PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, March 06, 2012

Pemimpin PAS melabelkan MB Kedah hanya sebagai 'tunggul kayu'

Setelah perbincangan dibuat beberapa kali akhirnya kata sepakat dicapai hasil pertemuan antara pihak bertelagah antara MB, Datuk Seri Azizan dan Dato Pharolrazi untuk menyelsaikan kemelut yang berlaku dalam kerajaan negeri. Saya amat yakin dan percaya kenyataan daripada kedua-dua pihak bahawa masalah pertelagahan sudah selesai hanyalah retorik dan telah dirancang awal oleh pimpinan PAS Pusat untuk menutup kelemahan parti itu. Umum sudah mengetahui cerita ini dan tidak boleh ditutup dengan kenyataan yang begitu dengkel seolah-olah kedua dua pihak kembali berbaik seperti sediakala.

Setelah dibelek dalam media pembankang, istilah yang digunakan oleh pemimpin tertinggi PAS Pusat hampir sama bermula daripada presiden sampai kepada setiausaha Agong mengatakan perbalahan yang berlaku melibatkan Datuk Seri Azizan Razak (MB Kedah) dengan Dato Pahrolrazi (EXCO)'sudah selesai'.

Istilah 'selesai' sebenarnya satu kemenangan kepada Dato Pharolrazi yang menjadi senjata makan tuan kepada Datuk Seri Azizan. Hasrat Dato Pahrolrazi untuk memberi tekanan kepada MB Kedah supaya sedia berundur dari pentas politik sudah berjaya meskipun menerima balik jaawatan EXCO dalam keadaan yang 'tidak rela'. Istilah tidak rela disini merujuk kepada 'paksaan pucuk pimpinan PAS Pusat' supaya menerima kembali jawatan EXCO bagi tujuan yang kita sudah sedia maklum.

Maknanya, keputusan yang dicapai semasa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Alor Star semalam yang dipengerusikan oleh Hj Hadi Awang langsung tidak memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak yang bertelagah. Malah, ianya lebih kepada strategi untuk menutup kelemahan ketara parti itu kepada umum.

Begitu juga dengan nasib yang menimpa Datu Seri Azizan, Menteri Besar Kedah kerana terpaksa mentadbir negeri itu berdasarkan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pemandu diperingkat pusat. Jawatankuasa ini dibentuk oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat kononnya untuk melancarkan pentadbiran negeri sekiranya wujud lagi percanggahan di antara MB dan EXCO.

Dalam ertikata lain, Negeri Kedah bermula semalam ditadbir oleh Menteri Besar yang hanya dilabelkan sebagai 'tunggul kayu' yang boleh dipergunakan pada bila-bila masa oleh Jawanatkuasa Pemandu PAS Pusat. Amat malang apa yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah kerana tidak sepenuhnya memiliki 'kuasa mutlak' dalam menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Kedah.

Siapa yang rugi?? Sudah tentu rakyat di negeri itu kerana pertelagahan yang berlaku dilihat tidak akan berkesudahan dengan baik selagi Datuk Seri Azizan masih menjadi Menteri Besar Kedah.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox