PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, August 09, 2011

JAIS vs Gereja : PAS beri laluan Islam dimurtadkan menyebabkan rakyat semakin benci parti itu!

Selepas meninggalkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan mengejar negara berkebajikan Pas kini "cuba membunuh" ulama-ulama di dalam partinya sendiri.Mangsa yang pertama ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali iaitu ulama Pas sendiri yang lantang dalam soal Islam di Selangor termasuk perjuangannya menghadkanan jual beli arak kepada orang Islam.

Namun Pas suka membantah Dr Hassan dan menyifatkan beliau sebagai liabiliti dan penghancur kepada keharmonian kerjasama PKR dan DAP. Kali ini Dr Hassan menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat sebuah gereja yang didakwa cuba membawa orang Melayu memeluk agama Kristian.

Belum pun siasatan itu dibuktikan, Pas sudah menemplak Dr Hassan yang disifatkan terburu-buru, malahan Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Ibrahim pun kesal dengan kenyataan Dr Hassan.

Apa sudah jadi dengan Pas, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tidak berani pertahankan anak buahnya sendiri dan mengambil jalan tengah bahawa mereka akan bertemu dengan pihak gereja.

Dimana maruah Islam yang dilaungkan Pas selama ini. Sudah hilangkah ia dalam nur Pas sedangkan jika Umno yang silap mereka tanpa berfikir panjang lantang membidas.

Tetapi apabila ahli sendiri Pas cuba menjaga hati sekutunya PKR dan DAP. Yang malang sekali adalah ulama Pas yang kian terhimpit oleh golongan pemimpin yang serakahnya ingin menguasai negara melalui pakatan pembangkang.

Lebih menyedihkan kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan pihak gereja bagi mendapatkan penjelasan mengenai serbuan Jais ke atas Gereja Methodist, Damansara Utama, minggu lalu.

Abdul Hadi berkata yang dipetik Harakahdaily Pas tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau menyalahkan mana-mana pihak sebelum mendapat penjelasan terperinci berhubung perkara ini. Inilah penjelasan karut yang dikeluarkan oleh Hj Hadi untuk mengalih perhatian rakyat tentang kelemahan parti itu yang jelas terpaksa mengikut telunjuk DAP

"PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh.

"PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak," kata.

Di mana letaknya air muka Dr Hassan Ali, adakah beliau akan "dibunuh oleh Pas" sendiri sehinggakan beliau sanggup mengeluarkan kenyataan "Saya rela dipecat".

Beginikah akhirnya Islam diperjudikan Pas?

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox