebelum ini dia merupakan penyokong Pas, namun calon yang ditampilkan BN kali ini telah mengubah fikirannya.

“Calon BN adalah dari golongan ulama dan ia merupakan ramuan terbaik dengan calon-calon lain untuk digandingkan terutama Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mempunyai pengalaman luas dalam dan luar negara.

“Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang bagus dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat sama seperti calon BN di sini yang sudi turun padang berjumpa penduduk setempat,” katanya.
Sementara itu, Mohd Syamsul berkata, penduduk sudah tidak yakin lagi dengan pemimpin Pas dan kali ini mereka ingin memberi laluan kepada BN untuk menerajui negeri ini.

Dipetik dari Edisi Tukar Kelantan

Tuesday, April 02, 2013

Melayu Jadi Balaci DAP

KUALA LUMPUR: DAP tetap melantik orang Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.


Demikian ditegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara eksklusif dengan Roketkini.com baru-baru ini.Kenyataan itu sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

Menurut Loke, fitnah sedemikian merupakan ‘modal politik lama’ yang sama ketika oposisi berjaya menawan Dun Perak pada PRU 2008 lalu.

Inilah cara DAP untuk mengangkat Orang melayu menjadi balacinya.Berhati hatilah....pada PRU 13 nanti Pastikan jangan undi DAP

- Sumber

Monday, January 14, 2013

Kebebasan media yang PAS laungkan akhirnya kena maki hamun

Banyak cerita menarik mengenai HKR KL112 kali ni yang boleh kita paparkan kepada masyarakat mengenai gelagat-gelagat peserta yang hadir tidak terkecuali kepada wartawan yang membuat liputan.Banyak juga cerita-cerita yang karut dan tersembunyi tidak dihebahkan kepada rakyat oleh media-media pembangkang kerana bagi aku ini semua akan membawa padah kepada parti mereka. Dunia hanya memerhati sambil bergelak tawa bahawa inilah wajah sebenar Pakatan Pembangkang di Malaysia.

Aku cuma berkongsi info daripada rakan-rakan bloger  yang berada di segenap sudut semasa perhimpunan tersebut. Dua kisah lucu dan paling bodoh ini mungkin menjadi perkongsian pandangan terutama dikalangan rakyat untuk menilai sendiri betapa kalutnya kelancaran program berkenaan. PAS mungkin sedar bahawa setiap satu kejadian yang berlaku semasa HKR KL112 baru-baru ini sebagai petanda tidak ada keberkatan Allah S.W.T. Banyak musaqqah yang berlaku boleh kita katakan parti PAS telah dimurkai oleh Allah S.W.T

Dua insiden ini jelas memberi pengajaran dan persepsi bahawa gabungan PAS, DAP dan PKR sebenarnya akan menghancurkan negara apabila menjadi pemerintah kelak. Pertama insiden gaduh dan kecoh ketika dipintu masuk stadium melibatkan pengawal peribadi Anwar Ibrahm dengan Nik Aziz sehingga belaku tumbuk menumbuk. Adakah kejadian ini boleh kita katakan ada keberkatan daripada Allah??. Begitu juga insiden caci dan makin hamum oleh sekumpulan wartawan terhadap Unit Amal PAS kerana tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan dari dalam stadium?.

Bagi aku, tidak layak untuk melontarkan perkataan syabas kepada Unit Amal PAS kerana bersabar melayan kerenah wartawan berkenaan. Sebenarnya mereka sudah semstinya layak untuk mendapat cacian dan maki hamun kerana kita tidak lupa sebelum ini pimpinan mereka sendiri seringkali melaungkan kebebasan media. Macam-macam mereka kata kepada kerajaan kononnya media disekat untuk menyampaikan maklumat sedangkan apa yang berlaku hari ini sudah bertentangan dengan prinsip kebebasn media yang dilaungkan mereka.

Jom layan video yang tidak disiarkan oleh media pembangkang..



Sunday, January 13, 2013

Tanda-tanda laknat Allah semasa HKR KL112

Jika nak diceritakan terlalu banyak tetapi aku cuma ingin meringkaskan cerita bahawa terdapat tanda-tanda bahawa Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 semalam banyak menceritakan kisah temberang puak-puak pembangkang. Yang paling hangat diperkatakan oleh puak pembangkang mengenai kehadiran peserta yang mana terbaru heboh digembar gemburkan dalam facebook sehingga mencecah 700 ribu orang. Budak sekolah Tadika sekalipun tergelak bila dengar kaki temberang bagitahu yang hadir sehingga 700 ribu. Mereka turut memuat naik gambar di kawasan stadium bagi membuktikan bahawa dakwaan itu benar tetapi, ternyata meleset yang akhirnya boleh diibaratkan terberak di tengah jalan. Gambar yang dipaparkan sebenarnya telah dimanipulasi oleh mereka yang arif menggunakan perisian Photoshop.

  
Sumber rakan bloger pro Kerajaan

Yang paling memualkan aku, akhirnya Allah telah menunjukkan hati pedal puak-puak pembangkang yang begitu kotor dan penuh bernafsu. Mereka berarak dalam keadaan berasak-asak bercampur lelaki dan perempuan. Paling, menyerlah ada peserta yang sanggup mengambil kesempatan melakukan aktiviti meraba dan tidak senonoh. Tengok sendiri

Adengan korek mengorek..Ptuihhhhh!

Inilah hasil perjuangan Islam yang dibawa oleh Mat Sabu yang kini disokong sepenuhnya oleh penyokong kaki nafsu syaitan. Ingat PAS, ingat Mat Sabu kaki betina yang sanggup mati demi merampas isteri orang menjadi miliknya.

Begitu juga apabila semalam kecoh apabila bloger menyiarkan gambar peserta yang sedang solat di dalam stadium secara bersilang dan tidak diselaraskan arah kiblat. Takkan mereka yang boleh aku anggap pengamal ajaran sesat ini tidak pernah tengok bagaimana jemaah Islam menunaikan solat ketika di Mekah. Mereka berada dalam saf yang mengadap hanya kiblat yang satu dan tidak berada dalam keadaan tunggang langgang seperti yang berlaku dalam stadium semalam.

Kedudukan tunggang langgang arah kiblat..sesat




Kedudukan saf solat di Masjidil Haram

Selain itu, aku diberitahu geng-geng Chin Peng pun turut sama mengambil bahagian dalam perhimpunan semalam. Banyak risalah berkaitan dengan ideologi komunis disebarkan kepada peserta yang hadir. Ingat PAS ingat DAP! yakni parti yang berskongkol dengan komunis. Malas dah nak hurai panjang, sakit aku dibuatnya. Jadi! Lu Fikirla sendiri..

Suadara masa Mat Sabu

Friday, January 11, 2013

Heboh! Penyokong Ngeh Ko Ham mengamuk bakar kenderaan JPJ di Ayer Tawar

Budaya samseng dan ganas  yang cuba ditanam oleh pembangkang bukan saja melibatkan penyokong fanatik parti masing-masing tetapi cuba ditiru oleh sekumpulan lelaki di dalam video ini. Dengar cerita mereka ni geng-geng tonto yang selama ini tidak puas hati terhadap JPJ Manjung. Tengok sendiri tindakan ganas mereka yang berani menterbalikkan kenderaan penguatkuasa JPJ seterusnya membakar kenderaan itu di depan mata pihak polis trafik yang sedang melakukan tugas. Kejadian ini berlaku petang tadi di kawasan Ayer Tawar ketika berlaku kemalangan yang melibatkan lori dan bas sekolah.

Polis trafik hanya terpinga-pinga tak tahu nak buat apa takut juga keselamatan diri mereka. Kalau aku sekalipun, tak kan bertindak membuta tuli dalam keadaan yang tegang begini. Kalau nak tahu lebih kurang 300 meter sahaja lokasi kejadian dari rumah Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming di Ayer Tawar. Kawasan kuat DAP beb apa boleh buat, taiko besar ada di situ. Polis jadi kutu jawabnyak.

Video dah ada, so, takkan pihak polis dan pejam mata je kot, sebab boleh cam setiap satu samseng jalanan yang bertindak ganas terhadap kenderaan penguatkuasa JPJ. Pihak polis jangan pula pejam mata sebelah sebab aku dengar cerita kawasan tu lubuk emas . Hmm faham-faham sajalah.

Video ni aku cilok dari seorang facebooker yang sempat merakam video ketika kejadian petang tadi dan telah memuatnaik ke lawan Youtube.


Wednesday, January 09, 2013

Akidah sesat! Hadi Awang mengaku kalimah Allah bukan hak mutlak Islam?

Ini bukan kali pertama Ketua Pembangkang buat perangai di dalam sidang media. Tadi di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Anwar ulanginya lagi.Kisahnya bermula apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipersilakan oleh Anwar untuk membaca kenyataan media yang disediakan terlebih dahulu mengenai pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Hadi selesai baca tidak buka kepada pertanyaan wartawan, dan sidang media tersebut diambil alih semula oleh Anwar.Anwar menyambut baik pendirian PAS dalam isu tersebut dan terus membidas tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah di negeri itu.



Menurut Anwar Mais merupakan badan bebas dan kenyataan MAIS tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.MAIS pagi ini mengeluarkan kenyataan Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam guna kalimah Allah.Anwar kemudian menambah dengan nada sinis " sebab larangan dan kritikan itu hanya untuk PR sahaja bukan UMNO, termasuk terhadap keluarga pemimpin UMNO menguasai syarikat arak pun belum pernah ditegur oleh MAIS".

Katanya menyindir dan terus buka kepada soalan 'bola lambung' yang lain, soalan berkaitan isu kalimah Allah tidak mahu dijawabnya lagi.Sebelum itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah Allah BOLEH digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pada sidang media selepas itu, Hadi berkata, Pas berpendirian kalimah Allah adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.Menurutnya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat."Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya.

Suara Generasi Baru
Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox