PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Thursday, October 13, 2011

Sebilangan orang PAS di Kelantan semakin dekat dengan UMNO

Datuk Seri Mustafa Mohamad meluahkan rasa sukacita mengenai perkembangan orang-orang Melayu di Kalantan yang kini semakin dekat dengan UMNO. Pendekatan yang dibawa oleh Perdana Menteri berjaya memukau sebilangan ahli dan penyokong PAS yang selama ini taksub dan setia kepada pimpinan PAS sehingga melihat UMNO sebauha parti yang zalim kepada orang Melayu.


Beliau berkata selain menghadiri program anjuran Umno, ramai penyokong Pas ada masa yang sama telah menyertai Umno.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini...jika dahulu mereka menjauhi Umno tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan. "Ribuan penyokong Pas pula telah menyertai Umno yang membuktikan sokongan kepada Umno semakin pulih," katanya pada program Selamat Tinggal Pas di Kampung Kusial Baharu di sini malam tadi.

Pada majlis itu, 300 penyokong tegar Pas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Mustapa yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata penyokong Pas bertindak menyertai Umno kerana kecewa dengan konflik yang berlaku dalam Pas terutama isu hudud ketika ini.

"Rakyat Kelantan sudah tahu Pas itu siapa dan telah gagal membawa Kelantan dan rakyatnya ke satu kedudukan yang lebih baik," katanya.

Bekas setiausaha Pas Kampung Kusial Baharu, Zahari Hamat, 46, berkata tindakan beliau dan yang lain meninggalkan Pas ialah kerana mereka kecewa dengan segala penipuan licik parti itu yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap pembela rakyat.

"Saya sudah lama dalam Pas, apa yang kami dapat ialah pembohongan demi pembohongan dan sebab itu kami semua berpendapat Umnolah tempat sewajarnya kami berada," katanya.

Rakannya, Kamaruddin Abdul Halim, 48, meminta penyokong Pas yang lain agar menyertai Umno yang jelas mempunyai arah tuju perjuangan.

Katanya niat ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu rakyat jelas dilihat dalam Belanjawan 2012 yang diumumkannya baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox