PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, October 10, 2011

Usia lanjutnya bukan bonus tetapi bala kepada Nik Aziz

Hudud PAS sebenarnya semasa menghadapi pilihanraya semata-mata bukannya satu rangka kerja yang diperhalusi untuk dilaksanakan. Sebenarnya apa yang diperkatakan Nik Aziz mengenai draf Hudud di Negeri Kelantan sebagai omong kosong untuk memperdaya rakyat menyokong parti PAS. Walhal, belum ada lagi golongan ulamak dan profesional dikalangan parti PAS berani bercakap soal draf Hudud yang akan dilaksanakan.


Bila usia semakin tua, semakin kuat Nik Aziz berbohong kepada rakyat dan sesungguhnya ini bukan bonus kepada Nik Aziz tetapi bala dan ujian yang diturunkan Allah kepadanya. Benar sepertimana kata para sahabat nabi, bahawa usia yang panjang sebenarnya pertanda dua perkara iaitu pertama, sebagai bonus manakala yang kedua sebagai bala dan ujian dari Allah kepada hamba-Nya.

Penganalisa politik berkata jika sebelum ini, hudud mereka hanya senyap sahaja namun sejak 1993 hudud diluluskan tidak pernah mereka peduli untuk kemas kini undang-undang sehinggalah mereka dapati sokongan Melayu semakin merosot, Undang-undang hudud sudah dibuat Pas sejak 17 tahun lalu tetapi baru sekarang Kerajaan Pas Kelantan akan membentuk Jawatankuasa Khas Teknikal sebelum melaksanakan hukum hudud di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas itu berkata jawatankuasa itu perlu kerana ia melibatkan masalah teknikal walaupun undang-undang syariah melibatkan hudud itu telah lama diluluskan kerajaan negeri.
“Kita akan menubuhkan jawatankuasa khas teknikal sebelum melaksanakan hukum hudud di Kelantan, dan terpaksa mengambil masa sedikit,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Kerajaan Pas Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II yang melibatkan hukum hidud pada persidangan Dewan Undangan Negeri 1993 dan mendapat sokongan semua anggota, termasuk dua anggota pembangkang Barisan Nasional (BN).
Hakikatnya BN tidak pernah menentang hudud. Cuma Pas sengaja tangguhkan hudud demi memainkan isu agama untuk beli undi orang Melayu.


No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox