PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, September 07, 2011

Khalid Samad terkena penangan JAIS

Krisis terbaru melibatkan PAS Selangor dengan JAIS semakin ketara dan terbaru dilaporkan Khalid Samad diarahkan hadir ke pejabat JAIS untuk diambil keterangan berhubung ceramah yang diadakan tanpa tauliah. Ini berikutan terdapar aduan daripada orang ramai yang mendakwa Khalid Samad memberi ceramah agama di Klang pada bulan lepas.

SHAH ALAM (BERNAMA)Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad Selasa hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini bagi memberi keterangan terhadap siasatan berhubung aduan bahawa beliau memberi ceramah agama tanpa tauliah di Klang bulan lepas.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS Nurhamizah Othman ketika dihubungi berkata Khalid dipanggil kira-kira 10 pagi tadi oleh Bahagian Penguatkuasa jabatan itu.

Nurhamizah berkata, JAIS menerima aduan daripada orang ramai bahawa Khalid memberi ceramah di sebuah surau di Taman Seri Sementa di Kapar, Klang.

Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox