Pembangkang khususnya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sepatutnya memohon maaf kepada penduduk di Kuantan kerana telah menyebarkan maklumat yang salah hingga penduduk di kawasan tersebut keliru dengan implikasi kilang Lynas yang kononnya membahayakan kesihatan dan sebagainya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata tindakan mereka yang mengembar-gemburkan berita yang tidak tepat seperti kesan yang akan timbul kelak menyebabkan kerajaan negeri dipandang serong.
Menurut beliau ekoran mpenyebaran maklumat yang tidak benar itu, kerajaan negeri hingga ke hari ini berterusan menerima pelbagai kritikan kononnya tidak prihatin dengan rakyat serta penduduk setempat dan sebagainya.
“Pengakuan berani Ahli Parlimen Pas kawasan Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat bahawa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan selamat dan tidak membahayakan perlu dilihat oleh Fuziah dan pemimpin pembangkang lain dengan mendalam.
“Takkan rakan sendiri dan dari parti yang sama masih tak percaya lagi……Kalau apa yang dikeluarkan oleh panel penilai dan pelbagai pihak lain yang membuat kajian mendapat kritikan daripada mereka, itu bukan perkara mustahil kerana mereka nak berpolitik semata-mata” katanya.
Dari pengakuannya dalam interview dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ‘ untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.
Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.
Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : “Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”
Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.
“Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang Pas juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”
Sharkar yang juga Ketua UMNO Temerloh seterusnya berkata pembohongan demi pembohongan oleh pembangkang telah mula terongkar satu persatu dan mereka akan terherat dengan gaya politik mereka sendiri.
“Yalah…..Semua pembohongan mereka nampaknya makan diri. Dulu kata kerajaan Pahang hampir muflis dan sebagainya, namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan kerajaan negeri khususnya telah berjaya menafikan benda ini tidak betul.
“Jadi kepada pembangkang, cukup-cukuplah membonhongi rakyat kerana percayalah satu masa nanti pembohongan mereka itu akan menjerat leher mereka sendiri,“ katanya.
No comments:
Post a Comment