PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Sunday, September 11, 2011

Pendedahan : Benarkah Kerajaan PAS Kelantan diambang kejatuhan

Benarkah kerajaan PAS Kelantan di ambang kejatuhan sepertimana yang didakwa oleh seorang ahli perniagaan terkenal negeri itu? Ini semua tidak mustahil boleh berlaku kerana sejak akhir-akhir ini kita di pertontonkan dengan pelbagai isu yang membawa persepsi buruk terhadap parti tu (PAS).


Terbaru, seramai 300 penduduk di Seksyen 10, Gajah Mati, di sini tidak berpuashati terhadap pengambilan tanah oleh kerajaan negeri kerana beranggapan pengambilan itu menyalahi undang-undang.

"Walaupun mereka menentang tapi apa kuasa mereka kerana kerajaan Pas ada kuasa untuk rampas tanah. Inilah bukti kekejaman Pas terhadap rakyatnya.

"Sememangnya sebagai kerajaan negeri mereka boleh kata apa saja termasuk menukarkan kertas hitam putih untuk menghalalkan perbuatan mereka," kata seorang penganalisa.

Selain itu, kelemahan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat terutama peniaga kecil juga terabai nasib mereka apabila seramai 415 peniaga daripada arked MPKB dan Pasar UDA terainiaya akibat ketamakan menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang telah menjualkan tapak bazar tok guru kepada swasta melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Jualan itu dilakukan demi mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual tapak perniagaan bazar Tok guru dengan harga RM96,000 selot kedai.

Sedangkan pada pilihan raya umum 2008, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjanji akan menyediakan lot kedai yang selesa kepada 415 peniaga itu dengan harga RM40,000 selot demi membeli undi.

Disebabkan itu para peniaga berdemonstrasi dan memberontak membantah tindakan munafik kerajaan Pas Kelantan yang membangun bersama Islam itu.

Umno sebagai pembangkang di Kelantan turut mendesak agar kerajaan Pas tunaikan janji mereka terhadap peniaga yang akhirnya PMBK terpaksa membeli semula daripada penguasaha swasta bazar tok guru itu sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM60 juta.

Manakala menantu korup Nik Aziz, Abdul Ariffahmi masih dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) setelah kepimpinan Pas pusat terlebih mengambil langkah berjaga-jaga dengan menasihati Nik Aziz agar suruh Abdul Ariffahmi berhenti pada 2009.

Selain dari isu juga seramai 3,000 rakyat di Hulu Kelantan menjadi mangsa kerakusan Pas memberikan projek ladang rakyat kepada kroni parti pakatan pembangkangnya termasuk DAP dan PKR. Ini terbukti apabila perkara sudah menjadi kes SPRM dan masih dalam siasatan.

Akibatnya rakyat Kelantan kehilangan tanah mereka serta punca rezeki mereka, namun Nik Aziz tetap menafikan kerajaannya merampas tanah rakyat untuk melaksanakan projek itu biarpun sudah banyak demonstrasi oleh rakyat serta Orang Asli diadakan di seluruh negeri Kelantan. Yang kaya adalah kroni pimpinan kerajaan Negeri Kelantan terutama sekali anak beranak Nik Aziz.

Nik Aziz berani bercakap demikian kerana kerajaannya mampu mengambil tanah menggunakan enakmen tanah yang dipindanya sendiri yang memberikan kuasa mutlak Nik Aziz untuk ragut tanah rakyat tanpa perlu bayar pampasan kepada pemiliknya. Adakah ini yang dikatakan kerajaan berkebajikan? Cuba mengerah keringat rakyat semata-mata untuk kepentingan periuk nasi pemimpin dan kroni.

Benarlah apa yang diperkatakan oleh seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal di Kelantan, Abdul Wahid Embung sememangnya umum mengetahui tanah boleh diambil oleh kerajaan negeri pada bila-bila masa kerana pindaan undang-undang itu. Namun itu kekejaman kerajaan Pas kini yang sibuk mengumpul harta melalui tanah dengan exco pun sudah menunjukkan betapa mewahnya mereka" katanya.

"Jika pusat memberikan peruntukan RM7.5 bilion itu nescaya Pas sudah mengkayakan kroninya seperti yang berlaku kini. Nasib baik ada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). "Kalau tanah mereka boleh rampas sesuka hati bayangkan wang berbilion itu apa yang mereka akan buat," katanya.

Wahid berkata nampak sangat Pas sebuah parti syaitan bertopengkan Islam kerana sudah 21 tahun Pas mentadbir tetapi peluang pekerjaan tidak disediakan ole kerajaan Pas, malah 200,000 rakyat negeri ini terpaksa berkerja di luar negeri seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor.

Biarpun kemajuan ada di Kelantan namun segala bentuk peruntukan untuk membangunkan infrastruktur di negeri telah dilaksanakan pusat.

"Malahan nak bayar penyelengaraan masjid di negeri ini pun Pas tidak mampu dan meminta jawatankuasa masjid mencari duit sendiri dan ini diakui Nik Aziz. Semuanya sebab Pas sibuk makan duit kerajaan negeri untuk kroni tetapi untuk rakyat tiada.

"Apa ertinya parti perjuangkan Islam jika nak selenggara masjid pun tidak mampu, usahkan nak bina sebuah masjid di negeri yang Pas perintah selama 21 tahun ini," katanya.

Semuanya mengharapkan kepada kerajaan BN. Maka Abdul wahid berkata "apa faedahnya Pas kekal lama di Kelantan kalau semua BN yang buat orang Pas makan duit haram daripada kikis tanah rakyat."

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox