PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Monday, September 12, 2011

Akhirnya kerajaan Pusat terpaksa beri wang ehsan kepada pelajar Kelantan

Seramai 18,017 pelajar dari Kelantan yang melanjutkan pengajian di Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara menerima bantuan wang ehsan berjumlah RM6.2 juta tahun ini.

Pengerusi Pengagihan Wang Ehsan Kelantan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penuntut di peringkat ijazah menerima RM800, diploma RM500 dan matrikulasi RM300.

"Bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa untuk membiayai perbelanjaan anak di IPT awam dan swasta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di peringkat Jajahan Bachok, Ahad.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada 471 pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan petani dan nelayan.

Dr Awang, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata mereka yang layak boleh mendaftar menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan masing-masing untuk mendapatkan bantuan wang ehsan. Selanjutnya baca DISINI

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox