PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, August 22, 2011

Kenapa PAS terpaksa bergantung kepada DAP?

Pas semakin tertekan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang sehingga membuat pelbagai isu dan tuduhan palsu terhadap Barisan Nasional (BN). Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata, Pas sudah ketandusan isu apabila pelbagai perkara cuba dibangkitkan seperti soal kerakyatan yang sudah terbukti tuduhan palsu lepas itu kata pengundi hantu.

"Apabila kerajaan nak buat sistem biometrik mereka juga menentang sedangkan inilah cara untuk pastikan pilihan raya lancar tetapi turut ditentang kerana merasakan ia akan merugikan mereka sendiri,".

Beliau ditemui selepas Majlis Ihya Ramadan dan Penyampaian Wang Ihsan di kediaman beliau di sini petang Sabtu yang turut dihadiri kira-kira 2,500 masyarakat setempat.

Sementara itu, Dali berkata, beliau menyokong hasrat Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk meletakkan muka baru dan calon muda pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau Mustapa mempunyai pengalaman yang cukup justeru yakin ia adalah keputusan terbaik dilakukan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Kelantan.

"Bagi saya itu satu perkara yang cukup baik supaya tokoh-tokoh muda ini dapat memberi sumbangan mereka terhadap rakyat.

"Tetapi kita pula mengharap agar pemimpin muda ini adalah cukup bersedia dan tidak hanyut dalam arus, selok-belok politik yang cukup mencabar,

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox