Sebelum ini rakyat telah didedahkan dengan penipuan yang dibuat oleh Guang Eng mengenai dakwaan kononnya pelabur yang 'invest' di negeri Johor belum tentu akan selamat jika dibandingkan di Negeri Pulau Pinang. Kenyataan bodoh dan tidak bertanggungjawab ini dikeluarkan Guang Eang semasa majlis makan tengahari bersama Pertubuhan Warga Asing (FCA) pada 12 Ogos 2011 yang lalu di Singapura.
Namun, realitinya apa yang diperkatakan oleh Guang Eng itu sebenarnya indah khabar dari rupa. Ini kerana Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang dikatakan lubuk gangster dan juga pusat jenayah bersindiket paling aktif melibatkan zon utara semenanjung.
Mana tidaknya, bukti jelas boleh diperhatikan sendiri melalui kes terbaru yang melibatkan sindiket samun bersenjatapi menggunakan teksi. Kegiatan ini sudah lama aktif di Pulau Pinang di mana sasaran penjenayah merupakan penumpang dari kalangan warga negara asing. Memang lu banyak bangangg la Guang Eng
GEORGE TOWN - Kegiatan jahat seorang pemandu teksi dan rakannya menyamun pelancong asing dan meninggalkan mangsa di kawasan sunyi sejak beberapa bulan lalu tumpas apabila mereka ditahan dalam operasi khas polis di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Cheong Eu di sini kelmarin.
Kedua-dua suspek berusia 38 dan 58 tahun yang bersenjatakan dua pucuk pistol itu ditahan pada pukul 11.45 malam ketika hendak melakukan jenayah dalam teksi yang dinaiki dari Seberang Perai.
Dalam serbuan oleh anggota Cawangan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu, polis merampas pistol automatik jenis Baretta dan Browning bersama kelopak serta 29 butir peluru kaliber 9mm.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis menemui pistol itu di tepi pinggang dan belakang badan dua suspek itu.
Katanya, modus operandi suspek adalah mengambil penumpang terutama pelancong asing dan membawa mereka ke kawasan sunyi untuk disamun sebelum ditinggalkan.
Jelasnya, mereka yang mempunyai rekod jenayah berkaitan bunuh, curi dan dadah ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
Sumber : Kosmo Online
No comments:
Post a Comment