PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Friday, August 19, 2011

Satu demi satu 'tuduhan' PAS kepada kerajaan akhirnya makan diri..!

Sebelum ini sewaktu perhimpunan haram Bersih 2.0, Pas didakwa mengupah seorang lelaki bernama Suhardi Mohd telah berlakon mati di dalam perhimpunan haram pada 9 Julai lalu. Akhirnya si penipu itu masih hidup dan tidak mati mungkin menggunakan nyawa yang kedua yakni nyawa anugerah syaitan (kaki penipu).


Pendedahan itu terbongkar, apabila media mendedahkan wajah mangsa yang mati sebenarnya akibat sakit jantung yang bernama Baharuddin Ahmad. Akibatnya penipuan pembangkang terbongkar dan memalukan.

Kemudian Pas mendedahkan isu bagaimana penduduk tetap dari Indonesia, Mismah, mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dalam tempoh empat jam. Bagaimanapun dakwaan itu hanya sekejap sahaja apabila Mismah membongkar penipuan Pas kepada rakyat Malaysia dengan memaklumkan kepada media bahawa beliau menunggu selama 17 tahun untuk permohonannya diluluskan.

Malahan, beliau memaklumkan bahawa dirinya masuk ke negara ini secara sah. Sekali lagi PAS terkantoi dalam usaha untuk menjatuhkan kredibilit kerajaan yang dipilih sah oleh rakyat melalui pilihanraya. Sikap gila kuasa PAS bersama Pakatan Haprak semakin menjadi - jadi sejak berkenalan dengan parti rasis DAP yang menjadi batu api dan jarum berbisa.

Terbaru sekali lagi penipuan Pas dan pembangkang terbongkar apabila Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam. Empat bekas anggota tentera itu merupakan penyokong 'hardcore' parti PAS sudah tentu akan menceritakan keburukan kerajaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

Malah, Panglima ATM mendesak PAS mengemukakan bukti sahih untuk memastikan dakwaan mereka benar. Namun, sehingga kini PAS masih berdiam diri tanpe mengemukakan bukti sahih berhubung perkara berkenaan. Setakat mendedahkan pengakuan bekas anggota tentera di dalam portal berhaluan kiri seperti Malaysiakin, Malaysian Insider dan Harakah tidak cukup kerana boleh disalah guna oleh penulis untuk memanipulasi fakta sebenar.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda Pas yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut. Inilah kenyataan keras Panglima ATM kepada Pemuda PAS yang hampas lagi busuk hatinya kepada kerajaan..

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul. Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Mungkin PAS dan Pakatan haprak bagi 'klu' untuk berperang dengan tentera dalam pilihanraya umum akan datang...Aku tak masuk campur.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox