PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Monday, October 24, 2011

Muammar Gadaffi di tembak pemuda 17 tahun

TRIPOLI – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh seorang pejuang anti pemerintahannya yang berusia di bawah umur, lapor beberapa buah akhbar semalam. Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya.

Gaddafi membawa pistol itu semasa dia ditangkap oleh para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di dalam saluran pembentungan di luar bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis lalu selepas beberapa pengikutnya turut terbunuh.

Pistol Gadaffi yang dirampas oleh pemuda 17 tahun 

Dalam kejadian itu, konvoi Gaddafi diserang oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyebabkan dia melarikan diri ke dalam saluran pembentungan tersebut.

“Gaddafi pada mulanya ditangkap oleh para pejuang dari timur,” kata satu sumber.

“Kemudian, kumpulan pejuang Misrata muncul untuk membawanya.

“Kumpulan pejuang dari timur tidak suka dengan (tindakan itu) menyebabkan seorang pejuang menarik pistol Gaddafi dan menembaknya. Kumpulan itu memberitahu kumpulan dari Misrata bahawa anda boleh mengambilnya sekarang,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu memuji pemuda yang membunuh Gaddafi sebagai wira Libya.

“Kami tahu siapa yang membunuhnya. Dia merupakan seorang rakyat Libya. Justeru, kami akan melindunginya. Dia di bawah umur, justeru, dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah,” kata sumber tersebut.

Akhbar Mail Online melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox