PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Sunday, March 11, 2012

Rakyat Kelantan kata pemimpin PAS goyang telur

Amat memalukan selepas 20 tahun memerintah kerajaan Pas Kelantan tidak pernah ambil pusing mengenai keadaan rumah rakyat, Flat Buluh Kubu yang terletak di tengah-tengah bandar ini.

Malah gerai-gerai di bawah flat tersebut sehingga hari ini tidak mendapat bekalan air bersih daripada syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sehingga memaksa peniaga terbabit menggunakan telaga boring.

Disebabkan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed turun padang hari ini mengadakan ‘walkbout’ untuk bertemu mata dengan penduduk di situ dan mendengar masalah yang dihadapi mereka.

Bagaimanapun Mustapa menegaskan masalah yang dihadapi penduduk terbabit akan hanya dapat diselesaikan secara total sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat menawan negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya dimaklumkan oleh peniaga di gerai flat Buluh Kubu yang mereka tidak ada bekalan air daripada kerajaan negeri dan terpaksa menggunakan ‘telaga boring’, flat ini terletak di tengah-tengah ibu negeri Kelantan dan ia amat memalukan.

“Begitu juga dengan perumahan rakyat, dua blok flat ini dibina pada tahun 1982 dan 1984 oleh kerajaan BN dan selepas 20 tahun memerintah tidak ada sebuah rumah kos rendah dibina oleh Pas.

“BN hanya memerintah selama 12 tahun di negeri ini tetapi telah meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat negeri ini jika dibandingkan dengan Pas,” katanya.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengulangi janji Perdana Menteri bahawa semua masalah diselesaikan termasuk perumahan kos rendah akan dilaksanakan sekiranya BN menang.

Beliau turut yakin gelombang rakyat, ‘gelombang merah’ akan melanda negeri ini sehingga dapat menawan Kelantan

1 comment:

  1. PAS PUH PISSS TAK BOLEH PAKAI

    ReplyDelete

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox