Ketua Pemuda DPPNS,Ustaz Sallehen Mukhyi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily memberitahu bahawa, tindakan menghantar memorandum itu diambil setelah pihak penduduk di Kota Damansara membuat aduan serta laporan polis berhubung dengan penyebaran risalah berkenaan.
"Penyebaran risalah ini berlaku pada 23 julai di antara jam 3 petang hingga 5 petang dengan mengedarnya ke rumah-rumah penduduk.
"Wakil penduduk telah mebuat laporan polis pada 24 Julai dan pihak NGO iaitu Gagasan juga telah membuat laporan yang sama di Balai Polis Kota Damansara. Sebelum ini telah berlaku juga penyebaran risalah Kristian berbentuk komik yang sasarannya kepada kanak-kanak sekolah,"jelasnya.
Menurutnya, rombongan ke Jais itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Kamal Ashaari; AJK DPPNS, Ustaz Mohd Nasir Zakaria; Pengerusi Gagasan, Ustaz Zaharuddin Mohd; AJK DPP Kawasan Pandan dan wakil penduduk seksyen 6 Kota Damansara dan disambut oleh Pegawai Jais, Mohamad Abdullah.
Dalam pertemuan tersebut, pihak DPPNS menyampaikan rasa kegelisahan penduduk Kota Damansara kepada Jais dengan penyebaran risalah Kristian tersebut.
"DPPNS telah mendapati terdapat satu usaha pendoktrinan agama lain telah berlaku di seksyen 6 dan seksyen 8 Kota Damansara dengan tersebar risalah-risalah kristian ke rumah-rumah penghuni seksyen 6 dan seksyen 8 Kota Damansara dan hal ini menyebabkan timbul keadaaan tidak selesa di kalangan mereka,"katanya.
"Mereka dengan tidak bertanggungjawab cuba mempengaruhi penduduk dengan mengedarkan sebuah buku kecil yang bertajuk 'Akhirat : Jalan yang Lurus, Petunjuk dan Terang, Jubah Kebenaran, Pemerintah yang Adil'.
"DPPNS mendapati buku kecil ini adalah usaha dan agenda tertentu untuk mengelirukan akidah orang Islam dengan menonjolkan perihal Nabi Isa a.s. dan selain itu, petikan-petikan ayat al-Quran serta al-hadis sebagai pengukuhan hujah diguna pakai untuk menarik perhatian orang-orang Islam menerima Kristian,"tambahnya.
Ustaz Sallehen berkata, pihak Jais perlu memastikan penyebaran dakyah kristianisasi dapat diatasi secepat mungkin dengan mengambil tindakan tegas tanpa rasa takut dan memihak (without fear and favour).
"Ini termasuklah dengan penguatkuasaan undang-undang dan tindakan mahkamah melalui kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan, untuk menghentikan segala aktiviti yang telah mengakibatkan ketidakselesaan penduduk yang beragama Islam,"tegasnya.
Selain itu, beliau juga menyarankan kepada Jais agar memantau mana-mana pertubuhan, badan atau persatuan yang cuba mempergiatkan aktiviti-aktiviti pendoktrinan agama lain kepada umat Islam umumnya dan penduduk Selangor khususnya.
"Memandang seriusnya isu ini, Jais perlu mengambil pendekatan proaktif untuk menyiasat, mengkaji dan meneliti segala laporan yang dikemukakan supaya perkara ini dapat dihentikan dan tidak semakin berleluasa.
"Jais juga perlu bersikap jujur, bertanggungjwab dan telus dalam menangani isu-isu agama yang dikemukakan oleh mana-mana pertubuhan, badan atau persatuan Islam supaya tidak ada lagi polemik agama yang menjatuhkan maruah Islam,"katanya lagi
- Harakahdaily
apa yang korang merepek ni kan pas keadilan dan khalid ibrahim anwar ibrahim khalid gereja dah cakap ni semua tipu berlaka kerja umno ni semua ni,
ReplyDeletebodoh punya pakatan haram...tak dapat aku nak bayang, macam mana lagi baru nak cakap YA MEMANG SAYA MENGAKU YANG ADA SESETENGAH KUMPULAN KRISTIAN CUBA MEMURTADKAN ISLAM.
MANA PERSATUAN GABUNGAN AGAMA2 TU MANA PRESIDEN DIA? NI NAK NAMAKAN APA? KOMPLOT NAK MENJATUHKAN KRISTIAN KE?
ADOI...AKU KONPOIUS PENDIRIAN PARTI ISLAM SEMURTAD NI
Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.
ReplyDeleteKita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.
Saya terpanggil nak beri komen..saya tidak memihak kepada sesiapa…tapi saudara saudari siapakah yg harus disalahkan dlm hal2 begini??
ReplyDeleteAnak di rumah nak makan, penyewa rumah nak duit…org islam sndiri jaga perut sndiri….bila org miskin iman nya sebesar zarah….apa lagi yg mereka akan pilih…saya memberi pendapat bukan ikut hati tetapi selepas menyelami ati2 yg tiada pilihan dlm meneruskan kehidupan….jangan la salahkan sesiapa dlm hal ni…yg paling penting sebagai umat ISLAM apa peranan kita dlm menangani maslah ini
Ingatlah bahawa Allah telah berpesan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 maksudnya: “Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.”
ReplyDeleteMalah di dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 Allah berpesan maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)