PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Saturday, March 10, 2012

Projek bernilai RM500 juta oleh pelabur dari negara China di Perak

Batu Gajah bakal menjadi pusat industri pembuatan koc dan servis kereta api yang menawarkan perkhidmatan bukan sahaja di peringkat Malaysia tetapi juga merentasi rantau Asia Tenggara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata untuk pelaburan awal, kumpulan pelabur dari China akan membangunkan projek itu dengan kos RM500 juta.


“Untuk fasa awal, ia membabitkan kos bernilai RM500 juta dan dijangka meningkat hingga RM1 bilion untuk fasa seterusnya.

“Selain itu, kita jangka ia dapat menyediakan kira-kira 500 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Projek ini merupakan pelaburan asing yang membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuklah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Industri dan Antarabangsa (MITI) yang sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan pelabur China,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan projek itu dan perbincangan antara kedua-dua pihak sudah di peringkat akhir.

“Ketika ini, peringkat perbincangan sudah di peringkat akhir dengan syarikat CSR Corporation Limited dan saya akan membuat pengumuman rasmi berkaitan projek ini dalam terdekat,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan singkat dengan sekumpulan pegawai syarikat berkenaan di Sitiawan, hari ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri katanya, sudah menerima laporan daripada jabatan berkaitan berhubung kegiatan perlombongan bijih timah secara haram di Grik yang didedahkan media massa baru-baru ini.

“Saya sudah menerima laporan berkaitan kegiatan itu dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya lagi.

- Perak Today

2 comments:

  1. Tahniah Kerajaan Negeri Perak....tapi kenapa pilih Batu Gajah...lubuk DAP!!!

    Selain dari 500 peluang pekerjaan, ada ke lain-lain faedah kepada Kerajaan Negeri? Tanahnya tanah Kerajaan Negeri ke atau tanah persendirian?

    Dalam hal seperti ini, cara Kerajaan Johor 'deal' dengan pelabur luar boleh dijadikan contoh...iaitu dengan menawarkan 'equiti' tertentu kepada salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri, dengan itu, adalah TRANSFER OF TECHNOLOGY kepada pengurus dan usahawan tempatan.

    Kalau tak ada elemen ini, tak tahu le apa nak dibanggakan...

    ReplyDelete
  2. 500 juta projek labu labi masuk poket suku juta nak bagi geng cina di pangkor..tak jujur

    ReplyDelete

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox