PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Saturday, October 01, 2011

Hapus kouta Bumiputera hanya cerita rekaan pembangkang

Cerita bahawa sistem kouta untuk kaum Bumiputera akan dihapuskan kerajaan sebenarnya direka oleh pihak pembangkang. Kata Perdana Menteri, untuk lebih berdaya saing pada masa akan datang, tenaga Bumiputera perlu lebih berdikari dan sanggup bekerja dengan orang lain supaya kaum Bumiputera akan lebih dihormati.

Kenyataan ini dikeluarkan Najib ketika sessi kenyataan akhbar pada petang 30 Sep 2011 di Pejabat UMNO Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Isu penghapusan kouta Bumiputera ini telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang ketika Najib berucap di satu majlis Tindakan Ekonomi Melayu baru-baru ini sehingga ianya mencetuskan keresahan dan kekeliruan rakyat.

KUALA LUMPUR, 30 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa kerajaan akan memansuhkan kuota untuk bumiputera dengan menegaskan bahawa apa yang dinyatakan ketika berucap pada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu adalah sebaliknya.

“Saya kata jangan terlalu bersandarkan kuota. Tenaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha dengan orang lain supaya ia akan jadikan kita lebih dihormati. Saya tak sebut sama sekali kuota dimansuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, petang ini.

Najib yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan bahawa anggota MT sebulat suara menyokong keputusan kerajaan untuk memansuhkan dua undang-undang baru dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox