PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, April 06, 2012

Bersih 3 : Campurtangan pihak asing memilih Dataran Merdeka

Rasanya tak perlu nak berteka teki lagi….saja nak buat riuh.. saja nak buat gamat untuk tarik perhatian orang ramai kepada mereka. Itulah nampaknya akal puak-puak pembangkang apabila umum hendak buat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.

Pemilihan tempat bersejarah itu sudah mengambarkan nawaitu mereka untuk cetus provokasi. Kata orang sudah tahu tidak boleh di situ tetapi nak juga.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sendiri awal-awal sudah kata, Dataran Merdeka TIDAK termasuk dalam kawasan yang digazet untuk mengadakan sebarang perhimpunan aman.

Jadi faham-fahamlah apa jadinya nanti apabila permintaan ditolak, mereka akan buat riuh lagi, tuduh itu ini dan bangkitkan kemarahan juga keghairahan penyokong mereka untuk ‘beraksi’.

Macam dulu juga, masa Bersih 2.0, bila Perdana Menteri umum sedia runding untuk benarkan puak-puak Bersih 2.0 buat perhimpunan awam di kawasan tertutup macam stadium.

Terus melompat berkeras hendak guna Stadium Merdeka dan apabila tidak dibenarkan, rempuh juga tidak kira apa nak jadi.

Yang peliknya, kenapa tidak buat di Stadium Shah Alam... Mudah parking, mudah orang hendak pergi, mudah pihak berkuasa kawal lalu lintas...

Lagipun kerajaan Selangor yang memerintah kini adalah kerajaan pembangkang, jadi secara simboliknya, buatlah di Selangor, duduklah, bantahlah, dari pagi sampai malam pun tak apa, kalau larat…

Kenapa mesti pilih di pusat bandar yang sibuk, yang jika diadakan bakal menyusahkan semua pihak...

Orang yang waras, peniaga, rakyat yang tidak berkepentingan sila buka mata luas-luas tengok macam mana pembangkang menyusahkan mereka.

Pembangkang bukan hendak mencari penyelesaian kepada masalah, tetapi sengaja mahu burukkan negara, burukkan imej Malaysia yang dari segi jangka panjangnya merugikan kita semua.

Mengenali Anwar Ibrahim, yang cukup hebat dalam bab berpidato ini siapa boleh tolak kemungkinan kalau beliau sudah berangan –angan nak jadikan Dataran Merdeka jadi macam Dataran Tahrir di Mesir.

Ingat balik berapa kali sudah beliau mewar-warkan tentang Arab Spring.

Orang ramai duduk berhari-hari tidak balik, rosak ekonomi, apabila pihak berkuasa hendak suraikan, jadi pertembungan, nampak pihak berkuasa zalim.

Anwar memang hendak jadi hero menerusi cara ini, sebab beliau tahu, kalau berdasarkan demokrasi ‘tenang-tenang' beliau tidak akan mimpi nak capai impian jadi Perdana Menteri.

Bukan kerana di Malaysia tidak ada demokrasi, tetapi beliau sendiri tahu beliau bakal ditolak dalam proses tersebut.

Majoriti rakyat tidak mahu PM yang ada video seks 99.9 peratus tulen, majoriti rakyat tidak mahu kerajaan yang hanya tabur janji tapi apabila gagal laksanakan salahkan kerajaan terdahulu. Majoriti rakyat tidak mahu ditadbir oleh parti yang bergabung demi kuasa, semata-mata, bukan kerana kepercayaan dan idelogi politik.

Anwar tahu itu, beliau ahli politik lama, jika benarkan proses demokrasi berlaku di Malaysia, pilihanraya berlangsung dengan aman dan lancar, beliau akan kehilangan semuanya.

Sebelum impian hendak jadi Perdana Menteri berkecai cara mudah adalah bakar hati rakyat, bangkitkan kemarahan orang muda. Tolak demokrasi, mulakan revolusi.

Itulah impian Anwar dan kuncu-kuncunya… apabila mereka memilih hendak buat kecoh di Dataran Merdeka 28 April ini 



- Agenda Daily

4 comments:

  1. Secara terang-terang sesiapa yang hadir pada tarikh tersebut lebih teruk sikapnya dari keldai dan unta padang pasir..manatidaknya,dah tentu habis duit,buang masa,buang tenaga dan yg penting sekali menyusahkan orang ramai.BABI pun tak bodoh macam korang ni!

    ReplyDelete
  2. Setuju boss,nak Bersih apa?nama kononnya NGO-ngo tak puashati tapi realitasnya parti politik yang tak pernah dapat kuasa memerintah malaysia yang jolok juak-juak terkecewa. Lihatlah keliling kita negara Islam berdemo tak selesai apa perkara pun. makin teruk ada le.

    ReplyDelete
  3. Memang kita nak bersihkan yang kotor2 tu. siapa makan cabai dialah yang pedas boss.

    cili padi, Parit.

    ReplyDelete
  4. Aku tgk mcm beruk bila peserta bersih naik atas kereta polis......Aku rasa sapa yg pi bersih dh bengong n malu pd mak bapak

    ReplyDelete


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox