Di lokasi sama, pihak berkenaan yang kebanyakannya 'orang luar' berkempen mempengaruhi penduduk tempatan supaya menolak cadangan pembangunan kawasan Perindustrian Gebeng bagi menempatkan industri petrokimia kerana ia berbahaya kepada kesihatan.
Lebih teruk lagi, mereka menakutkan penduduk bahawa harga tanah akan jatuh sehingga menyebabkan ada penduduk menjual tanah mereka pada harga murah bagi mengelak kerugian.
Keadaan itu menyebabkan penduduk tersebut 'sesal tidak sudah' apabila menyaksikan tanah dijual pada harga serendah RM20,000 untuk 0.4 hektar kini sudah mencecah nilai pasaran semasa RM400,000.
Justeru, mereka tidak menolak kemungkinan kesilapan lalu boleh berulang dalam kes kilang memproses nadir bumi Lynas hari ini.
Seorang nelayan di Balok, Harun Mohamad, 66, mengakui begitu menyesal apabila percaya kata-kata pembangkang ketika itu dengan menjual tanah miliknya di Seberang Balok dengan keluasan 0.4 hektar atau seekar pada harga RM20,000.
"Saya akui sungguh menyesal kerana jika saya tidak menjualnya, pasti saya boleh mengusahakannya dan tidak perlu terus turun ke laut seperti sekarang.
"Apa yang membuatkan saya terkilan ialah nilai tanah tersebut kini meningkat menjadi RM400,000 seekar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di jeti nelayan kampung Balok, di sini baru-baru ini.
Menurut bapa kepada empat anak ini, bertambah kesal apabila dia terpaksa membeli pula rumah lain di kawasan itu.
Bagi Yahya Abdullah, 86, dia pula menjual tanah seluas dua ekar atau 0.8 hektar di Balok Makmur kepada pemaju perumahan ketika itu untuk membangunkan kawasan perumahan.
"Memang murah tetapi disebabkan memikirkan cakap-cakap orang ketika itu bahawa harga tanah akan jatuh, maka saya membenarkan mereka mengambil tanah saya.
"Cuma, saya bernasib baik sebab diberikan sebuah rumah daripada projek perumahan yang dibangunkan di atas tanah saya," katanya yang mempunyai 14 cahaya mata.
Tambahnya, apa yang dikesalkan ialah arwah bapanya menjual tanah seluas 1.2 hektar akibat risau dengan apa digembar-gemburkan ketika itu.
"Sehingga sekarang saya tak tahu arwah ayah jual kepada siapa dengan harga RM38,000 seekar ketika itu kerana sehingga sekarang ia tidak dibangunkan.
"Setiap kali melalui kawasan itu, saya cukup sedih kerana tahu tanah itu pernah menjadi milik arwah ayah tetapi kini hanya ditumbuhi semak-samun," jelasnya.
Sementara itu, bagi seorang penduduk, Abdullah Mat Ali, 49, cukup-cukuplah pihak pembangkang menakutkan penduduk kampung, sedangkan pembangunan di kawasan itu akhirnya membawa banyak kebaikan kepada penduduk dan masyarakat di Pahang.
"Apa yang saya perhatikan Balok jauh berbeza dari dahulu dan memang tak jangka membangun dengan pesat. Dengan adanya kilang berteknologi tinggi, ia adalah jaminan pekerjaan kepada kami," katanya.
- Utusan Malaysia
Kepada semua rakyat Malaysia walau di mana pun mereka berada (dalam negeri - desa atau bandar dan luar negara) ingatlah dan sedarlah....pembangkang khasnya PKR, DAP dan kini PAS) SEMEMANGNYA TIDA BOLEH DIPERCAYAI.....SAMPAI DUNIA KIAMAT....
ReplyDelete