PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, September 08, 2011

Heboh! perigi yang digali mengeluarkan gas

Jangan terkejut apabila perigi pun dapat mengeluarkan gas. Inilah yang berlaku di Terengganu setelah penggali perigi menjalankan kerja menggali di salah sebuah masjid di Terengganu. Ketika mencapai kedalaman 11 meter, penggali berkenaan terkejut setelah mendengar bunyi pelik dan cuba memasukkan paip PVC ke lubang berkenaan. Dalam keadaan terperanjat, penggali berkenaan mendapati bunyi berkenaan adalah gas yang keluar dari tanah dan boleh menyalakan api. Kejadian ini menjadi buah mulut dikalangan penduduk tempatan.

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang penggali perigi terkejut apabila telaga digalinya untuk menyalurkan air paip ke sebuah rumah di Kampung Padang Macang, Manir, dekat sini, mengeluarkan gas.

Lebih mengejutka Musa Omar, 48, ialah gas yang keluar dari telaga yang digali sedalam 11 meter itu itu mampu menyalakan api.

Menurut Musa, beliau diupah oleh tuan rumah yang merupakan imam di masjid kampung terbabit untuk menggali sebuah perigi berhampiran rumahnya.

Katanya beliau memulakan kerja menggali telaga itu seorang diri pada 9 pagi tadi tetapi apabila sampai di kedalaman tersebut, beliau terdengar satu bunyi pelik.

"Kemudian saya memasukkan sebatang paip PVC dan secara tiba-tiba terdengar bunyi seakan bunyi gas," katanya ketika ditemui di kampung itu hari ini.

Menyedari keadaan itu, beliau cuba menyalakan api dengan menggunakan pemetik api di corong paip pvc dan ternyata ia mampu menyalakan api walaupun gas keluar itu tidak mengeluarkan sebarang bau.

Penemuan itu tersebar dalam kalangan penduduk kampung sehingga menarik perhatian mereka untuk melihat lebih dekat kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda, berkata bahawa setakat ini, punca kejadian masih disiasat dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Geosains dan Mineral serta Jabatan Tanah dan Galian.

Katanya walaupun gas yang keluar itu tidak berbahaya kepada orang ramai, pihak berkuasa tetap mengambil langkah keselamatan dengan menutup tempat kejadian.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox