PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Friday, March 30, 2012

Lagi sekali PKR hina dan perlekeh undi masyarakat India

Kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul bahawa pakatan pembangkang mampu mengekalkan kuasa di Kedah tanpa sokongan kaum India adalah suatu penghinaan terhadap pengundi kaum berkenaan yang memberi sokongan kepada mereka sehingga berjaya menawan beberapa negeri pada pilihan raya 2008.

Ahli Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin PKR, P Gobalakrisnan menyifatkan kenyataan Johari sebagai seorang pemimpin yang bongkak dan lupa daratan sehingga sanggup menghina penyokong dan pengundi pakatan pembangkang.


“Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap undi adalah tanpa mengira kaum, agama dan keturunan, Johari sebenarnya lupa bahawa kawasan yang diwakilinya itu turut mempunyai pengundi India yang menyokongnya, bagaimana pula sekarang beliau menafikan sokongan itu.

“Mengapa sekarang Johari berani bercakap sebegitu, mengapa tidak bercakap ketika berkempen dahulu, sedangkan dahulu beliau pernah membuat pelbagai janji termasuk ingin memperjuangkan nasib kaum India ketika pilihan raya lalu.

“Sebenarnya, pemimpin PKR kini merasa bimbang dengan perkembangan terakhir apabila melihat kaum India memberi sokongan kepada Barisan Nasional, sebab itu mereka berani keluar kenyataan sebegitu,” katanya kepada Umno-Online.

Gobalakrisnan berkata, sejak pilihan raya 2008, pakatan pembangkang terutamanya PKR tidak pernah membela nasib kaum India walaupun mereka membuat pelbagai janji sebelum ini, kenyataan bahawa undi kaum India sebagai tidak penting adalah untuk menutup kegagalan mereka menuanikan janji yang dibuat kerana beranggapan kaum India hanya kaum minoriti.

 “Saya berkeyakinan, pada pilihan raya akan datang, kaum India bukan sahaja tidak akan menyokong PKR malah semua parti pembangkang, sehingga kini tiada apa pun yang diperjuangkan oleh mereka untuk kaum India,” katanya. Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, kaum India akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional kerana banyak perubahan telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk bertemu dengan kaum berkenaan di kawasan-kawasan pendalaman.

Bukan sahaja di peringkat pemimpin tertinggi, malah pemimpin tempatan Barisan Nasional juga turut turun padang membantu kaum India di negara ini dalam apa jua permasalahan yang dihadapi mereka, katanya.

- Media UMNO

Penyebaran risalah kristian semakin menjadi-jadi di Selangor

Ketua Pemuda DPPNS,Ustaz Sallehen Mukhyi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily memberitahu bahawa, tindakan menghantar memorandum itu diambil setelah pihak penduduk di Kota Damansara membuat aduan serta laporan polis berhubung dengan penyebaran risalah berkenaan.

"Penyebaran risalah ini berlaku pada 23 julai di antara jam 3 petang hingga 5 petang dengan mengedarnya ke rumah-rumah penduduk.

"Wakil penduduk telah mebuat laporan polis pada 24 Julai dan pihak NGO iaitu Gagasan juga telah membuat laporan yang sama di Balai Polis Kota Damansara. Sebelum ini telah berlaku juga penyebaran risalah Kristian berbentuk komik yang sasarannya kepada kanak-kanak sekolah,"jelasnya.


Menurutnya, rombongan ke Jais itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Kamal Ashaari; AJK DPPNS, Ustaz Mohd Nasir Zakaria; Pengerusi Gagasan, Ustaz Zaharuddin Mohd; AJK DPP Kawasan Pandan dan wakil penduduk seksyen 6 Kota Damansara dan disambut oleh Pegawai Jais, Mohamad Abdullah.

Dalam pertemuan tersebut, pihak DPPNS menyampaikan rasa kegelisahan penduduk Kota Damansara kepada Jais dengan penyebaran risalah Kristian tersebut.

"DPPNS telah mendapati terdapat satu usaha pendoktrinan agama lain telah berlaku di seksyen 6 dan seksyen 8 Kota Damansara dengan tersebar risalah-risalah kristian ke rumah-rumah penghuni seksyen 6 dan seksyen 8 Kota Damansara dan hal ini menyebabkan timbul keadaaan tidak selesa di kalangan mereka,"katanya.

"Mereka dengan tidak bertanggungjawab cuba mempengaruhi penduduk dengan mengedarkan sebuah buku kecil yang bertajuk 'Akhirat : Jalan yang Lurus, Petunjuk dan Terang, Jubah Kebenaran, Pemerintah yang Adil'.

"DPPNS mendapati buku kecil ini adalah usaha dan agenda tertentu untuk mengelirukan akidah orang Islam dengan menonjolkan perihal Nabi Isa a.s. dan selain itu, petikan-petikan ayat al-Quran serta al-hadis sebagai pengukuhan hujah diguna pakai untuk menarik perhatian orang-orang Islam menerima Kristian,"tambahnya.


Ustaz Sallehen berkata, pihak Jais perlu memastikan penyebaran dakyah kristianisasi dapat diatasi secepat mungkin dengan mengambil tindakan tegas tanpa rasa takut dan memihak (without fear and favour).

"Ini termasuklah dengan penguatkuasaan undang-undang dan tindakan mahkamah melalui kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan, untuk menghentikan segala aktiviti yang telah mengakibatkan ketidakselesaan penduduk yang beragama Islam,"tegasnya.

Selain itu, beliau juga menyarankan kepada Jais agar memantau mana-mana pertubuhan, badan atau persatuan yang cuba mempergiatkan aktiviti-aktiviti pendoktrinan agama lain kepada umat Islam umumnya dan penduduk Selangor khususnya.

"Memandang seriusnya isu ini, Jais perlu mengambil pendekatan proaktif untuk menyiasat, mengkaji dan meneliti segala laporan yang dikemukakan supaya perkara ini dapat dihentikan dan tidak semakin berleluasa.

"Jais juga perlu bersikap jujur, bertanggungjwab dan telus dalam menangani isu-isu agama yang dikemukakan oleh mana-mana pertubuhan, badan atau persatuan Islam supaya tidak ada lagi polemik agama yang menjatuhkan maruah Islam,"katanya lagi

- Harakahdaily

Wednesday, March 28, 2012

Kenapa PAS sampai begini sekali menagih undi Cina?

Unsur-unsur liberalisme dan pluralisme dalam PAS semakin ketara kebelakangan ini. PAS bagaikan dilanda ombak tsunami yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana elemen Islam konservatif sekalipun. Sebaliknya, PAS berbangga dengan perubahan yang mereka sedang lakukan sekarang, dengan memberi alasan kononnya ia adalah tindakan perlu demi menunjukkan yang Islam itu maju dan Islam itu tidak menyusahkan.


Ishak Yurin, Timbalan YDP PAS Kuala Lumpur

Bagaimanapun, kefahaman dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, adakalanya banyak menyentuh akidah dan tidak sekadar bersifat hubungan sesama manusia sahaja. Namun PAS tidak menghiraukan kepentingan akidah sebaliknya yang dipentingkan adalah pengaruh serta undi yang bakal diperolehi dari kaum bukan Islam. Selebihnya baca DISINI.

- Seli13.com

Himpunan Teluk Rubiah : Ngeh Ko Ham dan Nizar mungkin kena penampar pada 31 mac nanti

Vale merupakan syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia telah mengambil langkah-langkah ketat dalam pembangunan pusat pengedarannya di Teluk Rubiah, di Seri Manjung. Malah turut menyedari bahawa soal kepentingan awam perlu menjadi keutamaan disamping menjalankan perusahaan berasaskan teknologi hijau bukannya membuta tuli seperti yang didakwa pembangkang.

Pada peringkat permulaan, Syarikat Vale membuat pelaburan awal sebanyak US$1.37 bilion atau RM4.07 bilion bagi membangunkan fasa pertama kompleks berkenaan dengan kapasiti untuk menampung kapal dan mengendalikan sehingga 30 juta tan bijih besi setahun mulai separuh pertama 2014.

PINTU MASUK KE TAPAK PROJEK

Selain itu, projek ini juga turut menyediakan 5 ribu peluang pekerjaan khususnya kepada anak-anak tempatan , disamping membantu industri hiliran penduduk setempat antaranya mewujudkan lokasi strategik untuk perniagaan sampingan. Sekaligus menjana pendapatan samping kepada masyarakat setempat.

Begitu juga dengan sebahagian orang-orang muda di kawasan Manjung khususnya pemuda tempatan turut menyelar tindakan pembangkang yang cuba menjadikan isu Teluk Rubiah sensasi sama sepertimana kilang Lynas di Kuantan.



Bahkan pusat pengedaran Vale di Teluk Rubiah mempunyai kapasiti maksimum 60 juta tan setahun. Dari sini, bijih besi akan diedarkan kepada para pelanggan di Asia Pasifik seperti Jepun dan Australia.

Dakwaan pembangkang bahawa Vale adalah kilang memproses biji besi adalah tidak berasas kerana produk yang dihasilkan sebenarnya material terproses dan sebagai hub untuk membekal kepada pelanggan dari negara serantau Asia.

Adakah kita sanggup mengorbankan peluang pekerjaan semata-mata ditipu oleh pihak pembangkang yang tidak lekang mencetuskan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Projek ini sebenarnya tidak ada memberi masalah kepada rakat tetapi sengaja dimainkan pembangkang yang barangkali melihat projek ini sebenarnya memberi kesan yang secara tidak langsung kepada survival politik mereka.


Vale ialah pengeluar terbesar bijih besi dan pallet di dunia, kedua-duanya merupakan bahan mentah utama untuk industri keluli selain nikel yang digunakan untuk menghasilkan keluli tahan karat, bateri, aloi, kimia dan produk lain.

Justeru, motif sebenar pihak pembangkang cuba menganjurkan demo yang dinamakan 'Himpunan Teluk Rubiah 31 mac 12 tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan negeri kononnya mengabaikan aspek keselamatan penduduk setempat.


Yang jelas, boleh dikatakan semua wakil rakyat pembangkang hanya bekerja untuk mencari salah kerajaan langsung tidak membawa perubahan kepada rakyat dikawasannya. Kerja mereka hanya berceramah, memaki hamun, memfitnah, dan yang paling ketara iaitu sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

Makan pasirlah jawabnya kalau pilih wakil rakyat macam ni..AJ

p/s : Kalau boleh rakan bloger sebarkan demi kepentingan peluang pekerjaan kepada 5,000 orang penduduk setempat!!

PAS hanya pemandu dan terus jadi orang gaji kepada DAP dan PKR

PAS mendakwa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi tidak memahami peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan sesebuah parti.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, masalah bekalan air bersih di Kelantan tidak memerlukan penubuhan jawatankuasa pemandu sebaliknya boleh diselesaikan oleh kerajaan negeri.


Beliau menjelaskan, peranan jawatankuasa pemandu hanya membincangkan perkara-perkara yang mungkin melibatkan pimpinan-pimpinan parti yang diberi amanah mentadbir negeri Pakatan Rakyat hari ini.

"Dalam isu air Kelantan, jawatankuasa pemandu tidak boleh berperanan kerana tidak ada legal ground.

"Dr Puad Zarkashi tak faham peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan parti dengan peranan urus tadbir negeri yang memang melibatkan hubungan yang rapat antara kerajaan negeri dan pusat," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, isu bekalan air bersih di Kelantan adalah isu yang melibatkan hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Tambahan pula, masih terdapat perkara-perkara teknikal di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih belum selesai.

"Ini adalah isu yang masih lagi di peringkat penyelesaian. Secara adilnya saya melihat dalam konteks yang besar, perbahasan di Parlimen ini juga membicarakan tentang isu SPAN yang masih lagi tidak selesai dari segi menyelesaikan isu teknikal antara kerajaan negeri dan pusat.

"Secara adilnya juga, isu air tidak terawat ini bukan hanya melanda Kelantan tapi juga di negeri lain seperti di Johor dan Selangor yang airnya dalam keadaan tidak selamat untuk diminum begitu sahaja," katanya.

Pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam, Dr Puad mencadangkan PAS menubuhkan jawatankuasa pemandu kerana mendakwa PAS Kelantan gagal menyelesaikan isu air bersih di negeri itu. - Utusan

Tuesday, March 27, 2012

Hj Hadi mengaku PAS semakin terdesak dan merayu tahap gaban

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru anak Terengganu yang berada di perantauan agar pulang mengundi pada pilihan raya umum nanti.

"Rakyat kena balik, yang jadi pengundi kena balik," ujar Abdul Hadi di hadapan kira-kira 1,000 anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di dewan MPKj, Kajang tengah hari tadi.

Katanya, tenaga mereka ini sangat penting dalam menentukan politik negeri Terengganu selepas ini. Malah katanya, harapan untuk menang agak susah jika anak-anak Terengganu yang berada di luar tidak pulang mengundi di kampung masing-masing.


"Kita merayu bersungguh-sungguh kerana kita bertekad untuk menang di Terengganu kali ini. Kita mahu perintah Terengganu untuk kali ketiga jika kita menang kali ini," katanya.

Malah Abdul Hadi yakin dan percaya dengan kemampuan PAS yang ada di negeri itu sama ada Pakatan Rakyat berjaya atau tidak ke Putrajaya, Terengganu, Kelantan, dan Kedah wajib menjadi model pelaksanaan dasar-dasar Islam.

Abdul Hadi turut mengakui sikap rakyat negeri Terengganu sukar untuk ditafsir dan keadaan ini jauh berbeza dengan rakyat negeri Kelantan yang 'independent'.

"Kita ni, kalau dacing tu sampai ke dalam perut pun dacing. Kena ambil iktibar dari sikap rakyat Kelantan, di luar nampak dacing dalam perut tetap PAS," katanya sambil diikuti gelak tawa para hadirin.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi menegaskan PAS akan terus mempertahankan tiga negeri dibawah pentadbirannya dalam PRU akan datang.

"PAS akan jadi seperti ekor cicak yang terputus, jika Terengganu tidak menang dalam masa yang sama Kelantan terlucut. Kita akan terus mempertahankan negeri yang kita perintah," kata beliau.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dalam ucaptamanya di samping membentangkan Pra Pelancaran Manifesto 'Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan yang turut menggariskan 10 manifesto awal negeri itu.

Tawaran itu, antara lain menggariskan program skim belia atau beliawanis niga melalui penyediaan prasaran dan modal untuk mewujdukan Program Satu Belia Satu Kerja (seorang belia se kerja).

Katanya, dengan memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi, kerajaan PAS menyediakan satu tawaran program negeri Terengganu berkebajikan yang ampuh dan berdaya saing serta bersifat 'sustainable' untuk membawa rakyat negeri itu keluar dari kemelut ekonomi di bawah Umno BN.

"PRU nanti adalah masa yang paling sesuai dan tepat untuk rakyat Terengganu berubah. Kerana Umno BN Terengganu kekal mundur dan tercorot, ini adalah kegagalan Umno BN," katanya.

Sunday, March 25, 2012

Akhirnya masjid di Pulau Pinang di bawah kuasa DAP

DI Pulau Pinang sekarang khabarnya tidak seindah dahulu buat orang Islam. Dahulu itu bermakna sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008. Bayangkanlah situasi umat Islam di Pulau Mutiara sekarang yang terpaksa berdepan kemelut semua tapak masjid tidak lagi diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Padahal semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggotai UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan banyak lagi parti komponennya di Sabah dan Sarawak, tidak begitu perihalnya.

Sekarang di Pulau Pinang, semua tapak masjid ditukar nama ke tapak rumah ibadat dan diletakkan di bawah Chief Minister Incorporated atau CMI (Ketua Menteri Diperbadankan). Pengerusi CMI ialah Lim Guan Eng.

Apa maknanya itu? Ia bermaksud apa sahaja rumah ibadat boleh dibina sedangkan jika sepatutnya tapak masjid dibina di kawasan pembangunan berkenaan, itu akhirnya akan terpulang kepada CMI untuk memuktamadkannya.


Di Pulau Pinang sekarang, Guan Eng mempunyai kuasa ke atas tanah. Dia pegang Exco tanah (menguruskan pentadbiran tanah). Berbanding dahulu di bawah BN, urusan ini diagih-agihkan kepada pihak tertentu, iaitu ada lembaga pengarahnya. Contohnya, PDC pemilik Bayan Mutiara manakala tapak masjid di bawah MAIPP.

Tetapi sekarang, dalam erti kata lain, CMI yang berkuasa dan memonopolinya.

Dalam hal ini, banyak pihak termasuk UMNO Pulau Pinang sendiri telah jenuh membangkitkan rasa amat kecewa dengan sifat mendiamkan diri Guan Eng terhadap semua persoalan dan kekeliruan yang telah dikemukakan kepadanya tempoh hari.

Tambah paling mengecewakan adalah tindakan Guan Eng menjual tapak masjid dan tapak sekolah di pembangunan asal Bayan Mutiara yang telah diluluskan.

Dikatakan, pelan kebenaran merancang asal fasa 1 Bayan Mutiara diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 30 Oktober 2006 berujukan JPB/PM/4490(LB) PIN.1.

Pelan kebenaran merancang tersebut selain mempunyai pelbagai jenis perumahan, ia turut merangkumi kompleks gerai pusat penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Diajukan persoalan ini, Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin menegaskan: "Tindakan Guan Eng menjual tapak masjid adalah satu tindakan bongkak dan sangat biadap dan boleh menimbulkan kemarahan umat Melayu Islam di Pulau Pinang dan Malaysia keseluruhannya.

"Guan Eng tidak boleh sama sekali mengganggu-gugat harta milik orang Islam. Sepatutnya tapak tersebut telah dipecah sempadan dan diserahkan kepada MAIPP dan seterusnya diwakafkan oleh MAIPP," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam aspek ini, tapak sekolah juga perlu diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk dibina sekolah. Walaupun pemaju, Tropicana Ivory Sdn. Bhd. bersetuju untuk pembinaan sekolah tetapi dikhuatiri pelaksanaannya kelak akan diputar belit dan dibina sekolah antarabangsa seperti mana pembinaan sekolah Prince of Wales International School di Botanica City, Balik Pulau yang telah menidakkan hak anak-anak miskin tempatan.

Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu ketika ini inginkan sangat kepastian daripada Guan Eng adakah pemaju telah disyaratkan untuk membina gerai penjaja di tapak Bayan Mutiara.

Sewajarnyalah, tegas mereka, pemaju perlu membina gerai penjaja di tapak yang sesuai dan strategik di Bayan Mutiara. Dan bukannya terpelosok di hujung tapak seperti mana kebiasaannya dilakukan oleh pemaju kerana Bayan Mutiara adalah hak rakyat negeri itu.

Di sebalik kemelut yang melanda umat Islam di Pulau Pinang hari ini, isu utama sekarang ialah Guan Eng perlu mengembalikan tapak masjid kepada MAIPP, tapak sekolah kepada Kementerian Pelajaran dan tapak penjaja kepada MPPP.

Guan Eng jangan pula bersiap untuk mendiamkankan diri atau cuba memutarbelitkan perkara-perkara di atas.

Pas juga yang kini macam 'tunggul' di Pulau Pinang perlu menasihati Guan Eng terhadap perbezaan di antara masjid dan surau. Ini kerana Guan Eng telah memaklumkan bahawa pemaju di Bayan Mutiara akan menyediakan surau dan bukannya masjid.

Guan Eng jangan cuba bermain dengan harta rakyat terutamanya harta orang Melayu Islam. Dengan semua tapak masjid tidak lagi diwakafkan dan ditukar nama pula ke rumah ibadat, adakah ia bermakna Guan Eng cuba untuk mengurangkan kuasa orang Islam di Pulau Pinang.

Ingat! perkara ini semua akan membangkitkan semangat perjuangan rakyat yang akhirnya bakal menjadi titik tolak kejatuhan kerajaan DAP Pulau Pinang.

- Zukifli Jalil (UM)

Laporan polis ke atas parti PKR yang menggunakan dana dari Yahudi

Nampak gaya semakin hari semakin banyak NGO's yang dah meluat dengan tingkah laku Anwar Ibrahim dan hari ini satu lagi laporan polis dibuat oleh sebuah pertubuhan yang dikenali Persatuan Usahawan Muslin Negeri Perak. Dengar cerita, persatuan ini tidak berpuas hati terhadap parti PKR yang bersekongkol dengan NGO Yahudi untuk menumbangkan kerajaan sediada.

Laporan itu dibuat oleh pengerusi persatuan saudara Yusof Ismail dengan mengadakan demo aman di hadapan Town Hall Ipoh. Beberapa plaikad turut dipaparkan yang mengutuk tindakan Anwar Ibrahim berbaik dengan Yahudi secara senyap bagi tujuan mendapatkan dana kempen pilihanraya.

Friday, March 23, 2012

Mazlan Aliman kelam kabut bila pemberi maklumat FELDA mungkin didakwa

SAYA ketawa besar bila mendapat tahu bahawa Mazlan Aliman ‘pucat lesi’ apabila Presiden Kumpulan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad menegaskan bahawa Felda akan melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan kebocoran maklumat dan dokumen-dokumen sulit milik syarikat perladangan terbesar itu.

Datuk Sabri dalam kenyataannya baru-baru ini menjelaskan bahawa syarikat GLC itu mengesyaki wujudnya pihak yang membocorkan maklumat dan dokumen-dokumen sulit milik Felda kepada pihak pembangkang serta meminta pihak berkuasa menyiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tentang dalang di sebalik pengkhianatan itu.

anak peneroka ni bertaraf sampah berulat

Mendengar kenyataan tersebut, Mazlan Aliman kelam kabut membuat kenyataan pada akhbar untuk menjustifikasikan kenyataan tersebut.

Pelik! Datuk Sabri tak sebut pun nama Mazlan Aliman. Dia hanya kata dokumen sulit itu bocor ke tangan pembangkang saja. Kenapa tiba-tiba buat kenyataan media? Mazlan Aliman ‘terasa pedas’, kah? Mazlan Aliman ke yang dapat maklumat sulit itu?-Pandora

Baca selebihnya DISINI

Fuziah Salleh kena hentam dengan Hj Hadi pasal kilang Lynas

Kalau kita tak tahu kena rujuk kepada pakar yang arif dalam bidangnya. Begitu juga dalam kes Lynas di mana Hj Hadi menegaskan bahawa Fuziah Salleh sepatutnya rujuk kepada pakar dalam bidang itu, Dr Rosli Che Mat dan tidak terlalu mengikut rentak DAP yang akhirnya merugikan parti itu.

Thursday, March 22, 2012

Nik Aziz terdesak dan merayu ulamak muda serta PAS

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, semua pemimpin Umno beragama Islam sepatutnya sudah lari meninggalkan Umno sebagaimana Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

“Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,”ujarnya.

Bagi beliau, setelah Umno semakin menyimpang dari perjuangannya, amat wajar lebih ramai pemimpin Umno keluar parti itu dan bukan hanya Tan Sri Abdul Kader sahaja.


Nik Abdul Aziz berkata sepatutnya pemimpin Umno telah ramai dan sudah lama keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.

Tambahnya, ini kerana perjuangan PAS sendiripun ditubuh oleh Biro Agama Umno yang menyedari perjuangan parti itu tidak selari dengan kehendak Rasulullah.

Menyentuh tentang penarikan diri Kadir sebagai ahli Umno oleh Datuk Kader, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sudah terlewat.

Ini kerana katanya Umno sudah pecah serta berbau busuk menembusi hidup seluruh rakyat di negara ini Kader baru berbuat demikian.

“Ketika suasana begini baru istihar keluar Umno, jadi rasanya sudah tidak begitu strategik lagi,”ujarnya.

Katanya, rakyat juga sepatutnya sudah lama tidak menyokong Umno dan BN dengan gejala buruk seperti rasuah, penculikan kanak-kanak, penyalahgunaan wang zakat dan berbagai lagi.

Sambungnya, gejala itu berlaku berikutan pemimpin salah mentadbir negara seumpama memandu sebuah kereta yang tidak mempunyai ‘break’, akibat kerosakan.

Sambungnya, tidak ada perkara yang boleh menyekat golongan itu dari melakukan perkara mungkar ekoran break (iman) yang telah rosak.

Katanya lagi, pengertian maksiat juga telah disempitkan oleh manusia yang hanya melihat pada perbuatan zina sahaja, sedangkan derhaka pada Allah juga sebagai maksiat.

“Apa sahaja perbuatan yang derhaka kepada Allah, zina, tak solat, rasuah, culik manusia dan berbagai lagi adalah perbuatan maksiat,”ujarnya.

Tambahnya, ini kerana manusia sudah tidak ada lagi kuasa radhi’ (kuasa menyekat) dari mereka melakukan kejahatan - Rizal Tahir

Dr Rani Osman hampir terkena sawan babi gara-gara Dr Hassan Ali

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Meru, Dr Rani Osman pasti menyesal tak sudah kerana tersilap jolok mempersoalkan kenapa Datuk Dr Hasan Ali tidak hadir Majlis Santapan Diraja, Isnin.

Akibatnya, Pesuruhjaya PAS Selangor itu disifatkan Dr Hasan sebagai ada yang tak kena dengan ‘mentalnya’ apabila membangkitkan isu tersebut.

Menjelaskan perkara itu ketika mengambil bahagian dalam perbahasansidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu, Adun Gombak Setia itu bertanya, kenapa wakil rakyat Meru bangkitkan perkara itu dan sejak bila Dr Rani jadi pemerhati Dewan mengambil tahu siapa hadir atau tidak.

“Meru ada masalah mental, rasanya,” katanya Dr Hasan sambil menjelaskan beliau ada jadual sehingga tidak hadir majlis santapan tersebut.

Dr Rani semalam berkata,Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Serangan Dr Hasan tidak berakhir di situ malah menganggap Meru‘meroyan’ kerana tidak dapat jadi Exco.

“Ada yang sudah tempah baju, tetapi tak dapat jadi Exco,” sindir Pengerusi JATI itu. Dr Hasan sebelum ini Exco kerajaan Selangor sebelum digugurkan selepas beliau dipecat keahlian daripada PAS.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Pakatan Rakyat (PR) ‘longgar’ kerana tiada ikatan antara PKR,DAP dan PAS tetapi masih bercita-cita membentuk kerajaan bersama-sama. Alasan beliau, PR tidak berdafar, tiada perlembanggaan atau undang-undang tubuh.

Katanya, PR hanya ingin memerintah bersama-sama tetapi bila bertanding, masing-masing atas tiket parti sendiri. Ini kali pertama Dr Hasan berbahas di DUN Selangor sebagai wakil rakyat Bebas selepas dipecat daripada PAS, Januari lalu.

Tuesday, March 20, 2012

Isu Lynas : PKR Indera Mahkota tergugat dalam PRU-13

DI Parlimen Indera Mahkota bukan sahaja terletaknya pejabat Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang malah di situ juga merupakan lokasi kilang memproses nadir bumi, Lynas yang riuh dijaja pembangkang kononnya tidak selamat.

Biar pun begitu, ini bukan bermakna Parlimen tersebut adalah kerusi selamat bagi PKR sebaliknya isu Lynas terpaksa diputar belit kerana ia talian hayat kepada PKR dan wakil rakyat mereka di kawasan itu, Azan Ismail.

Azan Ismail

Ini setelah kehadiran Azan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dilihat hanyalah bermusim ibarat angin lalu yang mana ia tidak dirasai peranan beliau kecuali sesekali kedengaran berkokok tentang isu Lynas biar pun pakar sains nuklear termasuk dari Pas berpandangan sebaliknya.

Agak berbeza dengan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)yang beranggapam Azan tidak ubah hanyalah ibarat pengetuk gong yang hanya merancakkan sahaja isu yang dibawa oleh orang yang berada sekapal dengannya,” tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Suhaimi Sulong.

Secara umumnya, walaupun loji Lynas didirikan di bumi Indera Mahkota, namun isu itu tidaklah terlalu memberi kesan kepada penduduk Melayu yang membentuk kira-kira 65 peratus pengundi di Parlimen berkenaan yang rata-ratanya jelas dan faham isu berkenaan.

Sebaliknya, kata Suhaimi, apabila pemimpin UMNO turun bertemu penduduk, perhatian mereka adalah di mana Yang Berhormat setempat ketika rakyat ditimpa musibah bencana alam seperti banjir dan ribut.

‘‘Inilah yang saya selalu kata, Yang Berhormat kita ini wakil rakyat bermusim. Dia hanya guna isu Pusat dan isu iringan sekitar untuk mengalihkan kerja kebaktian kepada rakyat. Ini termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah dari Pas yang turut tidak dirasai peranannya,” jelasnya.

Hakikatnya Lynas bukanlah suatu isu yang relevan kepada majoriti pengundi di Parlimen berkenaan yang terbahagi kepada dua DUN yang berbeza landskap penduduknya iaitu Beserah dan Semambu.

Sebaliknya, pengundi di Indera Mahkota khususnya DUN Beserah yang sebahagiannya meliputi perkampungan nelayan melihat isu asas yang lebih dekat kepada mereka terutama soal hak milik tanah dan kebajikan.

Mengulas isu ini, Suhaimi berkata, soal hak milik tanah memang tidak dapat dipisahkan dengan pengundi Melayu di DUN Beserah yang kira-kira 40 peratus terdiri daripada masyarakat nelayan dan pekerja berpendapatan rendah.

‘‘Alhamdulillah isu tanah ini diberi perhatian secara serius oleh kerajaan negeri yang saya percaya ia mampu menjadi pemangkin untuk menarik pengundi khususnya di DUN Beserah kembali kepada BN.

‘‘Selain itu, bagi UMNO bahagian sendiri termasuk sayap Pemuda kita tidak pernah meninggalkan mereka, kita terus beri khidmat bakti kepada penduduk yang pada masa sama kita menjadi jambatan penghubung kepada agensi kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah mereka,” ujarnya.

Hakikatnya, UMNO berada di landasan tepat untuk mendapatkan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota yang merupakan satu daripada dua kerusi Parlimen yang terlepas kepada pembangkang pada PRU-12 lalu di Pahang.

Dan seperti mana yang selalu diungkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, peluang BN di Indera Mahkota adalah lebih cerah walaupun kedua-dua kerusi itu bukan mustahil dijadikan biru semula.

Jika kena dengan ramuannya termasuk calon boleh menang dan ditambah isu Pusat yang memihak BN berbanding 2008, Indera Mahkota adalah sasaran realistik malah rekod 2004 yang dimenangi wakil BN, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dengan majoriti 14,229 undi menunjukkan Indera Mahkota bukan kubu sesiapa. - Suara Kuantan

Kenyataan Hj Hadi turut dibidas oleh penulis pro PAS

Kenyataan terbaru Hj Hadi yang masih menjadi kontroversi dikalangan umat Islam khususnya di negara ini masih hangat diperbahaskan. Malah, bukan sahaja dikritik hebat oleh ulamak-ulamak yang bebas politik tetapi turut dipertikaikan oleh penulis-penulis yang pro kepada parti itu. Salah satunya ditulis oleh saudara Zulkifli Bakar yang merupakan salah seorang kolumnis dalam ruangan Harakah online.


Baca isi kandungan artikel yang ditulis oleh saudara Zulkifli Bakar di bawah..

CUBA kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 1998, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan UMNO.

Ketika itu, Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore yang berada di Kuala Lumpur secara terbuka menyokong gerakan reformasi yang tercetus berikutan pemecatan Anwar tersebut.

Malahan, kita masih ingat bagaimana pada masa itu ahli-ahli keluarga dan orang yang rapat dengan Anwar mengelilingi hampir seluruh dunia untuk meminta campur tangan asing terhadap isu tersebut.

Keghairahan Anwar dan orangnya tidak berakhir di situ, malahan dalam setiap forum antarabangsa yang disertai oleh beliau, Anwar akan mengambil kesempatan memburuk-burukkan negara.

Semua itu membuktikan bahawa antara Anwar dan pihak asing tidak boleh dipisahkan, justeru kita tidak perlu terkejut dengan pendedahan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir.Mohd.Zin Mohamed mengenai tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing membantu parti itu untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

Malahan kita tidak perlu merasa hairan apabila pendedahan itu menyatakan PKR meminta bantuan daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang mempunyai kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

Ia memandangkan sebelum ini Anwar sememangnya dikenali sebagai pemimpin dari Malaysia yang begitu rapat sama ada dengan pertubuhan atau individu Yahudi.

Sebab itulah, beliau tergamak mengeluarkan kenyataan menyokong apa juga usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel dalam wawancara dengan The Wall Street Journal.

Pendedahan yang mengaitkan Anwar dengan pihak Yahudi juga bukan kali pertama dilakukan, sebaliknya ia sudah banyak kali.

Antara yang terbaru adalah pada 7 Mac lalu apabila, sebuah blog mendedahkan dua pucuk surat yang ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan satu agensi perisikan antarabangsa pada 2007 untuk meminta pihak berkenaan campur tangan untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam surat-surat yang dipaparkan dalam blog AIDC, di www.anwaraidc.com itu mendedahkan permohonan Anwar tersebut dibuat kepada Presiden National Endowment For Democracy (NED), Carl Gersham.

Kedua-dua pendedahan itu jelas memaparkan politik bahaya yang dimainkan oleh PKR dalam usaha mereka berebut kuasa politik di negara ini dengan matlamat utamanya ialah untuk mencapai cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri

Kita amat memahami bahawa Anwar dan PKR terlalu terdesak untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia disebabkan mereka melihat Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah misi terakhir untuk berbuat demikian memandangkan faktor usia yang kini memburu setiap pemimpin utama pembangkang.

Tetapi apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah kalaupun sudah kemaruk kuasa dan begitu ghairah hendak menumbangkan kerajaan BN, kenapakah perlu pihak asing ‘dijemput’ untuk turut serta?

Mungkin seperti biasa PKR akan terus dengan politik putar-belit dan penafian mereka tetapi apa yang kita hendak persoalkan apa pula pendirian Pas dan DAP.

Selama ini, seburuk-buruk permainan politik kedua-dua parti itu menentang BN, mereka tidak pernah melakukan tindakan seperti PKR. Oleh itu, jika kedua-dua parti berkenaan berdiam diri dengan perbuatan PKR maknanya mereka bersedia untuk bersubahat melunaskan agenda politik bahaya PKR.

Apa yang lebih dipersoalkan ialah tindakan Pas yang setakat ini seolah-olah kelu seribu bahasa untuk mengulas pendedahan tersebut. Mungkin sekali lagi pemimpin-pemimpin Pas akan menganggap semua itu adalah fitnah dan mainan politik UMNO serta media arus perdana.

Tetapi bukti-bukti yang dipaparkan sudah jelas menunjukkan bahawa ia bukanlah satu dakwaan kosong, kalau apa yang didedahkan tidak benar maka Pas perlu menasihatkan PKR mengambil tindakan undang-undang.

Oleh itu, sebagai parti yang mempunyai alim-ulama, Pas sudah pasti memahami hukum berkawan dengan pihak yang bersekongkol dengan Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan yang dipimpin orang Islam.

Perkara ini sudah ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang menyatakan, pihak yang mengetahui mengenai kerjasama itu tetapi tidak membuat sebarang tindakan kerana mempunyai matlamat politik serupa turut berdosa.

Janganlah pula pemimpin-pemimpin Pas menganggap oleh kerana kenyataan itu dibuat oleh ulama UMNO maka ia tidak boleh dipegang.

Justeru kita mahu melihat ketegasan Pas dalam soal ini memandangkan apa yang dilakukan sekutu mereka itu adalah sangat bahaya kepada keselamatan negara.

Pas selama ini telah menegaskan bahawa mereka menyertai pilihan raya atas semangat demokrasi walaupun mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak telus tetapi mereka tidak pernah meminta campur tangan asing.

Malahan penulis masih ingat suatu ketika dulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memberi peringatan bahawa apa pun masalah dalaman negara ini, tiada mana-mana negara asing yang berhak campur tangan.

Penulis yakin pendirian Nik Abdul Aziz itu tidak pernah berubah, oleh itu wajarkah Pas hendak membiarkan sahaja PKR bertindak demikian.

Terserahlah kepada Pas untuk menentu apa langkah yang sepatutnya mereka lakukan tetapi apa yang pasti rakyat kini terutamanya orang Melayu perlu sedar mengenai corak politik PKR yang dipimpin oleh Anwar.

Ia kerana pendedahan kerjasama dan memohon bantuan asing ini boleh mendedahkan negara dalam bahaya termasuklah kemungkinan Malaysia dipimpin oleh kerajaan boneka.

Seperti mana kata Fathul Bari apa yang dibimbangi kerjasama serta campur tangan tersebut menjadikan kumpulan pro-Yahudi lebih dominan sehingga sesebuah parti itu sanggup mengikut apa sahaja arahan yang diberikan.

Kenyataan itu adalah benar kerana apabila pihak asing dengan senang hati menghulurkan tangan memberikan bantuan mereka, maka ia sudah tentulah tidak dilakukan secara percuma. Mereka pasti akan menuntut balasan apabila tiba masanya kelak.

Kita tidak boleh membiarkan ini berlaku kepada negara ini hanya disebabkan perbuatan sekelompok manusia yang kemaruk dan gila kuasa.

Monday, March 19, 2012

Gambar yang dirakam saksi kes langgar lari pelumba basikal negara

Inilah gambar yang sempat dirakam oleh seorang saksi ditempat kejadian seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua maut apabila dilanggar sebuah kereta proton saga di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, 7.30 pagi semalam.



Mangsa, Rafizi hamdan, 37, yang juga merupakan sahabat karib Anuar Manan ketika itu dalam perjalanan ke Batu 12, Gombak untuk bersama rakan-rakan kelab yang lain. Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah proton saga dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.



Pemandu proton saga tersebut terus melarikan diri tanpa menyedari nombor plat kenderaannya tertinggal di tempat kejadian. Walaubagaimanapun, pemandu itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira kira tiga jam selepas kejadian. Suspek yang dibebaskan atas jaminan polis itu difahamkan enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi kejadian.

p/s : Sejak akhir-akhir ini semakin berleluasa kes langgar lari.

Fulamak keluar lagi video seks terbaru Anwar Ibrahim di Bangkok

Fulamak kali ni keluar lagi koleksi terbaru video seks Anwar Ibrahim lebih terang yang dirakam di Thhailand. Katanya kali ini rakaman berdurasi agak panjang dan hari ini baru sebahagian mukadimahnya sahaja.


Tunggu sedikit masa lagi yang sesuai akan dikeluarkan rakaman penuh video seks Anwar yang sedang melanggan pelacur Thailand kelas atasan. Tujuannya satu supaya rakyat Malaysia sedar bahawa pemimpin kesayangan mereka hari ini dilanda krisis 'moral' paling teruk dan tidak layak untuk menjadi pemimpin apatah lagi pemimpin negara.

Baca lagi di >>PAPAGOMO<<

Perlu baca! Yahudi, Zionisme dan percanggahan kenyataan Hj Hadi

Hj Hadi kata jika kita berbaik dan berurus niaga dengan Yahudi tidak menjadi masalah asalkan bukan Zionis. Kenyataan yang dianggap kontroversi dan sengaja diputarkan supaya rakyat tidak terus memberi tekanan kepada Anwar yang diasak bertubi-tubi mengenai kenyataannya yang menyokong keselematan negara Israel.


Tengok video dibawah..



Habis bab tu maka kita masuk bab seterusnya iaitu penerangan ayat-ayat suci Al Quran yang menjadi kitab suci umat Islam berkenaan bangsa Yahudi.

Di petikan dari Blogger Muslim :

Al-Quran banyak menceritakan kedegilan bangsa Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.

Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran telah menggambarkan sifat buruk orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan memusuhi bangsa lain, terutama sekali kaum Muslimin.

22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran:

  • Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

  • Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

  • Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
  • Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

  • Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

  • Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)

  • Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

  • Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)

  • Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

  • Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

  • Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

  • Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

  • Kuat berpegang pada semangat kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

  • Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

  • Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

  • Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

  • Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

  • Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-Nisa:46)

  • Mengada adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

  • Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

  • Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

  • Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.

Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka.

Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.

Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi.


Justeru, jelas sekali kenyataan Hj Hadi sebenarnya bercanggah dan hanya berdasarkan pemikiran luar kotak meskipun dianggap 'ulamak' dikalangan pengikut PAS. Nyata sekali, PAS yang dulunya dilihat istiqamah dalam perjuangan kini berubah hala tuju.

Peruntukan RM600 juta telah disalahgunakan oleh pemimpin PAS Kelantan

NGO Kelantan mula mempertikaikan kemana perginya wang RM600 juta pinjaman pusat kepada Kelantan untuk selesaikan masalah bekalan air di negeri sejak 2001. NGO tersebut mendakwa banyak pembelian untuk sistem peralatan canggih bagi bekalan air tetapi tidak bersesuaian untuk digunakan sistem bagi bekalan air Kelantan.


Disini wujudnya pertikaian sama ada jurutera Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd tidak berkredibiliti atau diarahkan untuk "buat tidak tahu" kerana mereka maklum mengenai kesesuaian peralatan untuk bekalan air di Kelantan. Justeru Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membabitkan peruntukan RM600 juta yang diberikan kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah air di negeri ini.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, siasatan menyeluruh perlu dijalankan ekoran banyak projek yang dirancang AKSB membabitkan perbelanjaan 'luar biasa' dan banyak daripadanya gagal.

Azmi sebelum itu menyertai lebih 300 orang mengadakan demonstrasi secara aman di berhampiran bulatan Pasir Pekan dekat sini, bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz bertanggungjawab menyelesaikan itu tersebut. - Kelatekito

Baca selanjutnya DISINI.

Sunday, March 18, 2012

Gambar sepanjang lawatan PM ke Perak sehari

Masyarakat India nampak gaya sudah mula sedar bahawa gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PM bukanlah omong-omong kosong tetapi dilaksanakan. Janji kerajaan untuk memajukan masyarakat India tidak kira walau di mana mereka berada direalisasikan. Begitu juga dengan pembangunan orang asli yang tidak dipinggirkan kerajaan bagi memastikan pembangunan sama rata dinikmati hasil daripada gagasan yang digarap oleh Perdana Menteri. Pembangkang hanya berjaya menabur janji kosong untuk mendapat kuasa kerana setakat ini belum terbukti kejayaan mereka sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan.















Friday, March 16, 2012

Ahli Majlis MPSJ makan gaji buta menyebabkan penduduk merungut

Kawasan Puchong Permai dipegang oleh Ketua Wanita PKR, Puan Hosni merangkap Pengerusi JKP Zon 14 Puchong Permai. Peruntukan hanya disalurkan kepada kroni-kroni sahaja tidak melibatkan semua pihak yang terlibat. Bahkan peruntukan tahuhan telahpun ditambah kepada RM100,000.00 setahun dan hanya dimonopoli oleh kumpulan yang pro kepada Puan Hosni.

Perjuangan PAS sama dengan perjuangan Khawarij kata Ustaz Al Mubtasim

Seandainya ada orang berkata bahawa perbalahan antara UMNO dengan PAS di Malaysia hari ini adalah krisis politik kepartian semata-mata, kata-kata yang berkenaan adalah amat tidak benar.

Ustaz Al Mubtasim
Imej PAS sekarang telah berubah warna daripada sebuah parti politik kepada sebuah parti lembaga agama. Senario pemimpin mereka dilambangkan sebagai ulama dan dislogankan sebagai pewaris Nabi. Mereka ditanamkan kepercayaan kononnya ulama mereka tidak akan melakukan kesilapan dan kenyataan politik mereka adalah fatwa yang tidak boleh disangkal. Kemudian disifatkan sebagai rabbani pula.

Memang benar bahawa pada permulaan penubuhannya pada tahun 1951 dahulu adalah sebagai sebuah parti politik. Penjajah British memberi keizinan penubuhannya pada tahun itu adalah untuk menyemarakkan krisis di kalangan orang Melayu yang sedang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Mereka mengharapkan krisis tersebut akan mengagalkan usaha Melayu memperoleh kemerdekaan.

Penjajah British bercadang untuk memperalatkan golongan minoriti ini bagi maksud untuk menghalang usaha-usaha murni UMNO itu. Mereka mempermudahkan pendaftaran PAS. Mereka mengharapkan Tuan Haji Fuad yang kalah pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua UMNO kepada Tunku Abdul Rahman Putra dalam Persidangan Agung UMNO di Kuala Lumpur pada 25 Ogos 1951 boleh dipergunakan bagi maksud meneruskan agenda kepenjajahan selepas merdeka.

Tetapi usaha jahat itu tidak berhasil. Pilihan raya umum pertama pada bulan Julai 1955 memberi kemenangan besar kepada UMNO di bawah lambang Perikatan. PAS hanya memenangi satu kerusi sahaja daripada semua kawasan Parlimen sebanyak 52 kerusi.

Kekalahan PAS yang berterusan dalam semua pilihan raya umum selepas itu mendorong mereka mengambil satu sikap berani dan nekad mengagamakan parti mereka secara total, sama dengan tindakan yang pernah diambil oleh Khawarij dan Syiah kira-kira 1400 tahun dahulu.

Kesannya sebilangan besar ahli dan penyokong PAS merasakan PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Menyokong PAS bererti menyokong Islam dan balasannya syurga. Sesiapa mengkritik PAS akan dihukum Allah di akhirat kelak atau diturunkan bala di dunia ini.

Kelahiran Khawarij dan Syiah mempunyai faktor-faktor pendorong yang sama dengan kelahiran PAS, iaitu pada asalnya adalah bersifat politik. Tetapi perjuangan yang begitu lama yang mereka tempuhi dengan kekalahan dan penderitaan semata-mata, akhirnya mereka mengagamakan golongan mereka dan mencipta doktrin-doktrin dan mazhab agama sendiri yang berasingan daripada jemaah ummah.


Latar belakang Khawarij ialah adanya pertikaian politik antara Khalifah Ali dengan Muawiyah bin Abu Sufian. Muawiyah pada waktu itu sebagai ketua pentadbir Islam di Syam (Syria) tidak dapat menerima pelantikan Saidina Ali sebagai khalifah pengganti Khalifah Uthman. Masing-masing mengerahkan tentera untuk menggempur antara satu sama lain.

Akhirnya kedua-dua pasukan sesama Islam itu bertempur di Saffin. Muawiyah menang di atas kesilapan Ali yang menerima seruan damai, sedangkan seruan tersebut adalah helah politik semata-mata.

Kelahiran Syiah pula mempunyai pelbagai pendapat tentang latar belakangnya. Ada yang berkata kelahirannya setelah wafat Nabi, iaitu ketika perebutan kuasa di antara Muhajirin dengan Ansar di balai Saqifah Bani Saidah.

Ada pendapat yang menganggap Syiah lahir pada masa akhir kekhalifahan Uthman bin Affan atau pada awal pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib. Pada masa itu terjadi pemberontakan terhadap Khalifah Uthman yang berakhir dengan pembunuhannya.

Pendapat yang popular ialah bahawa Syiah lahir setelah gagal perundingan Khalifah Ali dengan pemberontak Muawiyah. Pengikut-pengikut Khalifah Ali berpecah. Tetapi sebahagian besarnya tetap setia. Golongan yang setia inilah yang dikenali kemudiannya sebagai Syiah.

Walau apapun latar belakang kelahiran mereka, puncanya adalah politik rebut kuasa sehingga kepada peringkat bunuh membunuh sesama sendiri. Golongan yang kalah menukarkan tujuan asal penubuhan jemaahnya daripada maksud politik kepada imej agama yang tersendiri dengan aliran teologi yang berbeza.

Mungkin di sinilah aspek persamaan antara PAS dengan Khawarij dan Syiah. Lahir di atas dorongan kecewa dan marah. Bergerak dalam jemaah sebagai lembaga politik untuk merebut kuasa, tetapi tidak berjaya dan gagal. Akhirnya membentuk institusi agama baru dengan aliran teologi dan mazhab fekah tersendiri.

Fatwa mengharuskan bersahabat dengan syaitan, tuduhan Tuhan mencarut dan Tuhan samseng adalah antara doktrin PAS bersifat agama, tetapi bertujuan politik, iaitu mempengaruhi dan menguasai fikiran dan sikap orang ramai untuk mendapat kuasa. Bertolak daripada fatwa seumpama inilah menyebabkan politik Melayu menunjukkan perpecahan yang ketara di kalangan mereka.

PAS juga terpengaruh dengan doktrin Khawarij yang tersohor, iaitu Khalifah hanya wajib ditaati apabila ia bersikap adil dan menjalankan syariat Islam. Jika menyeleweng maka mesti dibunuh. Pembunuhnya syahid dan mendapat syurga.

PAS menyemarakkan permusuhan terhadap UMNO secara fanatik dan asabi seperti permusuhan Khawarij dan Syiah terhadap kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Mereka mengukuhkan permusuhan itu dengan menggunakan agama dan memperalatkan nama Allah tanpa mengambil kira kepentingan umum dan keselamatan negara.

Sepanjang waktu, Pas tidak pernah memberi sokongan atau ucapan terima kasih kepada semua perkara yang dilaksana dan disempurnakan oleh UMNO melainkan ketika mereka berada dalam BN dahulu sahaja.

Ketika Tunku Abdul Rahman Putra mewujudkan gagasan Malaysia pada tahun 1963, PAS menentang keras sehingga ke peringkat membawa perkara ini ke mahkamah. Apabila berlaku konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia, PAS tidak pernah menyatakan sokongan mereka kepada Malaysia dan tidak pernah mengutuk Sukarno atas tindakannya yang tidak bermoral itu. - Perak Today

Tulisan oleh : Ustaz Al Mubtasim @ Ustaz Noor Aminuddin bin Mohamed Noor, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) Unit IT & Komunikasi Pusat Islam (Islamic Centre)

Meskipun PKR guna dana asing ianya tetap halal kata PAS

Apakah Pas yang merupakan ‘junior partner’ di dalam pakatan pembangkang turut bersubahat dan sanggup merelakan perbuatan sekutunya PKR yang didakwa menerima bantuan asing untuk menguasai negara ini.

Ini kerana Pas sehingga ke hari ini dilihat kaku dan tidak berani membuka mulut serta mengambil pendirian atau sebarang tindakan yang konkrit berhubung dakwaan yang melingkari sekutunya itu walaupun buktinya telah didedahkan satu persatu.


Perkara ini ditimbulkan oleh bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam yang melihat Pas seolah-olah ada perjanjian sulit dengan PKR supaya perkara itu tidak menjadi duri dalam daging kepada hubungan mereka di dalam pakatan pembangkang.

“Andaian ini mungkin kita boleh lihat berasakan kepada akurnya kepimpinan Pas terhadap hasil perjumpaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan Anwar di dalam Wall Street Journal baru-baru ini.

“Bukankah selepas pertemuan berkenaan, Pas sehingga ke hari ini masih senyap walapun pada mulanya Majlis Syura memberi kata dua kepada Anwar berhubung isu Israel. Inilah yang menjadi persoalan umum.


“Dan bagi saya jika Pas tidak berbuat sesuatu terhadap dakwaan yang melibatkan sekutunya itu, andaian saya dan tentunya juga andaian umum adalah Pas bersubahat dalam perkara berkenaan. Justeru rakyat perlu menolak mereka yang bersubahat demi kepentingan negara,” katanya.

Lokman yang juga Exco Pemuda UMNO seterusnya menambah Pas perlu berpijak di bumi nyata dan jangan sama sekali turut terheret dengan gaya permainan politik Anwar.

“Sebelum ini bukankah mereka mewar-warkan Anwar sebagai pemimpin yang dihormati di luar negara, namun hari ini setelah tercetusnya isu yang melibatkan Israel sepertimana kenyataan Ketua Umum PKR itu di dalam Wall Street journal, kewibawaaanya merundum.


“Hamas dah bersuara sebelum ini dan begitu juga dengan NGO’s Islam yang lain baik di Indonesia dan sebagainya. Jadi adalah lebih baik Pas jenguk-jenguklah sahabat mereka itu,” katanya.



Sebelum ini, Anwar didakwa menulis surat kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Surat berkenaan disiarkan menerusi AIDC di www.anwaraidc.com.

Semalam pula, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mendakwa PKR meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

- Media UMNO

Thursday, March 15, 2012

Kepala butuh nak berdebat buang masa

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengulangi cabaran Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan beliau berhubung dasar dan program kerajaan dan Pakatan Rakyat (PR)

Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, membangkitkan perkara itu ketika mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas usul titah diraja, di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar telah mengemukakan cabaran berdebat kepada Najib tahun lalu. Syor itu muncul kembali susulan debat antara pemimpin kanan MCA dan DAP bulan lalu.

Baru-baru ini, Najib berkata, beliau sanggup berdebat tetapi hanya dengan pihak yang mempunyai fikiran munasabah.

Dalam ucapan perbahasan, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, sungguhpun murni hasrat PR adalah untuk memperkukuh Sistem Dwiparti, ternyata ia masih berhadapan dengan mehnah pemerintah yang sememangnya sudah biasa membolot kuasa.

Sambung baca >>DISINI<<

- Sinar Harian

Kenapa wajib tidak memangkah parti PAS dan PKR?

Dulu PAS pernah kata jika menentang parti yang mengamalkan dasar penjajah adalah jihad dan jika mati waktu itu, maka syahidlah bagi pejuang-pejuang yang kononnya berperang menegakkan Islam.


Namun, lama kelamaan pendirian yang pernah dicanang oleh tok guru PAS ketika itu akhirnya berkubur tanpa batu nisan akibat 'termakan gula-gula jampi' yang diberikan oleh sekutu mereka DAP. Kuasa menjadi keutamaan kerana mereka (PAS) sedar bahawa tanpa kuasa hasrat itu takkan kemana seolah-olah mencurah air di daun keladi sampai bila pun tidak berjaya melaksanakan apa yang 'dihajati'

Justeru,satu dasar baru telah dirangka oleh PAS dan perkara utama yang diubah mereka ialah slogan parti iaitu 'Membangun Bersama Islam' kepada 'Negara Berkebajikan'. Paling ketara selepas Muktamar Agong PAS Pusat yang lalu di mana kita dapat menyaksikan berlaku perubahan drastik ke atas tampuk pimpinan tertinggi PAS.


Golongan ulamak yang dahulunya menjadi kekuatan kepada hala tuju dan dasar parti PAS akhirnya berjaya diketepikan oleh kumpulan yang liberal dan bersifat agresif. Maka, bermulalah satu transformasi dalam parti PAS yang didokong oleh perakus-perakus kuasa yang meletakkan perjuangan Islam menjadi nombor dua kerana kuasa dan cita-cita menjadi keutamaan.

Dalam masa yang sama, pemimpin perakus dalam pimpinan tertinggi PAS berjaya 'disogok' oleh idealogi rakan pakatan mereka terutama DAP. Apa yang diperkatakan oleh DAP semuanya menjadi benar pada PAS.


Lantaran itu, wujud kesangsian kenapa kita perlu menyokong parti PAS dan PKR meskipun ramai dikalangan mereka 'dilabel' ulamak mahupun cerdik pandai bahkan majoriti daripadanya beragama Islam.

Ringkasnya kenapa menjadi WAJIB untuk tidak memangkah PAS dan PKR pada PRU akan datang telah diperjelaskan oleh saudara Dato Zulkfli Noordin  >>DISINI<<

Tengok sendiri apa kata Dr Hassan Ali..

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox