PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, August 29, 2011

Gerakan syiah 'aktif' di Terengganu

Gerakan penyebaran fahaman Syiah turut dikesan di Terengganu dengan semua pengerusi masjid negeri itu dilaporkan menerima bahan bacaan berkaitan ajaran itu.


Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata semua pengerusi masjid dan pihak berkenaan menerima kiriman berkenaan menerusi khidmat Pos Berdaftar beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Khazan berkata semua yang menerima bahan bacaan berkenaan perlu menyerahkannya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) supaya fahaman itu tidak tersebar di negeri ini.

Beliau berkata pihak JHEAT telahpun meneliti kandungan beberapa buku yang telah diserahkan kepada mereka untuk mengetahui setakat mana pengaruh yang cuba disebarkan.


"Kita teliti dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya termasuk mengambil tindakan yang perlu," katanya katanya kepada pemberita pada majlis anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) "RTM Sepanjang Jalan 2011" di Besut-Pasir Puteh yang merupakan sempadan Terengganu/Kelantan, di sini, Ahad.

Khazan berkata kerajaan mengekang penyebaran mazhab lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini untuk mengelak perpecahan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri itu.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan.

Program RTM Sepanjang Jalan bertujuan memperkenalkan stesen Radio Malaysia Terengganufm dan Radio Malaysia Kelantanfm selain mengadakan kempen keselamatan jalan raya sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Program RTM Sepanjang Jalan diperkenalkan Jabatan Penyiaran Malaysia sejak tahun 2009.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox