PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, August 16, 2011

Isu pengundi hantu : PAS sebenarnya sudah ketandusan isu untuk membohongi rakyat..!

Pembangkang, khususnya PAS bukan sahaja melakukan pembohongan, tuduhan palsu dan mencemarkan nama UMNO , Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan (SPR) tetapi lebih jauh sengaja memperkecil dan merendahkan martabat rakyat Malaysia sendiri apabila meletakkan mereka yang sudah diiktiraf kerakyatan sebagai ‘pendatang asing’.


Apa perasaan kita sebagai rakyat Malaysia jika ada mengatakan kita tidak layak mengundi kerana bukan berasal dari negara ini sebaliknya masih rakyat Indonesia, India, China, Iran, Saudi atau sebagainya?

Tidak berkecil hatikah kita? Tidak marahkah kita?

Jadi tidakkah layak warganegara Malaysia sendiri mengundi?

Tanpa PAS sedari atau sengaja ‘bangang’, beberapa pemimpin PAS sendiri amat tahu yang ramai anggota dan pengundi PAS pada kedudukan yang sama. Mereka bagaikan ‘buta dan tuli’ terhadap apa yang sudah mereka sendiri lakukan.

Mengata dulang, paku serpih, mengata orang, sebenarnya PAS yang lebih…puihh berlagak alim kononnya tetapi hati mereka diracuni pemikiran kuasa politik yang masih buntu dicapai hingga kini.

PAS sengaja menimbulkan perkara tersebut kerana terdesak demi mendapatkan undi orang Melayu, Islam dan bukan Melayu kerana bimbang perjuangan baru mereka – negara kebajikan tidak mendapat sambutan.

PAS yang silap menukar perjuangan dan lebih buruk apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan negara Islam tidak ada dalam al-Quran, mereka semakin gelabah dan berusaha menutup kelemahan.

Perjuangannya yang bertukar daripada mahu mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana tahu DAP dan sekutu bukan Melayu dan bukan Islam sedang mengasak mereka, menyebabkan ada sahaja perkara yang cuba mengelirukan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, seramai 5,006 bangsa asing kebanyakannya keturunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi iaitu 1,239 di Dun Kijal dan 529 di Air Putih termasuk 43 daripadanya dikesan tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebaliknya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan pada hakikatnya yang menipu rakyat adalah PAS. Sengaja memperbesarkan isu yang tidak masuk akal dan retorik untuk memperdaya pemikiran rakyat.

Buktinya pada 1995, PAS membawa masuk seramai 979 pengundi dari kawasan lain (termasuk dari Dewan Undangan Negeri (Dun Kemasik) ke Dun Kijal. Berdasarkan semakan terdapat kira-kira 1,200 pemilih di Rusila, Marang adalah pengundi luar iaitu dari Johor, Selangor dan Pahang. Perkara ini pernah dibongkarkan oleh Datuk Ahmad Said selepas pilihanraya tahun 2004.

Berikutan itu Menteri Besar Terengganu turut menyangkal pendedahan PAS Terengganu yang mengesan ribuan warga asing memiliki kad pengenalan mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di negeri itu. Malah, tuduhan PAS itu disanggah oleh Pengarah Pilihan raya negeri, Mohd Noor Daud apabila meminta PAS kemukakan bukti dakwaan.

Hakikatnya, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) bersedia memotong nama mana-mana rakyat asing yang dikatakan tersenarai sebagai pengundi di negeri ini. Kerana itu PAS tidak wajar menuduh sembarangan, sebaliknya mengemukakan bukti kukuh, bagi membolehkan SPR bertindak dan menyemak bagi melihat kebenarannya.

Bahkan, ramai yang tersilap dan menganggap semua bangsa asing sebagai ‘orang luar’ sedangkan ramai antara mereka sudah lama menetap dan menjadi warganegara Malaysia.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox