PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Wednesday, March 28, 2012

Himpunan Teluk Rubiah : Ngeh Ko Ham dan Nizar mungkin kena penampar pada 31 mac nanti

Vale merupakan syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia telah mengambil langkah-langkah ketat dalam pembangunan pusat pengedarannya di Teluk Rubiah, di Seri Manjung. Malah turut menyedari bahawa soal kepentingan awam perlu menjadi keutamaan disamping menjalankan perusahaan berasaskan teknologi hijau bukannya membuta tuli seperti yang didakwa pembangkang.

Pada peringkat permulaan, Syarikat Vale membuat pelaburan awal sebanyak US$1.37 bilion atau RM4.07 bilion bagi membangunkan fasa pertama kompleks berkenaan dengan kapasiti untuk menampung kapal dan mengendalikan sehingga 30 juta tan bijih besi setahun mulai separuh pertama 2014.

PINTU MASUK KE TAPAK PROJEK

Selain itu, projek ini juga turut menyediakan 5 ribu peluang pekerjaan khususnya kepada anak-anak tempatan , disamping membantu industri hiliran penduduk setempat antaranya mewujudkan lokasi strategik untuk perniagaan sampingan. Sekaligus menjana pendapatan samping kepada masyarakat setempat.

Begitu juga dengan sebahagian orang-orang muda di kawasan Manjung khususnya pemuda tempatan turut menyelar tindakan pembangkang yang cuba menjadikan isu Teluk Rubiah sensasi sama sepertimana kilang Lynas di Kuantan.



Bahkan pusat pengedaran Vale di Teluk Rubiah mempunyai kapasiti maksimum 60 juta tan setahun. Dari sini, bijih besi akan diedarkan kepada para pelanggan di Asia Pasifik seperti Jepun dan Australia.

Dakwaan pembangkang bahawa Vale adalah kilang memproses biji besi adalah tidak berasas kerana produk yang dihasilkan sebenarnya material terproses dan sebagai hub untuk membekal kepada pelanggan dari negara serantau Asia.

Adakah kita sanggup mengorbankan peluang pekerjaan semata-mata ditipu oleh pihak pembangkang yang tidak lekang mencetuskan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Projek ini sebenarnya tidak ada memberi masalah kepada rakat tetapi sengaja dimainkan pembangkang yang barangkali melihat projek ini sebenarnya memberi kesan yang secara tidak langsung kepada survival politik mereka.


Vale ialah pengeluar terbesar bijih besi dan pallet di dunia, kedua-duanya merupakan bahan mentah utama untuk industri keluli selain nikel yang digunakan untuk menghasilkan keluli tahan karat, bateri, aloi, kimia dan produk lain.

Justeru, motif sebenar pihak pembangkang cuba menganjurkan demo yang dinamakan 'Himpunan Teluk Rubiah 31 mac 12 tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan negeri kononnya mengabaikan aspek keselamatan penduduk setempat.


Yang jelas, boleh dikatakan semua wakil rakyat pembangkang hanya bekerja untuk mencari salah kerajaan langsung tidak membawa perubahan kepada rakyat dikawasannya. Kerja mereka hanya berceramah, memaki hamun, memfitnah, dan yang paling ketara iaitu sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

Makan pasirlah jawabnya kalau pilih wakil rakyat macam ni..AJ

p/s : Kalau boleh rakan bloger sebarkan demi kepentingan peluang pekerjaan kepada 5,000 orang penduduk setempat!!

22 comments:

  1. Disinilah kesilapan zambry dan bn bermula.

    Apa silapnya zambry? Adakah dia yang jual tanah di teluk rubiah kepada vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia? Bukan, memang bukan. Dia bukan penjual tanah sebab dia bukan pemilik. Hanya pemilik tanah sahaja yang boleh menjual tanah.

    ReplyDelete
  2. betul tuuuu tapi tanah siapa yaaa....
    tanah felcra ka, felda ka, atau rakyat ka atau tanah siapa ???

    ReplyDelete
  3. mcm harta mak bpk nenek moyang dia la plak...sebagai bakal biologist aku marah nieh. BN nie tak cukup nak perdajal rakyat, alam sekitar pun dia balon sekali semua nya keran DUIT! hoi, kecewanya aku!

    ReplyDelete
  4. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tanah di teluk rubiah tue asalnya tanah rizab orang melayu. Tanah itu telah digazetkan sebagai tanah rizab khusus untuk orang melayu sehingga tahun2 1970-80an sebelum diwartakan menjadi tanah kerajaan yang dijual kepada orang persendirian. Macam mana dia boleh jadi macam tue? Mungkin duit ada jawapan nya. Tapi yang pasti bn lebih mengetahui fakta kes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat tuduhan tu bro..boleh jatuh fasik kalau tak betul..istigfar banyak2..apa kata kalau ada bukti laporkan pada SPRM

      Delete
  5. Mengapa kawasan yang cantik dan menjadi daya tarikan pelawat ke Manjung ini di gadaikan? Tak mengapa kalau kerajaan negeri mendapat habuan, tapi kerajaan negeri juga tidak mendapat walau satu sen pun.

    Apabila Vale memulakan projek ini, adakah syarikat tempatan mendapat projek? Tidak. Rasa aku yang dapat kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group.

    Lingkup anak perak kali bila diperintah kerajaan perampas biend

    ReplyDelete
  6. tu resort aaa cina yang punya maaaaa, sebab talak olang datang mau main golf/cuti2 malaysia jadi sudah talak laku oooo, so jual loh pada sapa mau beli, lantak dia loh.

    ReplyDelete
  7. kerajaan perak memang lah tak dapat banyak keuntungan, cuba korang tengok berapa ramai Melayu kerja kat dalam tu, jadi boleh lah diorang bagi bagi makan anak bini, orang yg bising2 ni sebenarnya tak dapat kerja kat dalam tu, tu yg cemburu tu :))

    ReplyDelete
  8. yang ko dok depen sgt umnuuuuuo tu pasai apa??? ada projek ka???masyukkkk

    ReplyDelete
  9. apa kehal lak nak sokong pas, siapa yg bagi kelulusan yg buat tokong kat Pasir Panjang, Pas le, untuk menyambung tokong yg ada kat kelantan, lagi mau cakap besar.

    ReplyDelete
  10. pembangkang atau ngo's ala pr kalau nak bantu menyelamatkan alam sekitar tolong la pi kat kilang besi MALAYAWATA PRAI, seberang perai, pulau pinang dan buat demonstrasi. dah 60 tahun kilang besi malayawata ujud di PRAI tidak seorang pun penduduk PRAI mati kerana rediasi. Ini pembangkang dan otak sevel yang kata kilang VALE membahayakan penduduk tempatan. Mengarut lah bro..... Jangan politikkan semua isu tanpa asas...jangan fitnah bro....nanti kena bayar di liang kubur.

    ReplyDelete
  11. he he he he dap, pas dan pkr dah habis modal ke? dah takut dengan bayang bayang sendiri ke ? Sekerang nak ganggu projek kilang VALE. he he he he ......... kesian dia orang.....he he he .......depa buat layak sungguh he...he...he...he

    ReplyDelete
  12. nizar ingat buat demo kat vale boleh kekalkan kerusi pasir panjang....podah...boooo......kami tahu engkau ini penipu.....pandai berceramah dan tak pernah melawat kawasan dalam 4 tahunkebelakangan ini tak tahu menghormati pengundi. sekarang kami dapat cari makan sikit di kilang vale kamu nizar nak kacau yah...

    ReplyDelete
  13. Dei mp shanamugam. sendiri punya keluarga pun tak tahu jaga..nak buat demo pula...pigi jaga famili dulu dah...cis .....

    ReplyDelete
  14. ngeh ko ham, hero konon nak buat demo di VALE...engkau lah bersama ngar ko ming dan nizar bawa projek ini dari brazil ke teluk rubiah, sudah lupa ke taukeh? saya yang uruskan semua ini dengan kamu 3 abdul semasa PR perintah Perak. Sekarang nak sandiwara wang kulit ke ngeh/ngar/nizar(three stugest)

    ReplyDelete
  15. tolong jangan ganggu orang manjung. saya merayu kepada parti parti politik jangan politikkan isu kilang VALE di teluk rubiah. kilang ini membuka ruang untuk remaja semua bangsa untuk menceburi bidang pembinaan yang memberi peluang pendapatan yang amat lumayaan kepada kami. tolong lah .. saya merayu jangan ganggu kami..kalau tidak berpuas hati biar kami pengundi manjung menentukkan baik buruk parti dalam pru ke 13. sebelum itu jangan buat kami marah. ini bukan amaran tetapi rayuan ikhlas dari golongan muda manjung.. jangan mencabar kesabaran kami...

    ReplyDelete
  16. mari kita desak pembangkang buat himpunan hijau 3 di kilang tenaga solar batu kawan, pulau pinang......

    gile seks..

    ReplyDelete
  17. Asal ada crita ja..penipu,pembelit,pembohong PR nak seleweng isu..sudah2 le tu,kesiankan rakyat di sini.Macam ni nak perintah negara?alamatnya rakyat papa kedana la woii banggang!!

    ReplyDelete
  18. Aku tak paham macmana penyokong PR boleh buta, buta dan buta dan pekak dan bangang. Hak melayu sah2 depan mata ditarik satu persatu pun tak nampak. kat kilang brp ramai bos MELAYU? Semua cina. yg baru masuk Cina. Naik pangkat Cina. Yg dok maki Melayu Cina. Tak sedar lg ka? Cukup2 la kita MELAYU nih diperbodohkan.

    ReplyDelete
  19. Dalam senarai org terkaya dlm Malaysia pun Cina berlambak. Apa lg yg depa nak? Kita Melayu tak cykup bg lg ka? Tok sah dok kata salah UMNO la... BN la... Ini semua salah Melayu yg dok berpolitik sampai lupa kerja nak kena kuat sebab itu ibadat. Anak bini dok bagi makan dengan duit tak berkat, curi tulang. Sedarlah bangsa ku. Apa lg Allah perlu tunjuk baru kita semua nak sedar? Bila semua ketua pengarah Cina dan semua polis Cina. Melayu cuma layak jadi ketua samseng?

    ReplyDelete
  20. Sejak dari tahun 2013, aku berkerja sebagai konsultan ketika proses pembinaan tapak simpanan bijih. Tidak dinafikan impak projek vale tu pada alam sekitar. Belum pun mula proses import bijih, kawasan sekitar perkampungan melayu dah mengalami kesannya. Habuk, debu, kemalangan jalan raya, dan jalan rosak antara kesan dari projek Vale. Sepatutnya pihak bertanggungjawab harus menjalankan Kajian Impak Alam Sekitar sebelum meluluskan sebarang projek. Ini lah prosedur yg dipraktikkan negara luar seperti Australia dan Thailand dimana negara ini telah menolak cadangan membina tapak Vale di negara masing-masing. Mereka telah mengkaji dgn mendalam mengenai kesan projek tu terhadap alam sekitar, masyarakat dan ekonomi.

    ReplyDelete

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox