PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Monday, October 24, 2011

Peter Butler disebut sebut menjadi pengganti Karathu

TEKA-teki mengenai siapakah jurulatih yang bakal mengemudi pasukan Kelantan untuk musim depan, semakin hangat apabila nama Peter James Butler disebut-sebut untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk M Karathu selepas gagal membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Malah khabar angin mengenai Butler yang bakal kembali menabur bakti bersama The Red Warriors semakin bertiup kencang dalam kalangan peminat setia bola sepak Kelantan sejak Karathu mengumumkan mengundur diri daripada terus melatih pasukan Kelantan pada pertengahan minggu lalu.


Menurut sumber, jurulatih berusia 45 tahun itu yang membawa Kelantan muncul sebagai naib juara Piala FA pada tahun 2009 itu, dijangka tiba di Kota Bharu dalam tempoh terdekat bagi mengendalikan sesi latihan The Red Warriors awal bulan depan.

Malah juga difahamkan: beliau akan menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut, sebaliknya meminta penyokong bersabar mengenai pengumuman siapa jurulatih baru pasukan Kelantan.

“Saya tidak boleh komen lanjut mengenai perkara ini. Biarlah Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa sendiri mengumumkan nama baru yang akan mengemudi pasukan Kelantan musim depan.

“Bersabarlah. Kita tunggulah sedikit masa lagi mengenai pengumuman siapa yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Karathu,” katanya.

:Butler yang berasal dari Halifax, England pernah melatih pasukan Kelantan dua tahun lalu, namun meninggalkan pasukan tersebut seminggu sebelum sepak mula pertandingan Piala Malaysia sehingga mencetuskan kemarahan peminat setia bola sepak negeri ini.

- Sinar Edisi Kelantan

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox