PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Friday, September 09, 2011

Dulu tipu pasal Mismah, kini PAS cuba menipu sekali lagi..!

Satu lagi taktik terbaru PAS yang disifatkan bodoh dan mungkin akan makan tuan untuk mengelirukan rakyat mendakwa penduduk yang memiliki kad pengenalan berstatus sementara boleh mengundi pada pilihanraya. Perkaran ini nyatakan oleh Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Maalaysia, Suhaizan Kaiat mengenai tiga individu yang boleh mengundi sedangkan mereka memiliki kad pengenalan sementara. Berikut adalah nama-nama yang disebut oleh kononnya meragui data-data yang tertera pada kad pengenalan tersebut.


1) Pertama : Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengindi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.

2) Kedua : Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

3) Ketiga : Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor

PAS mendakwa ketiga-tiga penama berkenaan diragui status data dalam kad pengenalan sambil dengan angkuh memberi amaran supaya Perdana Menteri tidak membubarkan Parlien dalam waktu terdekat seterusnya mengadakan pilihanraya selagi masalah-masalah yang dibangkitkan tidak diperbaiki.

Bahkan berani mencabar Perdana Menteri untuk mengadakan Himpunan Bersih 3 jika Perdana Menteri tetap membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya sebelum kesemua teguran itu tidak diendahkan oleh pihak yang berkenaan khususnya JPN dan SPR.

Rasa nak tergelak pun ada apabila memikirkan kolotnya pemikiran pemimpin-pemimpin PAS dewasa ini. Mereka diancam dengan pelbagai isu yang begitu sensitif sehingga memberi tekanan kepada parti itu untuk mendapatkan sokongan rakyat pelbagai lapisan. Banyak isu-isu yang berbangkit diperingkat nasional tidak terjawab secara ilmiah contohnya dalam isu Mat Sabu yang sehingga kini masih belum dijawab sepenuhnya.

Seperkara lagi, kenapa PAS begitu takut sekiranya Perdana Menteri membubarkan parlimen seterusnya mengadakan pilihanraya dalam masa terdekat? Ini yang perlu diutarakan supaya rakyat dapat menilai sendiri kedudukan parti itu yang kini dilihat kabur dan layu untuk mendapat tempat di hati rakyat.

Malah, sebelum ini PAS pernah dengan nada megah menyatakan bahawa mereka sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa jika parlimen dibubarkan. Kenapa isu senarai daftar pengundi masih menjadi bahan cerita untuk mengelirukan rakyat?. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh media masa dan media maya pro kerajaan untuk membongkar penipuan PAS.

Sebagai contoh dalam isu Mismah sebelum ini, PAS seharusnya mendapat pengajaran daripada kisah berkenaan yang mana boleh disifatkan "meludah ke langit jatuh ke kepala sendiri". Tiba-tiba Mismah muncul untuk menceritakan kebenaran menyebabkan PAS mendapat malu besar. Paling menyedihkan, parti itu dianggap parti yang suka menipu rakyat dan sukar untuk mendapat tempat di hati rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.

P/S : Kalau tak menipu, itu bukan parti PAS dan macam biasa, Harakah pun sama, memang dah menjadi makanan harian mereka dengan cara menipu..HARAKAH Haramjadah!

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox