PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Monday, May 21, 2012

DAP Sitiawan tukar nama Demo Bersih menjadi Demo Sampah


Akibat gagal dalam siri demo membantah pembinaan kilang Vale di Teluk Rubiah yang lalu,  sekali lagi DAP, PKR dan PAS cuba mencipta satu skrip demo yang akhirnya tidak kesampaian apabila hanya beberapa kerat hadir menyertainya.

Dengar cerita kali ini mereka berdemo kononnya tidak berpuas hati dengan tapak pelupusan sampah  di Kg Sungai Wangi, Sitiawan yang menjadi rungutan penduduk. Yang menjadi kepala seperti biasa tidak lain dan tidak bukan iaitu bapak penghasut Cina Komunis DAP Ngeh Ko Ham.

Saya diberitahu bahawa yang hadir berdemo kat Padang Terbang Sitiawan pada hari Sabtu yang lepas bukanlah penduduk yang terlibat dengan kawasan pelupusan sampah.  Kebanyakan daripada mereka hanya penyokong kuat DAP dan PKR serta dan secara kebetulan di kawasan itu menjadi tumpuan aktiviti riadah.



Setelah gagal untuk mengetegahkan isu Kilang Vale di Teluk Rubiah, Pakatan Rakyat terutama sekali di kawasan Manjung berhempas pulas untuk menutup kelemahan kepimpinan mereka dan yang paling memalukan adalah Nizar Jamaluddin kerana sehingga kini masih dilabelkan penduduk Manjung sebagai KAKI PEMBOHONG.

Tambah menggusarkan Nizar dan Pakatan Rakyat, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan pengikut dan penyokong PAS sendiri  khususnya di kawasan Pasir Panjang (DUN yang diwakili Nizar ) terlalu kecewa dengan surat pendedahan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ketika menjadi Menteri Besar Perak.

Malah ada yang sanggup tidak akan memberi kerjasama kepada Nizar Jamaluddin sekiranya masih menjadi calon PAS di Pasir Panjang. Sebab itu, saya dimaklumkan sekarang ini Nizar Jamaluddin tidak lagi seperti dulu turun padang bertemu rakyat di kawasan Pasir Panjang kerana sudah tahu bahana jika masih bertanding di kawasan itu pada pilihanraya akan datang.

Setelah dirujuk kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat Tanah, tapak pelupusan sampah di Kg Sungai Wangi yang cuba diketengahkan oleh DAP, PKR dan PAS yang diketuai oleh penghasut DAP Ngeh Ko Ham sebenar dalam proses untuk dipindahkan ke kawasan Segari.
Malah Kerajaan Negeri pimpinan Dr Zambry telah memberi peruntukan sebanyak RM56 JUTA untuk menyelesaikan perkara ini termasuklah kaedah untuk membuang sisa-sisa sampah yang masih sediada disamping menyediakan tapak baru.

Justeru itu, memang jelas isu demo yang boleh diibaratkan hidup segan mati tak mahu yang diadakan pada petang Sabtu lalu di Padang Sitiawan  oleh Pakatan Rakyat hanya gimik politik untuk meraih simpati masyarakat . Walhal penduduk-penduduk setempat sudah sedia maklum masalah ini sudahpun diatasi oleh pihak yang berkenaan.

5 comments:

  1. Sebenarnya pembangkang tengah pening cari isu untuk hasut rakyat berdemo.Sebab itu lebih baik tukar nama parti depa kpd nama berikut...Parti Kelentong Rakyat....Demontrasi Adalah Parti dan...Putar Asal Selamat.Ingatlah...Sokong Islam kitaSelama tatapi Sokong Parti kita sesat.

    Tukul Besi, Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Delete
  2. Sebenarnya pembangkang tengah pening cari isu untuk hasut rakyat berdemo.Sebab itu lebih baik tukar nama parti depa kpd nama berikut...Parti Kelentong Rakyat....Demontrasi Adalah Parti dan...Putar Asal Selamat.Ingatlah...Sokong Islam kitaSelama tatapi Sokong Parti kita sesat.

    Tukul Besi, Ipoh.

    ReplyDelete
  3. pakatan rakyat mangkuk tandas. awat dok demo di padang astaka. menyusahkan orang berjoging. jika nak demo p la ke tapak pembuangan sampah kat sungai wangi tu..... nak sangat bersihkan sitiawan kan.. apa lagi p la ke tapak sampah tu makan sampah dan minum bau sampah tu ramai2. mangkuk jamban punya pakatan rakyat. tak tahan tu pakai seluar singkat pun ada dok bantah.... hampassssssssss

    - gila seks-

    ReplyDelete
  4. pakatan rakyat bukan je mangkuk tandas.. mangkuk tandas masih berguna.. nie lebih kepada perasit virus toksik..xguna satu duit pun.. menyusahkan rakyat je..

    gadis ipoh..

    ReplyDelete

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox