Akhirnya sekali lagi kita dapat menjangkakan bahawa kisah Hudud yang cuba dimainkan oleh PAS terpaksa diketepikan disebabkan terpaksa tunduk kepada desakan DAP laknatullah. Dosa demi dosa telah dilakukan oleh PAS kerana seringklai berbohong kepada rakyat mengenai Hudud. PAS terbukti mempersendakan agama Islam yang meletakkan Hudud sebagai undang-undang Allah dan tidak boleh dipermainkan untuk tujuan tertentu.
Pas juga terbukti sebuah parti memanipulasikan Islam demi kemenangan pilihan raya umum bukannya ikhlas untuk Islam. Selama mana penyokong Pas harus tertipu dan menipu umat Islam lain. Jika parti itu teruskan perjuangkan palsunya itu pasti sesiapa yang menyokong Pas tidak akan masuk syurga. Sekali lagi PAS dilihat sebagai parti yang munafik kepada hukum Allah yang meletakkan Hudud sebagai undang-undang tertinggi.
Menurut laporan, Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga. Justeru, disini sudah jelas siapa yang lebih berkuasa untuk membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat kalau bukan parti DAP.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.
Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Akhirnya Nik Aziz sekali lagi menjadi mangsa tendang terajang DAP dan PKR dan yang jelas PAS lansung tidak diberi peluang untuk membuat keputusan.
Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.
No comments:
Post a Comment