PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, September 09, 2011

Taktik terbaru PAS menggunakan gambar Nik Aziz untuk songlap duit rakyat!

PAS juga boleh dikaitkan dengan Parti Amal Songlap duit rakyat di mana terbaru mereka menggunakan taktik memaparkan gambar Nik Aziz dan Hj Hadi bagi memohon bantuan kononnya tabung dana pilihanraya. Tahukah anda sebagai penyokong Pas, berapakah duit yang terkumpul oleh parti Pas dengan kempen menderma yang diadakan parti itu. Kesemua pihak tidak tahu, kerana Pas tidak pernah umumkan berapakah nilai atau jumlah akaun yang ada.


Apa yang diketahui Pas meneksploitasikan wajah Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengutip wang daripada rakyat menggunakan perkataan derma. Bukan setakat, nombor akaun dipaparkan di dalam lidah rasmi Pas, harakah daily malah di merata-rata tempat, Pas mengutip derma. Mereka menggunakan Nama Tabung Dana Pilihanraya seperti yang tertera di bawah.

Tabung Dana Pilihanraya
Akaun CIMB : 14490000017104.

Malah terbaru, Pas mula meletakkan papan tanda seperti di tepi jalan di laluan Pasir Tumboh-Melor, di mana mereka meletakkan papan tanda besar meminta derma. Atas konsep masuk syurga jika undi Pas maka ada rakyat yang sanggup menjual barangan kemas, wang ringgit untuk didermakan kepada parti.

Hakikatnya Pas sendiri tidak pernah mengumumkan sehingga kini jumlah yang terkumpul. Berapa ramai lagi rakyat Kelantan mahupun rakyat luar akan terpedaya dengan penipuan Pas, sedangkan Exco kerajaan Pas Kelantan sudah kaya raya dengan menunjukkan kekayaan mereka di depan rakyat Kelantan.

Mereka kini tanpa segan silu menunjukkan kereta mewah mereka seperti Mercedes Benz di perkarangan Kota Darulnaim serta di majlis-majlis rasmi. Dari manakah hasil mereka perolehi sedangkan gaji mereka sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (AdUN) hanyalah RM4,400 sebulan.

Adakah rakyat pernah bertanya dari mana PAS memperolehi duit sebanyak itu untuk "membela" mercedez Benz sedangkan pendapatan mereka tidak tinggi jika dibanding dengan kos penyelenggaraan dan cukai berjumlah RM10,000. Adakah duit derma rakyat telah disalah guna oleh exco untuk mendapat kekayaan hidup. Ataupun melalui tanah yang dijual kepada kroni.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox