PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Tuesday, March 06, 2012

Bubar DUN selepas PRU-13 : Khalid Ibrahim takut hilang kuasa

AKHBAR berbahasa cina Sin Chiew Daily (laman 1, Edisi Kuala Lumpur/Selangor) semalam melaporkan Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap bahawa DUN Selangor hanya akan dibubarkan selepas Pakatan harami memenangi pilihanraya parlimen (dia nak sebut Pakatan menang diperingkat persekutuan).

Menurut akhbar tersebut, Pakatan harami selesa dengan pembubaran DUN tidak sama dengan pembubaran parlimen. Akhbar sama turut memetik bahawa Khalid yakin Pakatan harami akan menang 30 dari 56 kerusi DUN.

Perghh…dalam dia kata Pakatan hebat sana sini, hanya ramal menang 30 dari 56 kerusi? (Maksudnya Pakatan harami hanya berlebih 4 kerusi sahaja daripada BN – mengikut jangkaan Khalid).

Penulis sudah lama tahu, pembangkang cukup hebat dalam bab propaganda. “Kita boleh menang”, “kita yakin kekal kuasa di Selangor” dan sebagainya tapi dalam masa yang sama ambil keputusan untuk tangguh pembubaran DUN selepas pilihanraya umum berlangsung.

Awalnya dahulu, Khalid kata DUN Selangor hanya akan dibubarkan selepas Jun 2012 - memberi indikasi kalau PRU13 dijalankan selepas Jun, DUN Selangor juga akan dibubarkan sekali. Kononnya nak melaksanakan bajet dan sebagainya.

Tapi kali ini indikasinya berubah, kalau PRU13 dijalankan selepas Jun sekalipun, Selangor akan hanya bubar DUN selepas PRU13 selesai – itu nak diberikan apa alasan pulak?

Penulis tak nampak alasan lain selain menunjukkan bahawa Pakatan harami tidak yakin untuk menang di Selangor, dia propa saja besar.

Semua perlu ingat. bila semua ramalan mengenai tarikh sebenar pilihanraya umum oleh Pakatan haram tidak berjaya diteka, mereka menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebagai pengecut, tapi sekarang, dunia melihat siapa dia sebenarnya yang jadi pengecut.

Bukan kita tapi dia.

Dari sudut positifnya, ini adalah petunjuk yang kuat mengatakan bahawa BN dan UMNO sedang mendahului persaingan untuk menjadi kerajaan semula di Selangor. Penulis yakin, bukan setakat di Selangor, di negeri-negeri yang sedang diperintah pakatan harami, keadaan sama sedang berlaku.

Walaupun Pulau Pinang, keadaannya agak seimbang, tapi percayalah, BN akan menang besar kali ini.

Penulis sebenarnya boleh bahaskan isu ini (mengadakan pilihanraya berasingan) dari sudut pakatan harami yang sibuk mendakwa mereka prihatin dengan wang negara, tapi sebenarnya merekalah yang paling banyak menghabiskan wang rakyat apbila merancang membubarkan DUN tidak sama dengan pembubaran parlimen.

Tapi itu penulis biar untuk rakyat menilaikannya. Lagipun keputusan membubarkan DUN adalah terletak di tangan DYMM Sultan dan Yang dipertua Negeri tersebut, bukan di tangan Menteri Besar.

- Mykmu.net

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox