Biar pun begitu, ini bukan bermakna Parlimen tersebut adalah kerusi selamat bagi PKR sebaliknya isu Lynas terpaksa diputar belit kerana ia talian hayat kepada PKR dan wakil rakyat mereka di kawasan itu, Azan Ismail.
Azan Ismail |
Ini setelah kehadiran Azan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dilihat hanyalah bermusim ibarat angin lalu yang mana ia tidak dirasai peranan beliau kecuali sesekali kedengaran berkokok tentang isu Lynas biar pun pakar sains nuklear termasuk dari Pas berpandangan sebaliknya.
Agak berbeza dengan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)yang beranggapam Azan tidak ubah hanyalah ibarat pengetuk gong yang hanya merancakkan sahaja isu yang dibawa oleh orang yang berada sekapal dengannya,” tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Suhaimi Sulong.
Secara umumnya, walaupun loji Lynas didirikan di bumi Indera Mahkota, namun isu itu tidaklah terlalu memberi kesan kepada penduduk Melayu yang membentuk kira-kira 65 peratus pengundi di Parlimen berkenaan yang rata-ratanya jelas dan faham isu berkenaan.
Sebaliknya, kata Suhaimi, apabila pemimpin UMNO turun bertemu penduduk, perhatian mereka adalah di mana Yang Berhormat setempat ketika rakyat ditimpa musibah bencana alam seperti banjir dan ribut.
‘‘Inilah yang saya selalu kata, Yang Berhormat kita ini wakil rakyat bermusim. Dia hanya guna isu Pusat dan isu iringan sekitar untuk mengalihkan kerja kebaktian kepada rakyat. Ini termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah dari Pas yang turut tidak dirasai peranannya,” jelasnya.
Hakikatnya Lynas bukanlah suatu isu yang relevan kepada majoriti pengundi di Parlimen berkenaan yang terbahagi kepada dua DUN yang berbeza landskap penduduknya iaitu Beserah dan Semambu.
Sebaliknya, pengundi di Indera Mahkota khususnya DUN Beserah yang sebahagiannya meliputi perkampungan nelayan melihat isu asas yang lebih dekat kepada mereka terutama soal hak milik tanah dan kebajikan.
Mengulas isu ini, Suhaimi berkata, soal hak milik tanah memang tidak dapat dipisahkan dengan pengundi Melayu di DUN Beserah yang kira-kira 40 peratus terdiri daripada masyarakat nelayan dan pekerja berpendapatan rendah.
‘‘Alhamdulillah isu tanah ini diberi perhatian secara serius oleh kerajaan negeri yang saya percaya ia mampu menjadi pemangkin untuk menarik pengundi khususnya di DUN Beserah kembali kepada BN.
‘‘Selain itu, bagi UMNO bahagian sendiri termasuk sayap Pemuda kita tidak pernah meninggalkan mereka, kita terus beri khidmat bakti kepada penduduk yang pada masa sama kita menjadi jambatan penghubung kepada agensi kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah mereka,” ujarnya.
Hakikatnya, UMNO berada di landasan tepat untuk mendapatkan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota yang merupakan satu daripada dua kerusi Parlimen yang terlepas kepada pembangkang pada PRU-12 lalu di Pahang.
Dan seperti mana yang selalu diungkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, peluang BN di Indera Mahkota adalah lebih cerah walaupun kedua-dua kerusi itu bukan mustahil dijadikan biru semula.
Jika kena dengan ramuannya termasuk calon boleh menang dan ditambah isu Pusat yang memihak BN berbanding 2008, Indera Mahkota adalah sasaran realistik malah rekod 2004 yang dimenangi wakil BN, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dengan majoriti 14,229 undi menunjukkan Indera Mahkota bukan kubu sesiapa. - Suara Kuantan
No comments:
Post a Comment