Ku Li sebenarnya masih berpengaruh di Negeri Kelantan sehingga memaksa Nik Aziz tunduk dan mendengar nasihatnya. Selama 21 tahun memerintah, Nik Aziz dikatakan kerap kali memohon bantuan idea daripada Ku Li dalam merencanakan sesuatu agenda bagi memastikan negeri itu tidak tersasar dalam pertumbuhan ekonomi.
Malahan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mampu menjadi Menteri Besar Kelantan jikalau tidak kerana Ku li. Sebaliknya Nik Aziz hanya mampu menjadi ahli parlimen sahaja.
Mungkin ramai sudah lupa jasa Ku li kepada Kemenangan Pas di Kelantan. Kerana sebab itulah, pemimpin Pas memungkiri janjinya untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Galas 2010. Malahan ada pemimpin Pas cuba memburukkan Ku li dihadapan rakyat Kelantan ketika pilihan raya kecil itu.
Menurut seorang penulis Pas, sejarah perubahan Pas menguasai Kelantan bermula pada 1987 apabila kepimpinan parti, Ustaz Yusof Rawa mengundurkan diri kerana keuzuran pada tahun 1987, maka kepimpinan diambil alih oleh arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan gandingan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai timbalannya.
Dalam masa yang sama Umno juga menghadapi pelbagai krisis kepimpinan, Tengku Razaleigh Hamzah bertembung dengan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan sengit jawatan Presiden Umno.
Menurutnya lagi Pada tahun 1989, Pas diajak bekerjasama dengan Tengku Razaleigh. Bertitik tolak daripada beberapa pertemuan antara kedua-dua parti maka terbentuk satu persefahaman politik baru.
PAS bergabung dengan Angkatan Perpaduan Ummah yang membariskan, Berjasa dan Hamim, manakala disebelah pihak lain dibentuk Gagasan Rakyat yang menggabungkan DAP dan PSRM.
Semangat 46 menjadi orang tengah antara parti Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Idea mewujudkan dua bentuk gabungan yang berbeza ialah dengan tujuan mengelakkan pertembungan antara Pas dan DAP yang bertentangan ideologi.
Bagaimanapun, sejarah politik tidak boleh menafikan kebijaksanaan Tengku Razaleigh yang mampu meredakan ketengangan politik antara Pas dengan DAP, dengan mencapai matlamat yang satu iaitu menumbangkan Umno-BN.
Gabungan parti-parti pembangkang ini memasuki gelangang PRU ke-8 dengan jayanya walaupun tidak cukup kuat untuk memberikan impak untuk menumbangkan BN di peringkat Pusat.
Hasil dari kerjasama ini, PAS dan Semangat 46 menyapu bersih seluruh kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu. Hasil dari kerjasama ini juga PAS kembali menjadi parti yang dominan di Kelantan.
Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada bulan Oktober (1990), sehingga kini sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan. Namun kerjasama dengan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah tidak lama. Menjelang PRU ke-9 pada tahun 1995, Semangat 46 berpecah, beberapa orang pemimpinnya kembali kepangkuan Umno.
Gagasan Rakyat juga tidak kekal kerana DAP membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PAS yang komited dengan ideologi Islamnya.
"Hakikatnya, Pas tidak mampu menang melalui ideologi politiknya tetapi menang kerana kebijaksanaan pemimpin Umno.
"Kini Pas telah lupa sejarah asal kemenangannya dengan merampas tanah rakyat di Gua Musang dan Ku li telah menegur sikap tamakkan wang pemimpin Pas," kata seorang penganalisa politik.
Manakala Nik Aziz mengambil sikap tutup mata dengan menafikan kerajaan Pas Kelantan tidak pernah mengambil tanah rakyat.
"Nantikanlah kemarahan Ku Li, sebagaimana Ku li menaikkan Pas 21 tahun lalu sebegitulah Pas akan dijatuhkan oleh Ku li,"
No comments:
Post a Comment