PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, September 08, 2011

Strategi licik Husam Musa untuk menjatuhkan Nik Aziz!

Nampak gaya Husam Musa telah mula merencanakan sesuatu untuk memperkukuhkan kedudukannya sekaligus mengiyakan cakap-cakap dikalangan ahli PAS sendiri bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Nik Aziz. Berdasarkan laporan laporan Sinar Harian beberapa hari yang lalu, salah seorang bloger PAS yang dikenali dengan panggilan Wan Ji Al-Bakistani menulis dalam blognya supaya Nik Aziz tidak perlu bertanding pada pilihanraya akan datang dan sebaiknya memberi laluan kepada pemimpin muda.


Siapa Wan Ji? Beliau salah seorang bloger PAS yang juga mempunyai title ustaz dan pernah satu ketika artikelnya mengundang kontroversi apabila menyifatkan Datuk Harun Din sebagai 'ulamak kepala lutut' dalam isu kalimah Allah. Ketika itu, Datuk Haruan Din mempertahankan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain selain dari Islam.

Bahasa yang digunakan dalam blognya Al-Bakistani tidak selari dengan gelaran ustaz kerana dipenuhi dengan kata-kata kesat serta jijik terhadap pemimpin kerajaan bahkan kepada pimpinan PAS yang tidak sehaluan dengannya.

Cerita terbaru, bahawa Wan Ji merupakan anak didik kepada Husam Musa untuk mempromosikan diri Husam Musa dan menjadi ayam tambatan kesayangan Husam Musa. Kenyataannya supaya Nik Aziz tidak bertanding kali ini di DUN Cempaka disifatkan satu tamparan hebat kepada golongan pimpinan PAS yang pro Nik Aziz.

Tindakannya mengeluarkan pendapat ketika program bual bicara malam Sabtu lalu telah dirancang lebih awal. Ini kerana beliau mahu melihat Husam dan puak-puak Anwarinas lebih cepat berkuasa dan meneruskan agenda mereka. Kuasa amat penting untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Husam.

TAK SANGKA USTAZ PUN BOLEH MENCACI DENGAN KATA-KATA JIJIK!

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox