PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Friday, December 02, 2011

Kali ini PKR pula yang menghina India sebagai pemabuk

Masih panas lagi isu MB Perak dihina oleh Nga Kor Ming sebagai 'Hitam Metalik' yang turut mengundang kemarahan kaum India di negara ini. Satu lagi penghinaan ke atas kaum India di negara ini oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengaibkan Gobalakrishnan, AP Padang Serai dengan gelaran, pemabuk dan hanya bertaraf sekolah rendah.



Sumber : AIDC

Ahli Parlimen Bebas kawasan Padang Serai N Gobalakrishnan melahirkan kemarahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi gelaran yang menghina sebagai ‘berpendidikan rendah’ dan ‘pemabuk’ ketika beliau meminta laluan untuk bercakap di Dewan Rakyat.

“Pendidikan rendah, masuk dewan jangan minum” kata Anwar kepada ahli parlimen Bebas itu.

Marah dengan gelaran itu, Gobala meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenakan Tindakan Perintah Tetap kepada Ketua Pembangkang itu.

“Dia kata saya mabuk! Anwar kata saya telah mabuk! Saya minta supaya Perintah Tetap dikenakan kepadanya!”, jerit Gobala.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox