Benarkah cadangan CUEPACS yang ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya had umur persaraan kakitangan kerajaan dilanjutkan kepada 60 tahun telah mengundang kemarahan dan kebencian dikalangan generasi muda?. Ada yang berpendapat cadangan ini sebagai jalan pintas untuk menutup peluang generasi muda berkhidmat dengan kerajaan dan terpaksa menunggu masa yang agak lama bagi mengisi kekosongan jawatan.
Cadangan CUEPACS untuk melanjutkan umur bersara 60 tahun ada baik dan buruknya. Jika kakitangan tersebut mempunyai prestasi yang baik, adalah patut beliau ditawarkan umur bersara 60 tahun kerana boleh menyumbang kepada negara. Namun jika sebaliknya, adalah baik tidak ditawarkan kerana hanya merugikan kepada pengganti jawatan tersebut.
Secara peribadi, cadangan umur bersara 60 tahun hanya layak kepada mereka yang berprestasi baik dari segi pencapaian tugas atau dengan kata lain diberi secara kontrak disamping mengambil kira soal kehadiran bertugas serta hubungan antara rakan sekerja. Kakitangan boleh memohon tetapi majikan perlu membuat tapisan kepada yang memohon berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Selain itu faktor mentaliti, kualiti kerja dan komitmen terhadap tugas dalam kalangan penjawat awam di Malaysia sebenarnya masih jauh daripada menyamai tahap pemikiran dan keupayaan yang dimiliki negara maju, walaupun CUEPACS cuba menafikannya. Bayangkan, kakitangan awam yang baru mencecah usia 45 tahun hingga 50 tahun sudah banyak yang menjadi pelupa, merasa diri sudah tua dan tida fokus. Ianya turut memberi implikasi kepada mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan.
Malah, itu semua belum lagi mengambil kira golongan yang dihinggapi pelbagai penyakit dalam kalangan rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, lemah tulang, sakit jantung dan sebagainya tatkala usia semakin menghampiri 50 tahun. Senario ini harus diakui oleh CUEPACS dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu jabatan sahaja. Mereka seharusnya mengambil kira jabatan-jabatan kerajaan yang dianggap kritikal seperti polis, hospital, guru yang terdedah kepada risiko dilanda penyakit kronik pada usia 50-an.
Apakah tuntutan itu semata-mata bersandarkan kepada alasan untuk melapangkan sedikit sumber kewangan penjawat awam yang rata-rata banyak menanggung beban hutang seperti hutang rumah, kenderaan, pendidikan anak, insurans kesihatan dan kemalangan dengan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan mereka sekali gus memanjangkan juga tempoh bayaran balik hutang berkenaan. Jika benar, cadangan ini dikhuatiri akan memberi impak kepada sokongan generasi muda kepada kerajaan pada pilihanraya akan datang.
KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan pihak yang menentang cadangan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta dilanjutkan kepada 60 tahun adalah golongan tidak faham terhadap keperluan dan kepentingan masa depan.
CUEPACS memperjuangkan supaya had umur persaraan dilanjutkan bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian.
Sehubungan itu, Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak berganjak dengan cadangannya supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.
Katanya, adalah wajar umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun kerana selain negara maju dan negara serantau juga sudah menaikkan umur persaraan 60 tahun hingga 65 tahun.
“Jadi, harapan CUEPACS supaya kerajaan meneliti sewajarnya perkara ini dan ia bukan untuk kepentingan kakitangan awam sekarang, tetapi untuk generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment