PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Thursday, December 22, 2011

Formula yang baik untuk merampas kerusi DUN Pasir Panjang

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada Umno dalam satu proses pertukaran kerusi.

"Ini sudah dipersetujui MIC," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini pada Rabu.

Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan Umno kepada MIC sebagai ganti.

Sebelum ini, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, calon MIC Dr S. Vasan tewas kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan majoriti 4,474 undi.

Mengulas perkara berbeza, Zambry berkata Barisan Nasional (BN) Perak telah mula mengenal pasti calon berpotensi bagi pilihan raya umum ke-13 dan proses itu akan dilakukan secara berterusan.

"Kami telah mengenal pasti sebahagiannya dan akan meneruskan proses untuk yang selebihnya. Kita juga telah menggerakkan calon berpotensi di akar umbi. Saya rasa penduduk kawasan terbabit telah merasai kehadiran mereka ini," katanya.

Mengenai isu anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bertindak menurunkan bendera dengan gambar Perdana Menteri kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti baru-baru ini, Zambry berkata pergerakan itu perlu minta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga menyifatkan perbuatan tersebut tidak beradab dan bertentangan dengan prinsip kenegaraan.

"Walaupun saya berpendirian kebebasan bersuara mahasiswa tidak boleh disekat, namun saya percaya ia perlu dilakukan dalam lingkungan adab.

"Kalau dia jadi mahasiswa konstruktif yang berpegang kepada nilai-nilai budaya dan semangat mahasiswa yang sentiasa ada adab, maka dia perlu mohon maaf," katanya.

- BERNAMA

Sunday, December 18, 2011

Penyokong tegas PAS di Bachok menyertai UMNO

Seramai 120 penyokong Pas tegar di Kampung Beoh di sini berpaling tadah apabila mereka secara beramai-ramai keluar dari parti itu untuk menubuhkan cawangan Umno baru di kampung berkenaan, hari ini.

Borang penyertaan mereka diserahkan oleh ketua kumpulan itu Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk kampung berkenaan.


"Dulu saya menyokong Pas 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita hasrat itu tidak tercapai," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang berkenaan.

Beliau berkata penyertaannya dalam Umno kerana inginkan perubahan kerana Pas ternyata gagal untuk melakukannya walaupun diberi peluang memerentah Kelantan hampir 22 tahun.

Mohd Nor berkata masih ramai lagi pengikutnya akan mengikuti jejaknya kerana inginkan perubahan yang mampu dilakukan oleh Umno.

Rakannya, Mohd Shafie Mohd Nor, 34, berkata beliau merasa kecewa kerana perjuangan Pas hanya lebih mementingkan kehidupan di akhirat dengan mengabaikan kehidupan di dunia.

"Kita mahukan kedua-duanya sebagaimana yang dituntut oleh Islam," kata Shafie yang sebelum ini menyertai Pas lebih 10 tahun lepas.

Sementara itu Dr Awang berkata, pihaknya gembira kubu kuat Pas sebelumnya telah dapat ditembusi hasil kerja keras anggota Umno menerusi gerakan gelombang merah.

Beliau berkata permohonan mereka akan diproses segera bagi membolehkan mereka menubuhkan cawangan baru yang akan diberi nama cawangan Umno Redang untuk menjadikan jumlahnya ke 151 cawangan dalam Umno Bahagian Bachok.

Katanya selain itu pihaknya juga sedang memproses sembilan lagi permohonan untuk menubuhkan cawangan baru Umno yang akan disertai 1,300 anggota sebahagian besarnya anggota Pas.

--KELATEKITO.NET

Sunday, December 11, 2011

Gerhana bulan penuh yang dirakam di Planetarium Negara

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.


Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

8.00PM di PN

9.15PM di PN

9.21PM di PN

10.07PM di PN

10.38PM di PN

10.46PM di PN

10.53PM di PN

10.55PM di PN

11.34PM di PN

12.02AM di PN (11/12/2011)

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.

Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

- SUMBER

Wednesday, December 07, 2011

Bilamana 'Bible' menjadi panduan Azmin Ali

Ramai juga di kalangan pemerhati PAS yang hadir di Kongres PKR baru-baru ini keliru dengan arah pemikiran Azmin Ali. Ramai yang perasan. Ramai juga yang tidak. Tapi kebanyakan pemerhati PAS mula memandang sesama sendiri.

Apa ‘reference’ Azmin Ali waktu mengutarakan pandangan bahawa PKR – adalah mereka yang tergolong dalam kelompok – Children of Light; sementara UMNO lebih layak digelar sebagai ‘Children of Darkness’.

Seorang pemerhati PAS, yang juga belajar dalam ‘Comparative Religion’ di IIUM; mula geleng kepala dan tidak bersetuju. Penulis bertanya, apa yang dia tidak sependapat?

Dia mula mengatakan bahawa istilah ‘children of light’ ini hanya terdapat dalam agama Kristian!



Seorang pelajar Phd IIUM mula memberikan arguments bahawa istilah yang digunakan Azmin Ali memang mempunyai konotasi Kristianiti yang sangat nyata.

Apa halatuju Azmin ini sebenarnya? Apakah Azmin sudah terlalu terbuai dengan pemikiran ultra liberal sehingga mula menggunakan istilah Kristian sewaktu membawa argument politik? Ini semua perlu ditegur oleh PAS.

Contoh:-
Believe in the light, that ye may be the children of light.
John 12:36

Isaiah 42:6
“I, the LORD, have called you in righteousness; I will take hold of your hand. I will keep you and will make you to be a covenant for the people and a light for the Gentiles.

Isaiah 42:16
I will lead the blind by ways they have not known, along unfamiliar paths I will guide them; I will turn the darkness into light before them and make the rough places smooth. These are the things I will do; I will not forsake them.

Isaiah 49:6
he says: “It is too small a thing for you to be my servant to restore the tribes of Jacob and bring back those of Israel I have kept. I will also make you a light for the Gentiles, that you may bring my salvation to the ends of the earth.

Apakah ini asas arguments Children of Light yang dinyatakan oleh Azmin Ali???

SUMBER : BLOG DR MIM

Aziz Bari : Mana yang sesuai join PKR atau masuk lubang kubur?

Terpulang kepada kamu Aziz Bari samada nak masuk PKR atau lubang kubur atau masuk apa-apa saja asalkan jangan menjadi penyangak undang-undang di negara ini. Tapi pentas yang dikira sesuai dengan profesor kangkung ni mungkin PKR kerana dengar khabar Anwar sudah menjanjikan tempat untuk Aziz Bari untuk menjadi calon parti itu pada PRU akan datang.


Nak tahu selanjutnya baca DISINI.

Saturday, December 03, 2011

Makluman : Borang bantuan isi rumah RM500 boleh didownload di laman sesawang LHDN

Bagi yang ingin mendapatkan borang Bantuan Isi rumah RM 500 yang disediakan secara percuma, ada beberapa cara bagi anda mendapatkan borang tersebut. Yang penting, borang tersebut adalah percuma.! Jangan tertipu dengan sendikit yang menipu orang ramai yang menyatakan borang tersebut perlu dibayar. bagi yang ingin mendapatkan secara online, Anda boleh download borang tersebut melalui laman web rasmi LHDN.


LAYARI WEBSITE LHDN DISINI

Borang percuma ini boleh didapati secara percuma bermula 10 Disember 2011. Justeru itu, kepada sesiapa yang berkenaan diharap jangan tertipu oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Tahniah kepada kerajaan.

Video : Sebelum dan selepas banjir kilat di Kajang

Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang semalam mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.





Ini video yang sempat dirakam oleh pemilik telefon bimbit selepas kejadian banjir kilat yang berlaku di bandar Kajang, Selangor.

Friday, December 02, 2011

Kali ini PKR pula yang menghina India sebagai pemabuk

Masih panas lagi isu MB Perak dihina oleh Nga Kor Ming sebagai 'Hitam Metalik' yang turut mengundang kemarahan kaum India di negara ini. Satu lagi penghinaan ke atas kaum India di negara ini oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengaibkan Gobalakrishnan, AP Padang Serai dengan gelaran, pemabuk dan hanya bertaraf sekolah rendah.



Sumber : AIDC

Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan melahirkan kemarahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi gelaran yang menghina sebagai ‘berpendidikan rendah’ dan ‘pemabuk’ ketika beliau meminta laluan untuk bercakap di Dewan Rakyat.

“Pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum” kata Anwar kepada ahli parlimen Bebas itu.

Marah dengan gelaran itu, Gobala meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenakan Tindakan Perintah Tetap kepada Ketua Pembangkang itu.

“Dia kata saya mabuk! Anwar kata saya telah mabuk! Saya minta supaya Perintah Tetap dikenakan kepadanya!”, jerit Gobala.

Nik Aziz layak digelar sebagai nabi dikalangan PAS

Macam-macam cerita pasal pembangkang dalam sehari dua ni yang boleh dikira agak menarik untuk dikongsi. Mulanya mungkin pembangkang merasakan tindakan itu memberi kelebihan kepada mereka tetapi apakan daya akhirnya tertelan air liur sendiri.

Paling teruk hingga ada dikalangan penceramah PAS yang berani menjulang Nik Aziz setaraf dengan nabi. Riak! takbur! sombong itulah istilah yang sesuai diberikan kepada penceramah muda PAS yang hanya bercakap mengikut hawa nafsu tanpa berdaarkan nas-nas serta dalil.

Jika benar Nik Aziz setaraf nabi kenapa sampai sekarang Nik Aziz hanya diberi geralan Mursidul Am yang belum tentu lagi 'Mursyid' dan tidak menggelarkannya sebagai Nabi Nik Abdul Aziz Nik Mat???. Apa lagi perkataan yang sesuai untuk saya gelarkan penceramah muda ini selain daripada penceramah bertaraf sesat lagi menyesatkan.

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox