PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Wednesday, September 14, 2011

Nik Aziz lebih bahaya dari komunis kata Kickdefella

Blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata ancaman Menteri Besar Kelantan terhadap rakyat negeri ini adalah lebih dasyat daripada Komunis dan lebih kejam. Kekejaman itu didedahkan ketika beliau sendiri pergi ke Kampung Serasa, Kuala Krai dan didapati penduduk menjadi kekejaman kerajaan Pas Kelantan apabila tanah mereka kini dimajukan oleh Tauke Cina untuk Akademi Yakin.

Menurut laporan syed Azidi penduduk-penduduk kampung, tanah tersebut diberi milik kepada Akademi Yakin, sebuah agensi Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi tanah itu terus dibangunkan oleh tauke cina dari luar Kelantan. Ianya dikatakan melibatkan 3 blok dan yang menjadi kontroversi sekarang ialah apabila wakil dari pihak Kerajaan PAS Kelantan telah ‘menjual’ 1,000 ekar tanah itu kepada orang tengah dan kemudiannya diserahkan untuk dibangunkan oleh seorang tauke dari luar Kelantan.

Bersama peneroka di Kg Serasa Kuala Krai

“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada kepada Syed Azidi sewaktu beliau dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.

Tauke cina yang ditemui oleh agen Johnson enggan memberitahu namanya, tetapi memberitahu bahawa perjanjian yang dibuat adalah untuk 1,000 ekar tanah. Bagaimanapun setelah wang persabahatan dan wang derma ditunaikan, pihak Kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal menunaikan perjanjian dan hanya mampu memberi 600 ekar tanah. Baki 400 ekar menjadi masalah apabila tanah tersebut telah diterokai oleh penduduk tempatan.

Apabila berurusan dengan wakil dari PAS Kelantan, anda perlu faham istilah-istilah seperti ‘menjual’, ‘persahabatan’ dan ‘derma’. Maksudnya seringkali berbeza dengan maksud sebenar di dalam kamus bahasa Malaysia.

Begitu juga dengan kalimah ‘penerokaan haram’. Seperti yang masih diingat oleh Tok Da Hussin dari Felda Ciku, perkataan penerokaan haram tidak wujud menurut Nik Aziz kerana, “… bumi ini milik Allah…” kata Nik Aziz.

Tok Da Hussin menunjukkan pelan tanah yang sudah disukat dan diserahkan kepada Pejabat Tanah Gua Musang. Siapa yang menjadi pemilik tanah itu? Kisahnya tak ubah harapkan pagar, pagar makan padi.


Tok Da Hussin atau nama penuhnya, Hussin Bin Deraman masih ingat apabila Angkatan Perpaduan Ummah merampas Kelantan dari Barisan Nasional pada tahun 1990, Nik Aziz selaku Menteri Besar PAS datang ke Gua Musang dan memberitahu penduduk-penduduk tanah rancangan di situ “… takda tanah haram di muka bumi ini. Tanah haram hanya dua, satu di Mekah dan satu di Madinah. Tanah lain, kalau bukan reserve hutan, cangkullah. Kalau dah cangkul jadi milik kita doh tanah tu…”.

Sebelum ini sewaktu pemerintahan BN, Kerajaan Negeri melarang keras penduduk mengusahakan tanah Kerajaan, tetapi setelah mendapat lampu hijau dari Nik Aziz, berduyung-duyunglah mereka membuka tanah hutan seawal 1990 an lagi.

Tetapi kini, Kerajaan PAS Kelantan mendakwa mereka ini adalah peneroka haram tanah Kerajaan dan enggan mengiktirafkan hasil titik peluh mereka walaupun mereka sudah menyerahkan pelan sukat tanah dan sesetengahnya sudah juga membayar deposit.

Tanah yang dibangunkan oleh Tok Da Hussin di mukim Relau Gua Musang, telah diserahkan kepada pemilik lain baru-baru ini dengan menggunakan pelan sukat tanah yang dibayar oleh Tok Da Hussin dan peneroka-peneroka lain.

Ini menimbulkan kemarahan yang amat sangat terhadap pengikut tegar PAS ini dan rakan-rakannya, sehingga ada rakannya yang juga ahli PAS telah berdiri dan kencing di atas gambar Nik Aziz di persimpangan jalan di berdekatan rumah mereka.

- Kickdefella

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox