PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Friday, August 05, 2011

PAS : Duit derma PAS disonglap oleh pemimpin dan membayar upah penceramah, tiada untuk rakyat!

Hari ini dilancarkan buku bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" tulisan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pada waktu yang sama terdapat sebuah tabung lutsinar kutipan derma di hadapan surau setinggi dua kaki.


Terdapat persamaan antara buku Pas itu dengan tabung berkenaan dan ianya berkaitan dengan konsep berkebajikan yang diwar-warkan Pas. Abdul Hadi menegaskan dalam bukunya: negara berkebajikan bermaksud kerajaan dan rakyatnya berkebajikan yang melahirkan rakyat (orang ramai, persatuan, komuniti, syarikat,korporat, dan pemerintah) yang berlumba-lumba melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap yang menguntungkan kesemua pihak.

Negara kebajikan bermaksud kerajaan sahaja yang melakukan program kebajikan. Ini melahirkan rakyat yang bergantung kepada ihsan kerajaan dan orang lain yang ada kalanya membebankan kerajaan dan merugikan kesemua pihak.

Pada dasarnya konsep negara berkebajikan ala Pas memberi maksud semua rakyat akan membantu kerajaan sama seperti tabung yang terletak di luar surau majlis pelancaran buku itu hari ini.

Maknanya rakyat banyak memberi wang dan tenaga kepada kerajaan seperti setiap majlis Pas di Kelantan dengan rakyat diminta menderma dan tidak diketahui berapakah jumlah duit dikutip dan kemana duit itu disalurkan tanpa sebarang audit.

"Pas kata konsep sedemikian menguntungkan semua pihak. Betul Ke? bukankah untung Pas atau kerajaan berkebajikan sahaja. Rakyat Dapat Apa. berbeza dengan konsep negara kebajikan.

"Konsep itu menguntungkan rakyat, biarpun Pas dakwa merugikan semua pihak. Yang itu nampak logiknya rakyat menerima kebaikan daripada kerajaan sama macam amalan Umno. Pas ingat kami ni sebagai rakyat duduk diam sahaja ke?......

"Kami pun menyumbang kepada kerajaan dan negara dengan bekerja seperti berniaga, doktor, jurutera, buruh binaan, juruterbang, kesemua kami bawa duit untuk negara dan bayar cukai. Perlukah kami beri lagi? Kami akan beri jika kerajaan beri kami. bukan macam Pas. Apakah sumbangan kerakaan PAS kepada Negeri Kelantan semenjak bertahun memerintah???..Jawapannya hanya ada pada Nik Aziz, keluarga dan konco-konconya sahaja..

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox