PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, April 02, 2012

Hot! Dr Hassan Ali dedah video pasangan murtad di Selangor

Sayang sikit,Datuk Dr Hasan Ali tidak membenarkan media menyiarkan video pengakuan seorang lelaki dan wanita Melayu mengenai gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini yang ditayang beliau kepada media tengahari Isnin.

Jika tidak tentu orangramai dapat mengikuti sendiri dari dekat bagaimana macam-macam taktik digunakan oleh gerakan ini untuk tujuan itu.


Bekas Exco Selangor itu tidak membenarkan media menyedut video itu untuk ditayang semula kerana ia melibatkan soal kerahsiaan identiti orang yang membuat pengakuan itu.

Ramai wartawan dan jurugambar hadir pada sidang media berkenaan yang diadakan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur.


Lelaki dan wanita Melayu yang membuat pengakuan dalam video selama 46 minit itu merupakan pasangan suami isteri.

Mereka yang kini sudah berjaya diIslamkan semula antara lain mendedahkan taktik yang digunakan termasuk mendekati kanak-kanak beri apa yang mereka hendak da juga ibu tunggal yang bermasalah.

Gerakan ini juga didakwa mengunakan taktik 'menyamar' sebagai NGO yang hendak membantu orang Melayu.

Lelaki Melayu itu juga menceritakan dia sudah bersua dengan sekitar 400 orang Islam yang murtad.
Itu baru mereka yang ditemuinya sahaja dan mungkin ada kumpulan-kumpulan lain.

- Agenda Daily

7 comments:

  1. Kalau benarlah apa kata hassan ali mengenai rani osman, bincang pasal pengundi hantu lebih baik daripada bincangan pasal orang melayu murtad, makanya sama seperti kita termasuk dalam golongan orang yang kufur..nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Mereka hanya tahu mempertikaikan tindakan orang lain sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa - apa untuk membasmi perkara tersebut. Itu yang dikata sebagai pejuang?

    Adakah mereka tidak sedar betapa besarnya hukuman bagi umat Islam yang murtad dan telah meninggalkan agama suci ini? Itu pu diorang boleh pejamkan mata?

    Alamat lingkupla selangor kalau macam ni jadinya

    ReplyDelete
  3. tak sangka Pas akan menjadi sesat sehingga sebegini rupa...hanya kerana undi dan kuasa

    baru diuji sedikit oleh Allah swt Pas terus hanyut

    ReplyDelete
  4. Hasan Ali kata parasit2....nuh yg setan2 lebai PAS N.Ajis, Babi Awang, Mat Sabun tuh kenapa tak dilaknat????

    Kenapa dok sibuk meperbetulkan PARTI AJARAN SESAT!!!! Cakap je pi mampus dgn PAS!!!!

    ReplyDelete
  5. Sebab lebai tu semua aku dapat rasa dah kena ikat dengan tali jampi DAP dan PKR bro...Hudud dah tak kemana lagi, Islam dibuang ketepi, kebajikan yang didamkan, sebenarya temberang belaka. Semua kerajaan dah buat tak payah nak bercakap soal keadilan dan kebajikan rakyat. Hidup PR hanya dalam dunia berpolitik, mencaci fitnah orang. Rakyat habuk pun tarakk..

    ReplyDelete
  6. Isu murtad perlu ditangani secara serius, tanpa batasan politik, namun orang tahu motif dan niat HA.

    ReplyDelete
  7. Nak buat2 jerlaa...kenapa nak publisiti lak...amal tu nak kena cerita ker...tapi persoalannya,pasangan yang didedahkan ini,dipaksa atau mereka rela hati memeluk agama kristian,jika dipaksa..boleh disalahkan pada pihak gereja tapi jika kerelaan...

    dedah...jangan tak dedah...berbelas negeri yang ada di malaysia ini dedahkan semua sekali...itu pun kalau..benar iklas liliahitalla...tapi x taulah kalau kerana sakit hati...

    ReplyDelete


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox