PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, August 13, 2011

Tiga serangkai dianggap parasit dalam pimpinan PAS???

Satu ketika bekas Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa ditentang habis-habisan oleh kempimpinan Pas sehingga tewas mempertahankan jawatannya pada pemilihan muktamar ke 57 akibat pengaruh kuasa politik yang kuat menolak beliau hanya kerana perjuangkan sesuatu suci demi Islam.


Terbaru berlaku lagi selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas sendiri ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini.

Nasib malang kepimpinan PAS akan berterusan apabila Nasaruddin Hassan Tantawi juga dilihat menjadi duri dalam daging kepada perpaduan PAS dan DAP yang selama ini begitu utuh walaupun banyak berlaku kepincangan disebaliknya.

Dimana sebenarnya bermula semua ini?. Jika di fikir dan dikaji ianya bermula setelah Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz yang tidak berpuashati terhadap Nasharuddin kerana menyokong idea kerajaan perpaduan, iaitu mewujudkan kerjasama antara Pas dan Umno, yang dicadangkan sendiri oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2009.

Hasrat kerajaan Perpaduan ialah membincangkan kaedah untuk membela nasib orang Melayu Islam daripada tersasar nilai moralnya dan ekonominya. Bagaimanapun akibat anti Umno, Nik Aziz membantah cadangan biarpun ia demi kesejahteraan umat Islam di negara ini. Perasaan dendam kesumat Nik Aziz kepada UMNO begitu kuat hingga tidak boleh dikekang oleh sesiapapun dalam kepimpinan PAS yang ada hari ini.

Tambahan pula ketika itu, PAS baru berjinak berkawan dengan DAP dan perlu melakukan sesuatu supaya hubungan kedua-dua parti itu tidak boleh diganggu gugat oleh musuh politik mereka. Setelah DAP tahu idea kerajaan perpaduan ini, NiK Aziz dilihat mula menggelabah untuk mempertahankan hubungan mereka demi kuasa politik semara-mata. Nak tak nak, PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP yang tidak mahu PAS menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Sementara itu, bagi kes Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan pro Anwar Al Jub iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.

Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www.eperjuangan.com, dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan pro Anwar Al Juburi apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”. Memang bertenaga pendirian Nasaruddin Tantawi yang membayangkan dirinya tidak gentar keputusan pucuk pimpinan PAS kelak.

Ini semua takdir dan ketentuan Allah SWT yang tidak boleh disangkal oleh sesiapapun waima Nik Aziz sekalipun. Penentangan dan sikap istiqamah Nasaruddin Tantawi agak terserlah berikutan isunya JAIS membuat pemeriksaan ke atas sebuah Gereja Methodist, Damansara Utama, dua minggu lalu dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, iaitu ulama Pas sendiri, menyokong tindakan JAIS itu.

Malah, sikap dan pendirian Khalid Ibrahim yang terlalu cepat memohon maaf kepada pihak gereja DUMC mengudang banyak persoalan yang ada ketikanya dibayangi perasaan was was mengenai akidah Khalid Ibrahim. Memang tepat sekali jika selama ini wujud dakwaan bahawa Khalid Ibrahim menerima tempias yang sama seperti Niza Jamaluddin semasa menjadi Menteri Besar Perak.

DAP lebih bersifat dominan berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat dan tidak boleh diketepikan samada PAS mahupun PKR. Setiap keputusan perlu dirujuk terlebih dahulu kepada mereka (DAP) untuk diputusakan samada boleh ataupun tidak.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz dan Hj Hadi enggan memberi sebarang komen perkara itu dengan alasan kononnya mereka tidak mahu isu itu dipolitikkan.Puihhh...! Hakikatnya mereka takut untuk bersuara di hadapan sekutunya dan mempertahankan Dr Hassan.

Dr Hassan terkenal kelantangannya dalam menegakkan Islam di Selangor termasuk soal menghadkan jualan arak di negeri itu. Namun setiap tindakannya tidak dipersetujui PKR dan DAP, justeru kepimpinan Pas melihat Dr Hassan sebagai liabiliti kepada parti yang boleh menjejaskan kerjasama dalam pakatan pembangkang sekaligus menguasai negara pada pilihan raya umum akan datang.

Persoalan penting yang perlu diamati sedalam-dalamnya oleh umat Islam di negara ini adakah layak PAS ingin menjadikan negara ini berkonsepkan kebajikan sedangkan dalam soal mempertahankan akidah pun mereka tidak berdaya untuk bersuara dan beristiqamah???. Jawabnya PAS sekarang memang sudah jauh tersasar dari landasan sebenar mereka. Ibarat kata, sengaja meletak semak samun dilaluan yang sudah zahir lagi nyata tetapi degil memilih jalan susah yang sudah pasti akan sesat lagi menyesatkan...

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox