PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

PAUTAN TERKINI

Wednesday, September 28, 2011

Polis antara jabatan kerajaan paling 'stress' dan mudah mendapat penyakit kronik

Memang tidak dinafikan bahawa kerjaya polis memerlukan kekuatan mental yang jitu serta semangat juang yang tinggi untuk terus relevan supaya masyarakat tidak melihat tugas polis dari perspektif yang negatif. Budaya patuh dan taat kepada pegawai atasan sudah menjadi darah daging kepada anggota polis berpangkat bawahan dalam melaksanakan tugas yang diarahkan.

Simptom stress yang dialami setiap anggota dan pegawai polis salah satu daripada implikasi beban penugasan yang tidak boleh dielakkan. Dalam konteks era globalisasi hari ini, bebanan yang terpaksa di hadapi semakin ketara yang ada ketikanya terpaksa bersengkang mata untuk menyelesaikan sesuatu kes. Bahkan terpaksa menghadkan masa untuk bersama-sama dengan keluarga.

Justeru, tidak hairanlah jika statistik menunjukkan bahawa anggota polis terpaksa mengambil risiko berdepan dengan penyakit kronik apabila menjelang usia persaraan dan ada ketiknya tidak sampai di waktu persaraan. Malahan, lebih memberi tekanan kepada anggota polis apabila mereka juga diberi tugasan yang diluar penugasan hakiki demi memenuhi kata-kata keramat polis iaitu, 'Taat dan Patuh' kepada arahan pucuk pimppinan.

Ikuti kupasan di DISINI.

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

No comments:

Post a Comment

Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox