PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, August 24, 2011

PAS begitu tertekan jika diadakan pilihanraya dalam masa terdekat..!

Pas mula panik apabila PRU-13 diadakan pada tahun ini berikutan sokongan rakyat terhadap pembangkang kini semakin merosot. Malahan pembangkang mengharapkan pelaksanaan jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya diselesaikan dahulu bagi membolehkan mereka "menjual" isu konon merekalah pejuang kebenaran kepada rakyat.

Jawatankuasa itu untuk modal Pas dan sekutunya menjual modal kepada rakyat termasuk rakyat Kelantan konon bersih itu berjaya dan sebagai menutup malu kegagalan perhimpunan haram bersih 9 Julai lalu yang dihadiri 5,000 orang sahaja dan tidak menggambarkan suara rakyat negara ini.

Hakikatnya rakyat sedar jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih masakan Pas perintah Kelantan selama 21 tahun serta manakah mungkin DAP, Pas dan PKR kuasai Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Pas dengan angkuhnya menegaskan pihaknya tidak akan terpengaruh dengan “janji” Putrajaya berhubung jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya, sebaliknya mahu jaminan konkrit bahawa tiada pilihan raya umum ke-13 selagi melaksanakan cadangan panel itu.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub sebelum ini bahawa perkara yang lebih penting bukan penubuhan jawatankuasa itu tetapi jaminan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memualkan.

Bahkan PAS mahu satu jawapan konkrit dan jaminan daripada Najib bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan dengan melaksanakan cadangan pembaharuan yang diputuskan jawatankuasa khas ini.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox