PENGKHIANAT NEGARA 1

SAKA A SAMAD SAID

Thursday, September 15, 2011

Mat Sabu bukan lagi ayam tambatan PAS

Benar atau tidak dakwaan Mat Sabu mengatakan bahawa serangan demi serangan samada melalui media cetak mahupun elektronik termasuk media maya seperti blog telah membangkitkan semangat generasi muda untuk terus bersama parti PAS. Kata Mat Sabu, “Nasib baik ada blog, Facebook kerana serangan kuat ditimbulkan terhadap saya menimbulkan kesian. Oleh itu, golongan anak muda Facebook ini, akan menggulingkan BN dalam PRU-13 nanti,” katanya ketika berucap pada Forum Rakyat bertajuk “Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara” di dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, kelmarin.


Sekali lagi Mat Sabu dilihat cuba mengeksploitasi isu ini untuk meraih simpati rakyat walhal hakikat sebenar jauh berbeza. Ini turut diakui oleh seorang penganalisis politik yang menyifatkan Mat Sabu kini bukan lagi ayam tambatan kepada parti PAS sebaliknya 'liabiliti'.

"Mat Sabu kini bukan lagi menjadi ayam tambatan kepada parti PAS tetapi dianggap 'laibaliti' kepada parti itu. Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Mat Sabu secara tidak langsung telah memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap parti PAS. katanya".

Tambahnya lagi, Mat Sabu turut mendapat kecaman oleh ahli-ahli PAS sendiri sejak menang dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS dan berjaya mengenepikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Sepertimana yang kita ketahui, Mat Sabu merupakan kawab akrab kepada Guang Eng yang satu ketika menjadi 'housemate' ketika ditahan ISA dalam Operasi Lalang.

Boleh dikatakan, kemana saja Mat Sabu pergi akan dibayangi Guang Eng yang bijak 'mempergunakan' Mat Sabu demi memenuhi agenda parti DAP. PAS dengan perjuangan menjadikan negara ini berkonsepkan negara berkebajikan manakala, DAP pula sebuah parti yang dianggap berhaluan kiri iaitu ingin menjadikan negara ini diperintah secara 'liberal demokratik'.

Apa yang berlaku akhirnya memberi kesan kepada trend sokongan rakyat kepada parti PAS sekaligus menafikan dakwaan Mat Sabu bahawa sokongan generasi muda mula meningkat terhadap PAS. Sememangnya diakui bahawa pejuangan maya pembangkang sekarang ini tidak boleh duduk diam untuk berhadapan dengan pejuang maya yang pro kerajaan. Hari demi hari, pelbagai isu baru wujud yang berjaya diketengahkan oleh blogger dan facebooker menyebabkan PAS terpaksa memikirkan cara lain untuk mempertahankan hujahnya.

P/S : Mat Sabu tak sah kalau tak sebut perkataan 'guling kerajaan' setiap kali ucapannya. Memang dia nak sangat kerajaan digulingkan secara tidak demokrasi seperti yang berlaku di Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment


Anti Jumud 2011-2012 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox