PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, May 17, 2012

Isu muzakarah dan Hudud sebenarnya muslihat terbaru parti PAS

Apa muslihat PAS kali ini sehingga ketiga-tiga tokoh pimpinan pusat bermula daripada Presiden Hj Hadi Awang, Mursidul Am Nik Aziz Nik Mat sehingga kepada Naib Presiden Mahfuz Omar asyik membicarakan soal muzakarah mengenai hala tuju parti itu dengan pihak luar termasuk UMNO?. Jika diimbas kembali pada PRU yang lepas, topik yang sama turun dimainkan oleh PAS iaitu melibatkan muzakarah antara PAS dan UMNO terutama sekali melibatkan soal hala tujua parti itu.

SINAR HARIAN 16/5/2012

Secara peribadi saya beranggapan bahawa PAS hari ini dilihat semakin terdesak ekoran pelbagai isu yang melanda parti itu sehingga memberi persepsi buruk dikalangan masyarakat. Terlalu banyak isu-isu yang melibatkan hala tuju parti itu yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada trend sokongan rakyat terutama sekali golongan yang dianggap 'pemerhati' dan pengundi senyap.

Berbalik kepada isu muzakarah yang kononnya diberi ruang oleh parti PAS kepada UMNO boleh saya katakan sebagai tindakan yang begitu terdesak semata-mata untuk menutup kelemahan dan kesonsangan parti PAS sejak akhir-akhir ini. PAS sebenarnya sudah tahu bahawa kepercayaan masyarakat semakin pudar  tambahan pula mereka seringkali dilabelkan sebagai 'Pak Turut' kepada rakan pakatan dari PKR dan DAP. Situasi ini amat jelas sekali apabila mengiyakan perhimpunan Bersih 3 pada 28 April yang lalu walhal mereka tahu perhimpunan itu akan mencetuskan keadaan huru hara.

Justeru itu, bilamana topik muzakarah  ini diketengahkan sedikit sebanyak menyejukkan sedikit perasaan marah sebilangan pengikut PAS terhadap parti itu secara tidak langsung dapat memulihkan kembali kepercayaan rakyat. Sebab itu, tidak hairan ada sebahagian besar pengikut parti PAS kini sudah berpaling tadah dan tidak lagi aktif dalam kerja parti.

Tambahan pula PAS kini telah berpecah dua iaitu satu kumpulan yang masih setia memperjuangkan dasar-dasar Islam manakala satu lagi kumpulan yang dianggap proksi kepada PKR dan DAP. Kumpulan yang menjadi telunjuk DAP dan PKR yang diketuai oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar akan tetap berjuang habis habisan tidak kira dengan apa perkara sekalipun asalkan dapat melangkah ke Putrajaya.

SINAR HARIAN 17/5/2012

Manakala kumpulan yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak iaitu Harun Taib masih istiqamah untuk melaksanakan Hudud sekiranya berjaya memerintah. Pertembungan idea dan hala tuju oleh kedua-dua kelompok dalam PAS ini tidak boleh disembunyikan lagi dan sehingga kini masih belum ada peyudahnya.

Akibatnya PAS kini terpaksa dipandu arah oleh dua nakhoda meskipun mereka dalam satu kapal. Yang paling memeningkan kepala sudah tentu Presiden Hj Hadi dan Mursidul Am Nik Aziz. Kedua-duanya tersepit untuk membuat keputusan bagi memenangi hati kedua-dua pihak yang bertelagah.

Yang jelas fenomena ini merupakan satu lagi skrip terbaru ciptaan PAS dalam usaha meraih sokongan rakyat apatah lagi melibatkan sokongan pengikut mereka sendiri yang sudah bosan melihat parti itu ditendang terajang oleh PKR dan DAP. Justeru itu, saya tidak hairan jika isu muzakarah dan Hudud kembali dimainkan oleh PAS bilamana tarikh PRU-13 sudah hampir tiba.

P/S : Jika Allahyarham Dato Fadhil Noor masih hidup, sudah tentu perkara sebegini tidak berlaku dalam PAS sementelah untuk bersatu dengan DAP!!!

5 comments:

  1. so org UMNO jgn terlalu excited yer???

    ReplyDelete
  2. ...tapi para pemimpin atasan PAS kebanyakannya lebih sayangkan DAP dan Anuuwar Al Jubb dari UMNO

    ReplyDelete
  3. ADE UDANG DISEBALIK MEE NIE!!WASPADA DAN BERHATI2..AKU X PERCAYA....

    ReplyDelete
  4. jenis manusia cakap macam lepas batuk ditangga..cakap tak serupa bikin..bila dah ramai tak suka mula cari alasan...boleh agak dah jenis parti pas x leh pegang janji

    ReplyDelete
  5. Besok2 kalau UMNO tak layan muzakarah tersebut, maka akan di canangkan ke seluruh pelusuk negara bahawa UMNO menolak perpaduan....skrip lama di ulang kembali dek kerana sokongan melayu Islam dah jauh dari PAS, maka dok canang semula muzakarah...pi mampus la PAS...sebesar kepala keretapi pun serban nik aziz kalau di lilit, satu inci pun tak boleh percaya keikhlasanya...haramjadah punya PAS..what else i can say..but i likeeeeeeeee

    ReplyDelete


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox