Sehubungan itu Datuk Siti Nurhaliza
Taruddin mendedahkan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K agak
tertekan selepas timbul gosip kononnya suami beliau itu telah
menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon popular, Rozita Che Wan di mstar online
Siti berkata, disebabkan suaminya
seorang ahli korporat, beliau sering berjumpa dengan klien dan mereka
kerap bertanyakan desas-desus berkenaan sehingga membuatkan fikiran
Datuk K benar-benar terganggu
“Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan,” ujarnya kepadam Star Online selepas ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza – Istimewa Hari Ibu di sini pada Isnin
“Saya kenal siapa Datuk K kerana dan sepanjang perkahwinan kami belum pernah ada perasaan sangsi di antara satu sama lain. Tambahan pula, kami sering bersama,” ujar Siti
Jelas Siti, ketika gosip tersebut
tersebar dia tidak pernah bertanyakan perkara itu kepada suaminya kerana
menganggap ia sebagai satu fitnah semata-mata.
CERITA BAB ARTIS MEMANG TAK HABIS-HABIS PASAL GOSIP......KERJAYA KEJAR GLAMOUR ATAS DUNIA...TAK GITU BRO?
ReplyDeleteBIASA LA KLAU KITA DAH PERNAH AMBIL HAK ORANG , KALAU KINI ORANG LAIN NAK AMBIL APA NAK DI KISAHKAN KENALAH TERIMA HAKIKAT PASAI APA NAK TAKUT. KITA MANUSIA BIASA JGN SANGKA SEMUA KEHENDAK KITA DAPAT DIPENUHINYA. OLEH ITU INGAT2LAH WAHAI UMATNYA .
ReplyDelete